Pages

Sabtu, 11 Oktober 2025

Mengintai Kediaman Christiano Ronaldo di Lisbon Ketika Hendak Makan Tengah Hari

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu di dalam bas, Mbak Watie sempat bercerita tentang Christiano Ronaldo, pemain bola sepak profesional dari Portugal dan dianggap antara  pemain bola sepak terbaik dunia  sepanjang zaman. 

Di antara beberapa buah tempat kediamannya, salah satunya terletak di Lisbon. Mbak Watie tunjukkan arah bukit di sebelah kiri bas. Ramai yang cuba ambil gambar tetapi tiada hasil! Entah mana satu rumahnya! Apabila Amie rujuk Pak Google, katanya Christiano Ronaldo memiliki Penthouse Castilho 203 di Lisbon terletak di Avenida da Liberdade / Rua Castilho, pusat bandar Lisbon. Pangsapuri yang didudukinya paling mahal di Portugal ketika dibeli berharga lebih kurang 7.2 juta EURO.

Banyak betul harta dan perniagaan Christiano Ronaldo rupanya. Kalau semua hendak diceritakan di sini, hilanglah tujuan asal hendak mencari makan... ahaks!


Ke mana pula Mbak Watie hendak bawa kami makan tengah hari kali ini. Ambil jugaah beberapa keping gambar dari dalam bas.





Bas biru belalai gergasi turunkan kami di sini. Kami melintasi jalan dan bergerak bersama-sama mengekori Mbak Watie.


Jauh juga kami mengukur jalan!






Kami berhenti seketika di sini sementara menunggu rakan-rakan yang lain tertinggal jauh di belakang. Jauh juga kami berjalan tapi tempat makan tak nampak lagi!


Bergambarlah dulu di sini.

Arco Vermelho

Arca ini ialah Arco Vermelho (Gerbang Merah), sebuah karya seni moden yang dicipta untuk memperindah kawasan Avenidas NovasIa diperbuat daripada struktur logam merah, dibentuk seperti siri blok segi empat yang melengkung membentuk gerbang. Reka bentuknya melambangkan pergerakan dan tenaga bandar Lisbon yang sentiasa berubah, sesuai dengan kawasan São Sebastião yang sibuk dan moden.



Lokasinya Gerbang Merah ini berada di hadapan Taman Gulbenkian (Jardim da Fundação Calouste Gulbenkian).

Tidak lama kemudian semua berkumpul di Gerbang Merah dan kami meneruskan perjalanan.


Di sini mungkin kawasan perumahan - kondominium.





Bayang restoran masih lagi belum kelihatan!


Entah berapa kilometer kami berjalan sejak turun dari bas belalai  gergasi itu!


Inikah tempat makan kami?
Bukan!
Jalan lagi.

9 ulasan:

  1. Alah... sayang pulak Arco Vermelho dah kena conteng...

    BalasPadam
  2. gaji ronaldo seminit je dah RM1600. setakat rumah camtu takde hal untuk dia.
    unik arca tu. sayangnya berconteng..

    BalasPadam
  3. jauh nau tempat makannya, kena sambung n3 lain..hehe

    BalasPadam
  4. Laaaa... tak sampai lagi tempat makannya. Ni kalau dah makan, balik ke tempat bas boleh lapar semula😃

    BalasPadam
  5. Ronaldo ni antara football player yg sy paling ingat nama dan orangnya, Kak Amie. Ya Allah, jauhnya berjalan nak cari tempat makan. Dah sampai habis entri belum jumpa tempat makannya lagi ya.

    BalasPadam
  6. Hahahahahah jauuuuuh ya kak. Nampaknya sedap sangat restoran tuh, makanya peserta tur wajib membakar kalori dulu, supaya benar2 lapar 🤣🤭. Jadi penasaran saya...

    Aiiiih sayang tak dapat lihat rumah Ronaldo 😅. Pastilah yg terbaik rumahnya, secara pemain bola legend dan terkenal

    BalasPadam
  7. CR mmg kaya & pandai urus kewangan ... ada sesetengah pemain bola ni, diorg mcm terkena kejutan budaya. dr miskin or biasa2 tetiba dpt kontrak berjuta2... mau x tekezut! tp CR lain. dia manage kewangan, career & fitness seiring dgn ms. sbb tu dah msk 40an pun masih bertenaga main bola & kaut berjuta2 hasil gaji & endorsement / duta produk berbanding yg sebaya or seangkatan dia dah gantung but or kembali ke fasa lama spt sblm bergelar pemain bola

    BalasPadam
  8. Alaaa...x nampak plak mana satu kediaman CR ye...

    BalasPadam
  9. Jauh jugak berjalan tapi cuaca nyaman tak panas. Best jalan2 dapat tengok lagi dekat kawasan sekitarnya.

    BalasPadam