Pages

Jumaat, 3 Oktober 2025

Benih Disemai Hasil Dituai

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau jalan-jalan sudah tentu hendak beri makan HP selalu. Ada sahaja benda yang hendak dirakam. Kali ini Amie paparkan hasil tangkapan sewaktu kunjung ziarah di rumah adik ipar di kampung. Sempat petik rambutan di halaman rumah walaupun belum berapa ranum.

Buah Rambutan


Buah rambutan atas pokok, belum masak.

Buah Kedondong

Sedap sangat kalau buah kedondong dibuat jus. Bubuh asam boi dan kiub ais. Slurrrppp.... slurrrpppp! Bergelas-gelas melintasi tekak.


Buah Jambu Batu

Teringat zaman kanak-kanak dahulu, tak bolehlah nampak buah jambu atas pokok. Mesti hendak petik walaupun masih muda. Kalau ada jambu batu yang masak atas pokok, itu dikira satu keajaiban!

Buah Mahkota Dewa



Putik Mahkota Dewa

Bunga Mahkota Dewa

Pokok Misai Kucing

Pokok Bunga Raya

Setelah ambil gambar buah dan pokok bunga di kampung, teringat pula di halaman rumah sendiri pun ada juga pokok bunga, terutamanya pokok bunga telang di sudut Taman Firdaus.

Pokok bunga telang yang melilit di batang pokok epal bidara.

Pokok Ketumbar Jawa


Jom tengok pokok ketumbar jawa yang Encik Suami tanam dalam pasu. Nampaknya pokok ketumbar jawa sedang mengeluarkan bunga! Biji benih dari bunga ketumbar jawa ini apabila sudah tua bolehlah disemai.

Bunga ketumbar jawa.

15 ulasan:

  1. Inilah untungnya bila berbudi kepada tanah. Betullah, dulu² susah nak dapat buah jambu dah masak di pokok. Muda² digigit, maklumlah, gigi masih kuat, hihi.

    BalasPadam
  2. bagus amalkan minum air rendaman daun telang waktu pagi..

    BalasPadam
  3. Wahhhh banyaknya pokok. Buah Mahkota Dewa tu first time saya tengok. Ohhh ada rambutan....saya suka buahnya.

    BalasPadam
  4. Dari hari tu SA nak tanya, pokok ketumbar jawa tu buat masak apa biasanya kak....wah buah rambutan...tengah musim ke kak?

    BalasPadam
  5. Saya ada tanam pokok ketumbar jawa tu...tapi mati selepas beberapa minggu...x tahu la kenapa...

    BalasPadam
  6. Sedapnya rambutan kalau ada pokok sendiri. Petik terus makan je.

    BalasPadam
  7. Banyak tumbuhan berkhasiat boleh dibuat teh, pokok misai kucing dan bunga telang. Alhamdulillah, seronoknya tengok.

    BalasPadam
  8. Ooh gitu rupa buah mahkota dewa. Selalu dengar produk hasil buah ni, tapi belum pernah tengok sendiri rupa buahnya. Boleh dimakan gitu je ke kak?

    BalasPadam
  9. Rambutan ini yg sampai skr saya blm bisa makan 😅😅. Memang tak suka lah.

    Naah kalau kedondong memang sedap dibuat jus pakai asam boi ya kak 😍😍😍👍. Kalau dimakan begitu saja saya tak suka.

    BalasPadam
  10. Hadui..punyalah cantik ni, rasa rindu terus nak buat entry hal tumbuhan..hehehe bagus bagus..rajin pasti ada hasilnya kan..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah...meriah hasilnya ..
    Apa khabar pohon apple bidara & bunga akar dani? 😍

    BalasPadam
  12. Pernah nampak juga pokok Mahkota Dewa... tak ingat apa khasiatnya.
    Pokok ketumbar jawa saya rasa tak dapat diselamatkan... petik sehelai je tak ingat masak apa. Selalu lupa kewujudannya.. tu yang dia merajuk agaknya.

    BalasPadam
  13. Pokok mahkota dewa ni ada dengar khasiatnya tapi tak sure bahagian mana. Ketumbar jawa kami dah tak dapat diselamatkan.

    BalasPadam