Pages

Jumaat, 28 November 2025

Pernahkah Anda Berasa Tidak Khusyuk Ketika Solat?

Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Jumaat yang penuh keberkahan. Semoga sihat-sihat sahaja sepanjang hari ini dan dipermudahkan segala urusan.

Kali ini Amie ingin kongsikan tentang kehadiran rasa tidak khusyuk dan cara untuk mengatasinya ketika menunaikan solat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

AI Generatif Google Gemini

Ada beberapa sebab biasa yang membuatkan seseorang rasa tidak khusyuk dalam solat. Faktor ini normal dan dialami ramai orang, tetapi boleh diperbaiki secara beransur-ansur. Hal ini disebabkan:

  • Fikiran terlalu penuh dan penat.
    Apabila otak sarat dengan kerja, masalah keluarga, atau tekanan, fokus mudah terganggu ketika solat. Fikiran melompat kepada perkara lain.
    Cara bantu: Tarik nafas dalam, baca doa sebelum takbir, dan cuba lepaskan dahulu urusan dunia dalam beberapa saat.

  •  Solat terlalu cepat. 
    Pergerakan yang laju dan bacaan yang dikejar masa menyebabkan hati sukar tenang. Cara bantu: Perlahan sedikit, terutamanya ketika rukuk dan sujud. Nabi SAW ajar kita untuk tenang pada setiap rukun.

  • Tidak memahami bacaan.
    Jika tak faham maksud setiap ayat, hati sukar merasa dekat dengan Allah.
    Cara bantu: Pelajari makna Al-Fatihah, tasbih rukuk, tasbih sujud, tahiyyat. Sedikit demi sedikit.

  • Gangguan persekitaran.
    Bunyi bising, telefon berbunyi, ramai orang lalu-lalang membuatkan fikiran lari.
    Cara bantu: Pilih tempat yang tenang, matikan notifikasi, atau solat lebih awal sebelum keadaan sibuk.

  • Hati sedang lalai atau jauh daripada ibadah lain.
    Kadang-kadang hati tidak lembut bila jarang membaca al-Quran, jarang berzikir, atau terlalu banyak hiburan.
    Cara bantu: Tambah sedikit zikir harian, walaupun hanya Subhanallah 10x, Alhamdulillah 10x, Allahu Akbar 10x selepas solat.

  • Terlalu risau tentang kesempurnaan.
    Ada orang takut salah baca, salah gerak, takut was-was. Ini menyebabkan mereka hilang fokus.
    Cara bantu: Yakin bahawa Allah melihat usaha, bukan kesempurnaan.

  • Tidak rasa seolah-olah berbicara dengan Allah.
    Jika solat dianggap rutin, bukan pertemuan dengan Allah, hati tidak terhubung.
    Cara bantu: Cuba hadirkan perasaan bahawa setiap ayat adalah doa dan setiap sujud adalah tempat terdekat dengan Allah.

Khusyuk bukan datang sekaligus. Ia adalah perjalanan hati. Yang penting ialah usaha berterusan, bukan hasil segera. Walaupun hati melayang-layang, tetapi kita kembali fokus, itu sudah dikira khusyuk menurut para ulama.


Rabu, 26 November 2025

Nasi Arab Air Tangan Abang Farid

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ulang tahun kelahiran Amie selang sehari dengan hari ulang tahun perkahwinan kami. Ulang tahun Amie 16 November manakala tarikh pernikahan kami 18 November. Fairuz beritahu, nanti ada surprise untuk kami pada 25 November 2025. Amie sahut, tak perlulah buat surprise sebab kami sangka Fairuz menunggu hari masuk gaji. Amie nasihatkan lagi supaya simpan sahaja duitnya kerana perkara-perkara surprise ini biasanya besar juga belanjanya.

Kelmarin 25 November 2025. Amie masih ingat kata-kata Fairuz. Sehinggalah menjelang malam nampaknya Fairuz dengar nasihat, tiada surprise untuk kami. Alhamdulillah. Nampaknya Fairuz dengar kata.

Semalam kita tidur lena tetapi menjelang tengah malam  terasa seperti ada seseorang berdiri di tepi katil. Kita buka mata dan dalam samar-samar malam kelihatan Fairuz sedang berdiri mendukung sesuatu. Amie sangka Fairuz sedang dukung Tam Tam, kucing kesayangan Firdaus. Biasanya Tam Tam akan cakar pintu bilik kami waktu malam sebab hendak tidur di bilik kami.

Anehnya, kenapa Amie lihat kepala Tam Tam seperti kepala patung manusia? Walaupun suasana gelap tetapi nampak jelas rupa bentuk manusia! Setelah Amie menyedari 'patung' itu sebenarnya manusia, Amie terus berteriak : Ya Allah! Fairuz!

Encik Suami terjaga setelah mendengar teriakan Amie, dan 'patung' tadi yang sedang tidur turut menangis terkejut. Di belakang Fairuz, ada Abang Farid!

Inikah surprise itu?
Anak bertuah! Memang betul, surprise ini memang Abang Farid dan Fairuz yang rancang!

Nasi Arab Air Tangan Abang Farid

Abang Farid bersama Aseeyah dan Hamzah terbang dari Kuala Lumpur ke Tawau. Fairuz ambil mereka di Lapangan Terbang Tawau dan sampai ke LD sekitar pukul 11:58 tengah malam. Kami sambung tidur, dan Amie sempat memikirkan untuk masak Nasi Arab keesokan harinya. 
Sewaktu Amie keluar dari pagar untuk ke ladang, Abang Farid mengejar kami di kereta. Katanya : Nanti saya hendak masak Nasi Arab.
Eh, benarkah apa yang didengar ini? Macam tahu-tahu saja Abang Farid kita teringin makan Nasi Arab!
Alhamdulillah. Mudah-mudahan balik dari ladang petang nanti bolehlah makan Nasi Arab air tangan Abang Farid.


Sepanjang berada di ladang memang sentiasa terkenang-kenangkan Hamzah. Tak sabar rasanya hendak pulang, hendak peluk cium Hamzah puas-puas. 


Biasanya balik dari ladang terus cari tempat makan. Hari ini terus pulang ke rumah. Terasa-rasa Nasi Arab sedang memanggil-manggil... ahaks! Memang menjadi Nasi Arabnya. 


Kata Abang Farid, dia masak Nasi Arab untuk kami sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-31. Ditempahkan juga New York Cheese Cake dari Seri Perdana. Memang sedap sungguh keknya!

New York Cheese Cake

Habis licin Nasi Lemak Air Tangan Abang Farid!

Terima kasih Abang Farid, terima kasih Fairuz dan terima kasih Fuad. Sebenarnya Abang Farid balik LD untuk membuang undi pada hari Sabtu ini. Pada masa yang sama mereka mengambil kesempatan untuk membuat kejutan. Pada mulanya Fairuz hendak letakkan Hamzah yang sedang tidur di tengah katil kami, tetapi sewaktu Amie berteriak kerana terkejut, Hamzah terus terbangun dan menangis.

Oh, anak-anak! Ada-ada saja kamu ini.


Tak sangka dapat bertemu Hamzah lagi walaupun baru sahaja berjumpa bulan Oktober sebelum Tok Mi ke Aceh. Hamzah pun ikut hantar Tok Mi ke KLIA2 dan sempat makan di Nando's.

Makan Sate Ada Sup? Inilah Tradisi Apaleh Geurugok yang Mengagumkan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hujan sangat lebat! Suasana gelap malam memaksa kami lebih berhati-hati ketika turun dari kenderaan. Tempat letak kereta penuh dengan air! Kami perlu meredah hujan lebih kurang 100 meter untuk sampai ke Rumah Makan Sate Apaleh Geurugok. Mujurlah ada pekerja rumah makan datang membawakan payung untuk kami.

Malam itu kami merasakan sendiri satu hidangan yang disebut oleh Pak Arman sebagai antara makanan wajib apabila singgah di Bireuen iaitu Sate Apaleh Geurugok. Sebagai orang luar yang selalu makan sate dengan kuah kacang, kami agak terkejut apabila hidangannya datang bersama nasi putih dan semangkuk sup jernih. Kelihatan seperti gabungan yang pelik pada awalnya tetapi rupa-rupanya inilah identiti sate paling terkenal di Aceh Utara. Perjalanan ke Aceh ini rasanya terasa lengkap dengan pengalaman makan yang tidak dijangka.

Hidangan lengkap Sate Apaleh Geurugok

Selamat Datang ke Sate Apaleh Geurugok

Dalam keadaan sejuk dan sedikit basah di kasut serta pakaian, rasa hangat pula apabila berada di ruangan masuk Rumah Makan Sate Apaleh Geurugok. Kelihatan para pekerja rumah makan sedang sibuk membakar sate dan menyiapkan hidangan untuk para pelanggan. Aroma sate yang sedang dibakar cukup menggoda selera. Ditambah pula dengan bau sup yang seolah-olah berterbangan dibawa angin malam yang terperangkap memenuhi ruang makan.

Menurut Pak Arman terdapat sekitar 30 orang pekerja di rumah makan ini. Wah, lumayan juga banyaknya. Sudah tentu rumah makan ini menjadi salah satu pilihan popular penduduk di sini.


Hanya sate daging sahaja yang ditawarkan di sini.

Sate Apaleh Geurugok siap untuk disajikan ke meja pelanggan.


Sebaik sahaja sampai di meja makan, terpandang tulisan di dinding yang berbunyi : 
Kurus atau gendut adalah pilihan,
tapi makan enak adalah kebutuhan.


Warung Sate Apaleh di Geurugok tidak terlalu besar, tetapi suasananya hidup dengan aroma bakaran arang yang wangi. Melihat ramai pelanggan di sini, menandakan tempat ini memang disukai orang tempatan dan sebahagian besar para pelancong.

  • Hidangan Utama: Sate Apaleh:
    Sate yang dihidangkan potongannya tebal, tetapi lembut. Sewaktu digigit, terasa manis gurih dari rempah perapannya. Kuah satenya  pula agak pekat dan melekat pada daging, bukan jenis cair atau pedas seperti sate di tempat lain. Boleh dikatakan hampir sama dengan kuah sate di tempat kita tetapi di sini ada penambahan seperti daun limau purut.
  • Kejutan: Sup Jernih
    Inilah antara hidangan yang paling unik iaitu sup jernih (ada aroma tulang / daging) yang disajikan bersama sate. Rasanya ringan, wangi bawang, sedikit masin, dan ada sentuhan lada hitam. 
  • Nasi Putih Sebagai Pelengkap:
    Sate Apaleh memang dimakan dengan nasi. Kuah sate yang pekat bila dituang sedikit atas nasi membuat gabungan rasa yang sangat sedap. Cara ini memang baru bagi kami, tetapi rupanya ramai orang Aceh memang makan begini sejak dulu.
  • Kombinasi Keseluruhan:
    Gabungan sate tebal + nasi + sup jernih menghasilkan pengalaman makan yang pelik pada awalnya, mengejutkan ketika dicuba dan akhirnya tekak dapat terima dengan enaknya! Setiap unsur ada fungsinya. Sate penuh rasa perapan yang sempurna, nasi untuk kenyang, sup jernih sungguh menyegarkan.

Harganya pula, Amie terlupa untuk tanya Pak Arman.  Dengan  rasa yang memuaskan, kami rasa Sate Apelah Geurugok merupakan  satu hidangan unik dan terbaik sepanjang kami berada di Banda Aceh.Tradisinya, rasanya dan cara makannya benar-benar membuka pengalaman baru dalam JJCM. Jika anda melancong ke Bireuen atau melalui jalan Geurugok,  singgahlah dan cuba sendiri. Gabungan sate, nasi dan sup jernih ini akan membuat anda faham kenapa hidangan ini begitu istimewa bagi masyarakat Aceh.

Nasi Putih

Sate Apaleh Geurugok


Kuah Sate Apaleh Geurugok

Sup Jernih / Kosong

Bismillah

Kami tanya Pak Arman, bagaimana cara makan yang betul Sate Apaleh Geurugok ini. Menurut Pak Arman, cara makannya sedikit berbeza daripada sate di Malaysia atau Jawa. Berikut cara makan yang paling biasa dilakukan oleh orang Aceh:

  • Makan bersama nasi:
    Nasi diletakkan di pinggan. Sate (biasanya daging lembu) diletakkan di sisi nasi. Kuah sate yang pekat itu boleh dituangkan sedikit di atas nasi untuk menambah rasa.
  • Sup diminum atau disudu sebagai pelengkap. Sup yang diberikan itu biasanya sup jernih, wangi bawang, sedikit masam dan menyelerakan. Sup berfungsi sebagai pembasuh mulut supaya tidak terlalu muak dengan rasa sate yang pekat. Cara makannya, boleh hirup sup sedikit demi sedikit di antara suapan sate. Atau sudukan sup dan makan bersama nasi. Ada juga orang Aceh yang mencicah sedikit sate dalam sup untuk fresh taste.
  • Sate dimakan terus dari lidi atau ditarik ke pinggan. Ada yang makan sate terus dari lidi. Ada yang tarik isi sate ke pinggan dan gaul sedikit dengan nasi dan kuah sate. Kedua-duanya betul, ikut selera masing-masing.

Kenapa ada sup? Hal ini kerana sate Aceh (termasuk Apaleh Geurugok) lebih berempah dan lebih kuat rasanya. Sup membantu seimbangkan rasa dan membuatkan makanan lebih sedap dan tidak terlalu kering. Ia tradisi turun-temurun di Bireuen dan Aceh Besar. Menurut Pak Arman, cara paling biasa orang Aceh makan: Suap nasi dengan kuah sate dan isi sate. Kemudian hirup sup sedikit. Ulang sampai habis. Kami ikut cara ini.

Amie - Hot Fresh Orange


Dalam perjalanan pulang ke hotel, Pak Arman masih bercerita tentang Sate Apaleh Geurugok. Kali ini beliau menerangkan asal-usul nama Sate Apaleh Geurugok. Amie tuliskan di sini bersama gabungan cerita Pak Arman dan maklumat daripada Pak Google:

  • Sate ini berasal dari sebuah kampung kecil bernama Gampong Apaleh di daerah Geurugok, Bireuen (Aceh). Pada awalnya ia hanyalah hidangan khas keluarga dan penduduk kampung, bukan jualan umum.
  • Menjadi hidangan kenduri dan acara adat:
    Pada zaman dulu, masyarakat Apaleh selalu menyembelih lembu untuk kenduri kahwin, sunat rasul dan  kenduri kampung. Dagingnya kemudian ditusukkan menjadi sate dengan rempah sederhana tetapi kuat aroma bawang. Sup jernih dijadikan pelengkap untuk menyejukkan badan selepas makan hidangan bakar yang panas.
  • Dari dapur rumah ke warung kecil:
    Sekitar tahun 1970–1980-an, beberapa penduduk kampung Apaleh mula menjual sate ini di warung kayu kecil di tepi jalan Banda Aceh – Medan.
  • Perantau, pemandu bas dan pedagang yang singgah merasakan kelainan: 
    Daging lembut dengan kuahnya yang manis gurih serta bau bakaran wangi serta adanya semangkuk sup. Mereka mula menyebutnya Sate Apaleh kerana asal-usulnya dari Gampong Apaleh.
  • Menjadi ikon kulinari Bireuen:
    Pada tahun 1990 - 2000-an, penduduk di kawasan Geurugok semakin ramai dan warung sate semakin banyak. Sejak itu Sate Apaleh menjadi identiti masakan Bireuen. Orang ramai  yang melintas Biruen akan singgah untuk makan sate ini. Ramai perantau Aceh yang pulang ke kampung wajib makan sate Apaleh.
  • Hingga hari ini, orang Aceh boleh bezakan Sate Apaleh hanya dengan: aroma khas, ketebalan daging, serta hidangan nasi dan sup.
  • Nama Apaleh kekal sebagai tanda lokasi asal:
    Walaupun banyak kedai kini jual Sate Aceh, namun nama Sate Apaleh tetap merujuk kepada gaya sate khas dari kampung Apaleh di Geurugok, sama seperti: Mie Aceh Lambaro, Kari Kambing Beureunut dan Kuah Beulangong Banyak. Setiap nama menunjukkan asal dan cara masakan yang unik.

Terima kasih Pak Arman bawa kami makan dan perkenalkan Sate Apaleh Geurugok yang berasal dari tradisi masakan kampung Apaleh, yang kemudian menjadi hidangan kenduri, berkembang ke warung tepi jalan, dan akhirnya menjadi ikon kulinari Bireuen.

Selasa, 25 November 2025

Memborong Emping Melinjo Aceh & Lain-Lain di Kedai ARACO

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan keluar dari kawasan Aceh Tsunami Museum, Pak Arman bercerota tentang emping melinjo Aceh. Katanya, sekiranya kami berminat untuk membelinya, bolehlah singgah di salah sebuah kedai di Banda Aceh. Singgahlah kami di Emping Melinjo Aceh di kedai ARACO, Plaza Oleh-Oleh Khas Aceh.


Emping Melinjo Aceh


Menurut Pak Arman, ada perbezaan rasa emping melinjo Aceh berbanding di tempat lain di Indonesia seperti Jawa atau Sumatera Selatan. Perbezaan ini bukan besar, tetapi cukup ketara dari segi rasa, cara olahan dan tradisi.
  • Rasa yang lebih pahit sedikit: 
    Emping melinjo Aceh biasanya sedikit lebih pahit kerana banyak dibuat daripada melinjo yang betul-betul matang @ tua. Penggemar emping di Aceh memang suka rasa pahit semula jadi melinjo. Di Jawa, banyak emping dibuat lebih nipis dan kurang pahit kerana dipilih dari melinjo lebih muda.

  • Tebal dan rangup berbeza:
    Emping melinjo Aceh cenderung lebih tebal dan lebih rangup.Tidak terlalu nipis. Emping dari Jawa pula terkenal dengan versi yang lebih nipis dan lebih ringan.

  • Pengolahan tradisional: 
    Di Aceh emping banyak dihasilkan secara tradisional kampung, digeprek manual dan dijemur di bawah matahari. Kadang-kadang dilapisi sedikit garam sahaja agar rasa lebih semula jadi. Di tempat lain, ada yang sudah menggunakan mesin untuk meratakan dan menghasilkan bentuk yang lebih seragam.

  • Cara makan atau sajian:
    Emping melinjo Aceh biasanya dimakan bersama mi Aceh Dengan nasi kari Aceh, kuah beulangong, atau kuah pliek u iaitu sejenis gulai tradisonal Aceh.

  • Sebagai kudapan dengan kopi Aceh:
    Di kawasan lain, emping lebih biasa dijadikan kudapan manis atau masin dengan gula melaka atau garam

Harga emping melinjo 220 Ribu Rupiah sekilogram.

Keumamah
Abon @ Serondeng


Masing-masing terpikat dengan beg sulam bentuk ini.


Selain memborong emping melinjo, kawan-kawan yang lain turut membeli kuih-kuih tradisional, beg sulam, kain sarung dan sebagainya.


Semua teruja melihat beg sulam yang kemas dan cantik dan pelbagai warna. Harga yang ditawarkan 290,000 Ribu Rupiah dan kami dapat tawar sehingga 250,000 IDR. Keesokan malamnya Pak Arman bawa lagi kami ke kedai cendera kenangan, dan kami borong lagi pelbagai jenis beg sulam. Tak menyesal beli sebab beg sulam Aceh memang berkualiti!


Oleh kerana mata dan tangan sibuk membelek segala benda di kedai ini, maka terlupalah seketika hendak bagi makan HP. Tak banyaklah gambar yang kami rakam di sini.
Cuma, emping melinjo itu memang sedaplah apabila digoreng di dapur sendiri. Yang tak berapa sedap sebab beli hanya setengah kilogram sahaja! Semua tumpang kotak ARACO Nano dan sampai LD emping melinjo tetap cantik tidak rosak sedikit pun. Alhamdulillah.

Cantik hasil gorengan Emping Melinjo Aceh.