Pages

Selasa, 14 Oktober 2025

Sarapan Kek Kentang Sepanyol @ Tortilla Española @Tortilla de Patatas

 Bismillahirrahmanirrahim.

Sekarang kami berada di Sepanyol semula setelah kembali dari Portugal. Kami bermalam di Toledo. Bercerita tentang kesan tamadun Islam di Toledo, bukan sahaja pada kota itu sendiri tetapi juga sejarah Sepanyol dan Eropah secara keseluruhannya.

Sebelum isi perut mari kita dengar perkongsian ilmu ketika kembara di Toledo:

  • Pusat Ilmu dan Pembelajaran
    Semasa pemerintahan Islam abad ke-8 hingga ke-11, Toledo menjadi salah satu pusat ilmu terpenting di Andalusia. Ulama Islam, Yahudi dan Kristian bekerjasama menterjemah karya-karya sains, falsafah dan perubatan dari bahasa Arab ke Latin. Proses ini dikenali sebagai Gerakan Penterjemahan Toledo (Toledo Translation Movement). Melalui gerakan ini, ilmu dari tamadun Yunani, Parsi dan India yang telah diterjemah ke Arab sampai semula ke Eropah. Inilah antara sebab utama kebangkitan Zaman Renaissance di Eropah.

  • Bahasa dan Sastera
    Banyak perkataan Arab masuk ke dalam bahasa Sepanyol, termasuk di Toledo. Contohnya: azúcar (gula, dari as-sukkar), aceituna (zaitun, dari zaytūn), ojalá (semoga, dari in syaa Allāh). Puisi dan sastera Andalusia turut mempengaruhi gaya penulisan Sepanyol pada zaman pertengahan.
  •  Keharmonian antara Kaum dan Agama
    Di bawah pemerintahan Islam, Toledo dikenali dengan Convivencia, iaitu kehidupan bersama antara Muslim, Kristian dan Yahudi dalam suasana relatif aman. Ini mewujudkan pertukaran budaya dan intelektual yang unik di Eropah pada masa itu.
  • Sains dan Teknologi
    Ahli astronomi, doktor dan ahli matematik Islam memperkenalkan konsep angka Arab, algebra, perubatan, dan carta bintang. Pengetahuan ini kemudian disebarkan ke seluruh Eropah melalui Toledo.
Pendek kata, tamadun Islam meninggalkan kesan yang mendalam di Toledo dalam ilmu pengetahuan, seni bina, bahasa, budaya dan nilai toleransi. Toledo menjadi jambatan penting antara Dunia Islam dan Barat.

Pintu masuk ke dewan makan di Sercotel Hotel.

Oleh kerana hanya berada di tingkat dua, kami turun ke lobi dengan menggunakan tangga sahaja.





Ruang makan sangat luas, sarat dengan pelbagai hiasan dalaman di tepi dinding.










Inilah untungnya kalau datang awal ke dewan makan. Orang belum ramai, jadi bebaslah tangkap gambar!



Keju dan buah-buahan potong.


Kalau hendak minum jus oren, letak sahaja gelas dan tekan butang on. 


Jus oren segar yang sejuk tanpa tambahan gula atau ketulan ais.


Ikutkan hati hendak minum bergelas-gelas tetapi mengingatkan akan berada dalam perjalanan sepanjang hari, minum sahajalah segelas buat rasa-rasa. Takut nanti perut memberontak... ahaks!

Mesin minuman panas.


Pelbagai jenis roti.



Ada yogurt juga, dan boleh tambahkan hirisan nanas dan kiiwi di atasnya.








Potong sendiri kalau hendak bakar roti.






Kek Kentang Sepanyol

Inilah yang Amie selalu cari, Kek kentang Sepanyol dikenali sebagai Tortilla Española atau Tortilla de Patatas  yang merupakan hidangan tradisional yang sangat popular di Sepanyol.

Kek ini bukan kek manis, tetapi lebih kepada omelet tebal yang dibuat daripada kentang dan telur. Ia dipanggil kek kerana bentuknya yang bulat dan padat seperti kek.


Seperti biasa, inilah antara dapatan sepencarian kami berempat : Amie, Kam, Hana dan Ann.


Masing-masing mengambil jus oren.


Sarapan pilihan Amie.


Alhamdulillah! Jumpa telur rebus. Macam susah pula hendak jumpa telur rebus sepanjang kembara kami dari Moorocco, Sepanyol dan Portugal.

Kek Kentang Sepanyol


Lunch Like A Prince,
And Dinner Like A Pauper.

11 ulasan:

  1. Nampak klasik ruang makannya.
    Menarik mesin buat jus oren tu lah. Seronok tekan-tekan, keluar jus segar!

    BalasPadam
  2. Bestnya kalau mesin oren tu ada kar buffet breakfast di sini. Mana² sy pergi belum pernah jumpa, kalau di mall, ada la 2 3 tempat mereka letak. Besar betul restorannya macam dewan dah tu, Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Sedap2 belaka...jus oren tu best dapat yang fresh...

    BalasPadam
  4. Mesti kenyang makan Kek Kentang Sepanyol ni. Tambah jus oren dan buah² segar lengkaplah nutrisinya.

    BalasPadam
  5. Kenapa la mesin juice tu takde kat hotel kat sini kan...ada mesin kopi je..hahahaha

    BalasPadam
  6. Breakfast spread banyak pilihan, best. Kek Kentang tu sedap nampak walaupun bukan manis.

    BalasPadam
  7. cantiknyaaaa.....best bila travel, breakfast sedap.

    BalasPadam
  8. Tersusun indah, memang mengujakan kita..kena lafazkan subahanallah..

    BalasPadam
  9. banyaknya pilihan, especially pastries.. kek kentang tu macam menarik lah. nak kne google resipi dia sbb bahan asas cuma telur dgn kentang je. nampak mudah nk buat!

    BalasPadam
  10. Aduuuuuuuh saya sukaaaaaa hotelnya 😍😍. Melihat ruang makan yg luas, memang senaaaang sangat. Masih sepi pula kak. Makanya saya pun lebih suka sarapan saat pagi, sepi, belum ramai orang, puas foto

    Melihat rotinya, langsung teringin. Kenapalah roti di luar negara itu selalu terlihat lebih sedap 😍😍😄

    BalasPadam
  11. Macam² buffet spread nya. Tertarik pula dengan kek kentang tu. Nampak macam lempeng tebal pun ada.

    BalasPadam