Pages

Ahad, 26 Oktober 2025

Resipi Nasi Goreng Keumamah

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Apa agaknya aktiviti sepanjang hari ini? Kami ada undangan majlis kahwin, dan rakan-rakan penoreh bercadang untuk hadir pada sebelah petang.

Sebelum itu, kita sarapan dahulu dengan Nasi Goreng Keumamah. Kelmarin sengaja masak nasi lebih untuk digoreng pagi ini. Amie sudah janji dengan Firdaus untuk masak Nasi Goreng Keumamah.

Nasi Goreng Keumamah


Keumamah

Keumamah yang Amie beli ada dua jenis, iaitu rasa pedas dan rasa original. Amie gunakan keumamah rasa original sebagai perencah nasi goreng. Oleh kerana Firdaus suka pedas, jadi Amie tambah cili kering kisar dan hirisan cili padi.

Resipi Nasi Goreng Keumamah
Bahan-bahan:
  • 4 cawan nasi sejuk
  • 4 sudu besar keumamah
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji telur
  • 1 cawan mix vegetable
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan cincang / hiris:
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 7 tangkai cili padi
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Pecahkan telur dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan mix vegetable. Masak seketika .
  5. Masukkan keumamah dan gaul sebati.
  6. Masukkan nasi sejuk. Tambahkan garam / perasa pilihan.
  7. Gaul rata dan biarkan sehingga keluar asap nipis di atas nasi goreng.
  8. Padamkan api dapur.

Nasi Goreng Keumamah

15 ulasan:

  1. pertama kali kak ana dengan keumamah ni Amie, bagaimana rasa dia agaknya ye.. ?

    BalasPadam
  2. Oh, baru tahu keumamah ni selepas sy google. Tentu sedap sebab ianya sejenis ikan ya, Kak Amie. Ni, dah pergi belum kendurinya?

    BalasPadam
  3. Wah ini kesukaan saya banget
    Saya suka yang originil
    Cocok buat menu makan malam

    BalasPadam
  4. Keumamah ini memang sedaaaaap sangat dibuat nasi goreng 😍😍😍😍. Biasanya saya beli ikan keumamah dari teman orang Aceh yg tinggal di JKT. Sedaap sangat. Dan kalo ada sisa, memang saya buat campuran nasi goreng

    BalasPadam
  5. Yang lebih mengagumkan tu adalah hiasan foodnya cantik!

    BalasPadam
  6. Keumamah ni perasa untuk nasi goreng ke ?..lain perasa ni, jika nampak nak cuba bagi suri hati..hebat persembahan sajiannya..

    BalasPadam
  7. ha baru pertama kamli dengar keumah ni.. nampaknya kena google la nak tahu lebih detail lagi.. moga bergembira di hujung minggu

    BalasPadam
  8. pertama kali saya tau perkataan keumamah..nama ikan ke kak?

    BalasPadam
  9. keumamah tu apa kak? cer cite camne rasa dia

    BalasPadam
  10. ohhhh pas google baru tahu keumamah tu ikan tuna atau mackerel yg di masak gaya aceh... mesti sedap tu kak

    BalasPadam
  11. sejenis baca entri tak tengok belah bawah2 akak... sedangkan akak ada cerita pasal keumamah... aduhla... malu betul dah tanya macam2 hhahhaha

    BalasPadam
  12. Menarik.... menarik....
    Ni macam kena terbang gi Aceh ke nak cari keumamah😄

    BalasPadam
  13. Pertama kali dengar tapi macam serunding ikan je

    BalasPadam
  14. Masa ke Aceh dulu tak pula jumpa keumamah ni. Nampak sedap digoreng dengan nasi.

    BalasPadam
  15. Alamak....mana plak nak beli Keumamah ni kat Malaysia ni....nampak sedap nasi goreng Kak Amie tu

    BalasPadam