Pages

Jumaat, 3 Oktober 2025

Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka?

Bismillahirrahmanirrahim.

Di pagi Jumaat, penghulu segala hari ini marilah kita kongsi ilmu yang bermanfaat agar mendapat keberkatan daripada-Nya.

Sebenarnya terlupa hendak memesan buku melalui Tebus Baucer Buku Guru Madani. Sudah saat-saat akhir baru perasan, dan tidak sempat membelek-belek tajuk buku yang ditawarkan. Akhirnya klik salah satu buku motivasi berjudul Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka? tulisan Dr. Luqman Mahmud. Dalam hati menjangkakan isi buku tersebut sudah tentu mengupas tentang tugas-tugas pendidik!

Alhamdulillah, kelmarin sampailah buku setebal 272 muka surat dengan harga RM38.00 dan kos penghantaran RM13.90. Pertama kali menatap Apa Lagi Kurangnya Aku di Mata Mereka, teruja membaca petikan di bawah tajuk iaitu : Untuk mereka yang terperangkap dalam kitaran toksik - sebagai anak, pasangan atau ibu bapa.

Pernah rasa tidak cukup, walaupun sudah memberikan segalanya? Bila rumah sendiri, dan hubungan dengan ibu bapa, menjadi tempat yang paling menyakitkan?

Buku ini ditulis untuk mereka yang pernah mempersoalkan diri - Apa lagi kurangnya aku? kerana sering dipersalahkan, dikawal, atau dilukai oleh insan yang sepatutnya menjadi pelindung.

Dr. Luqman Mahmud mengajak pembaca menyelami corak hubungan toksik dan narsisistik antara anak dan ibu bapa - sikap yang sering berselindung di sebalik kasih sayang dan tanggungjawab, namun dalam diam menghakis keyakinan dan harga diri. 


Setiap bab ditulis dengan empati dan kesedaran - bukan untuk menuding jari, tetapi untuk membimbing. Agar luka tidak diwarisi. Agar jiwa akhirnya pulang ke ruang paling aman dalam pelukan diri sendiri. Susunan kandungan buku ini:
  • Kesan ibu bapa narsisistik kepada anak-anak.
  • Mengenal pasti ibu bapa narsisistik.
  • Perasaan anak yang mempunyai ibu bapa narsistik.
  • Empat jenis ibu bapa narsisistik.
  • Tindak balas anak kepada ibu bapa narsisistik.
  • Menjadi anak yang memendam rasa dalam keluarga narsisistik.
  • Bangkit dari kelukaan yang panjang.
  • Sembuh dari cengkaman ibu bapa narsisistik.
  • Jadilah diri sendiri.
  • Putuskan rantaian narsisistik, jadilah ibu bapa yang matang pada masa hadapan.

Selamat membaca!


11 ulasan:

  1. tahun lepas baucer buku anak saya telah ditebus oleh orang lain. sakit betul hati.

    BalasPadam
  2. Ya Allah kak, macam sesuai je buku ni untuk bacaan ammi. Pernah juga nampak video di TT ciri-ciri ibu narsistik dan ammi macam "ehhhh apsal macam aku ni". Apakah tanpa saya sedari saya sebenarnya ibu yang narsis?

    BalasPadam
  3. Tajuknya menarik dan menyentuh hati, Kak Amie.

    BalasPadam
  4. Life is harsh. People will be cruel. Systems are messy. Tengok jelah isu semasa sekarang ni. Sometimes, the revolution isn’t against the system — it’s within it. Sometimes, raising emotionally intelligent children in a toxic world is the greatest form of activism, kan?

    BalasPadam
  5. bagus isi2 pada buku ni. kalau hidup dgn org narsistik, mmng memeningkan kepala

    BalasPadam
  6. Kesiannya persekitaran anak tu. Bila persekitaran macam tu sedikit sebanyak dia pun akan mengikut juga perangai kedua ibu bapanya kelak.

    BalasPadam
  7. Akak...buku ni sesuai dengan SA...sebab SA sering dipersalahkan, dikawal, atau dilukai oleh insan yang dekat dengan SA...(bukan suami)...teringin nak baca buku ni

    BalasPadam
  8. Saya pernah menikah dengan lelaki NPD. Syukurlah kami dah pisah, lalu diberi ganti jodoh yg jauuuh lebih baik.

    Tapi kalau orangtua NPD , tak habis pikir juga. Mungkin sebaiknya mereka ini memang tak usah menjadi orangtua, dan memilih childfree. Kasihan anaknya yg menjadi korban

    BalasPadam
  9. Guna eBoucer buku, menarik tajuknya, serba sedikit telah di buat ringkasan..hebat tahniah..

    BalasPadam
  10. Wahhh... guru pun dapat baucer.

    BalasPadam
  11. Bagus lah buku ni Kak Amie, rasa nak cari jugak.

    BalasPadam