Pages

Sabtu, 25 Oktober 2025

Makan Nasi dengan Keumamah - Sambal Tuna Dari Acheh

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini masak ringkas-ringkas sahaja untuk dijadikan lauk makan tengah hari:

Keumamah - Sambal Tuna dari Acheh

Keumamah - Sambal Tuna

Pada hari Rabu yang lalu, Amie hidangkan keumamah - ikan kayu masak tumis Acheh. Habis sebekas sekali makan. Firdauslah yang paling banyak makan. Selepas makan Firdaus pura-pura terkejut sebab tinggal bekas kosong. Katanya: Kenapalah Mommy beli satu saja?

Kita diam-siam saja. Sebenarnya ada lagi keumamah yang dibeli tapi ada dalam kotak bersama emping melinjo Aceh. Kedua-duanya dibawa pulang Nano, sebab kami kongsi satu kotak sewaktu membeli oleh-oleh di kedai Araco.

Kedai Araco di Acheh.

Lauk makan tengah hari.

Tengah hari tadi sengaja buat kejutan untuk Firdaus. Balik dari aktiviti kokurikulum, memang seronok sangatlah budak kecil itu apabila nampak keumamah. Walaupun tidak sama ikan, tetapi rasanya tetap menyelerakan. Sebelum ini Firdaus makan keumamah dari ikan kayu @ tongkol, hari ini merasa keumamah ikan tuna pula.

Telur Dadar

Sayur Tumis Cendawan Shiitake dengan Kacang Manis

Sambal Sardin dengan Bunga Kantan

Keumamah - Sambal Tuna

Keumamah atau disebut kemamah ialah makanan tradisional Acheh yang diperbuat daripada ikan tongkol atau ikan kayu yang dikeringkan dan dimasak semula dengan rempah. Keumamah tahan lama dan sering dijadikan lauk makan nasi terutama dalam masyarakat Acheh.

Biasanya ikan yang digunakan ialah ikan tongkol, ikan kayu atau ikan tuna kecil. Ada beza maksud ikan tongkol dengan ikan kayu. Kalau kita biasanya memahami ikan tongkol dan ikan kayu itu sama. namun begitu lain pengertiannya di Acheh. Menurut Pak Google, ikan tongkol ialah panggila untuk ikan segar yang baru ditangkap dari laut. Nama lainnya ikan aya atau ikan batang.

Ikan kayu pula ialah ikan tongkol yang sudah direbus dan dijemur hingga kering. Kenapa dinamakan ikan kayu? Hal ini kerana teksturnya keras seperti kayu apabila sudah kering. Ikan kayu ini tahan lama tanpa perlu disimpan dalam peti sejuk. Sebelum dimasak, ikan kayu direndam supaya lembut dan dipotong kecil atau diketuk hancur kasar-kasar.

Emping Melinjo

Kami sempat beli Emping Melinjo Acheh di kedai Araco. Rupanya ada kategori emping melinjo! Ada yang warna kekuningan sebab sudah agak lama, dan ada yang warna putih kerana emping melinjo baharu. Jadi kami beli emping melinjo yang masih baharu. Sekilogram berharga 120,000.00 IDR. Sedap rasanya, lemak dan kurang rasa pahit. Ada yang beli sekilogram, ada yang beli setengah kilogram. Amie beli setengah kilogram sahaja.

Jemput makan.
Bismillah.


17 ulasan:

  1. Huntungnya daus hari2 makan sedap2.
    Jaman wak seusia daus dulu, hari2 makan nasi dengan ikan kering aje.
    Apatah lagi kedai makan, memang tak kenallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah zaman kita Wak. Kami sekampung pun hari-hari makan nasi lauk ikan kering saja dengan sayur bening. Tak pernah pun makan di kedai makan.

      Padam
  2. Cantiknya plating telur dadar tu Kak Amie...
    Terima kasih info tentang ikan kayu & ikan tongkol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru tahu beza ikan tongkol dengan ikan kayu, khususnya di Acheh.

      Padam
  3. Nampak sedap keumamah tu cikgu...
    Keropok belinjau pun elok ja putih bersih..kalau saya goreng selalu fail...hangit tepi tepi dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keropok melinjo Acheh ini jenis yang tinggi kualiti. Saya tak tahu rupanya ada jenis-jenisnya juga. Sebelum ini saya Goreng emping melinjo tak secantik ini.

      Padam
  4. Pertama kali dengar keumamah tu. Sedap la tu berselera Firdaus makan.

    BalasPadam
  5. Emping Aceh memang beda rasanya kak. Saya pun lebih suka emping Aceh dibanding dari daerah lain di Indonesia.

    Kak Amie tak beli dendeng rusa di Aceh? Itu juga terkenal sangat

    BalasPadam
  6. Saya nampak telur, makanan sangat seimbang ada sayur dan macam2 ada..selamat menjamu selera..

    BalasPadam
  7. wahhh mesti sedap tu kak... tengok pun dah nampak sedap

    BalasPadam
  8. Puaslah Daus makan keumamah... berbotol² mommy beli.

    BalasPadam
  9. Wah sambal sardin dengan bunga kantan pasti sedap ni

    BalasPadam
  10. Menu lauk lunch yang awesome semua sedap apalagi dengan keumamah

    BalasPadam