Pages

Jumaat, 31 Oktober 2025

Bapa Ayam Penyet, Anak Ayam Geprek

Bismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini Firdaus menduduki UASA - Ujian Akhir Sesi Akademik 2025. oleh kerana Firdaus tidak hadir ke sekolah agama, jadi kami bawa dia makan tengah hari. Dua hari lepas Firdaus makan di Perdana Square. Katanya, hendak makan Nasi Ayam Geprek. Sebelum ini sudah bawa dia makan di Geprek Kitchen dan Restoran Ratu Geprek. Katanya, nanti hendak minta sambal lebih.

Kami memesan:
Hidangan Tengah Hari



Teh O Ais

Encik Suami - Set Nasi Ayam Penyet

Ayam Penyet


Selain ayam goreng, hidangan ini dilengkapi dengan sambal,  semangkuk kecil sup kosong, tempe dan terung goreng serta hirisan timun.

Oleh kerana Firdaus tidak cukup dengan sambal yang dihidangkan, jadi kami minta tambah. Untuk sambal tambahan kena bayar RM2.00.

Ketika hidangan di bawa ke meja, sambal tambahan terletak di dalam pinggan Nasi Ayam Penyet Encik Suami. Tiba-tiba Firdaus tarik muka masam! Eh, kenapa ni? Katanya, sambal itu dia punyaa, kenapa letak di pinggan Baba?

Oohhh.... budak ini! Ingatkan kenapa nampak muka marah-marah.

Firdaus - Set Nasi Ayam Geprek


Sukalah dia dapat dua bekas sambal. Ayamnya pula besar dan panas, baru digoreng. 


Seperti kebiasaannya, Firdaus suka makan dengan tangan. habis licin Nasi Ayam Geprek termasuk terung dan tempe goreng, timun dan sambalnya.

Bihun Sup & Beef


Bihun Sup yang Amie pesan mengandungi banyak aksesori termasuk hirisan daging, bebola ikan, bebola udang, isi siput kahanga dan isi udang segar.

Isi siput kahanga di sebelah bebola udang.

Isi udang bemban yang manis dan kenyal!

Wantan Inti Udang Segar

Wantan goreng ini merupakan sejenis dumpling Asia yang berisi udang segar yang dicincang halus dan dibungkus dengan kulit wantan. Menyedari diri sendiri hantu wantan, Amie memesan dua set sebab memang pasti Firdaus sukakannya.

Setiap gigitan menampilkan rasa manis dan lembut udang segar yang dibalut kulit wantan nipis dan lembut. Wantan goreng ini sesuai sebagai pembuka selera tetapi kami makan berselang-seli dengan hidangan utama masing-masing. 

Seperti yang dijangkakan, Firdaus makan wantan dengan bersungguh-sungguh. Amie pun makan sama. Terakhir, tinggal seketul. Firdaus tanya Encik Suami, mahukah makan wantan? Encik Suami kata : Makanlah.

Tak tahu berapa keping wantan masuk ke perutnya!

Setiap bekas mengandungi tujuh keping wantan goreng.

14 ulasan:

  1. Kadang2 rasa kagum dgn budak-budak - badan kecik tapi boleh sumbat macam2 makanan πŸ˜… kita ni makan nasi separuh pinggan dah kenyang hehe. Anak sulung saya pun macam tu, makan sampai 2 pinggan nasi tapi maintain kecik je badannya ikut genetik bapaknya

    BalasPadam
  2. Minggu ni memang bz dgn UASA je kan kak

    BalasPadam
  3. suka tengok selera firdaus makan,penat balik sekolah agaknya...di kuantan ni pun makin banyak restoran ayam penyet ayam geprek ,tapi kami belum pernah cuba 1 pun

    BalasPadam
  4. perghhh portion ayam tuuuuu boleh mkn 2 org! terbaiklahπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  5. Awal UASA di sekolah Firdaus. Sekolah anak bongsu ammi minggu depan baru mula. Yang di asrama (Form 3) hari Isnin lepas dah mula

    BalasPadam
  6. Suka wantan goreng. Sambalnya sikit sangat tak cukup tu kena tambah.

    BalasPadam
  7. Sedap ba makan pakai tangan, tapi kena bersih kuku jaga ya firdaus..hehe usik firdau dulu..

    BalasPadam
  8. firdaus ni makan apa pun sentiasa berselera. bagus betullah
    hehe baru smalam saya makan ayam penyet jugak. tak pernah bosan!

    BalasPadam
  9. Aiiiish lihat sambal dan ayam gorengnya, langsung lapaaaaar saya kak 😍😍😍😍. Sedaaap nampaknya

    Anak2 seperti daus memang tengah masa pertumbuhan. Anak saya pun kliatan kecil tp makannya juga banyak πŸ˜„

    BalasPadam
  10. All the best Firdaus...aduh..tengok menu tu buat SA lapar..

    BalasPadam
  11. Moga cemerlang dalam ujian nya Firdaus. Sedapnya semua menu.

    BalasPadam