Pages

Selasa, 14 Oktober 2025

Ajar Firdaus Makan Nasi Pulao dengan Chapli Kebab

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kita lewat sedikit keluar dari ladang sebab ada mesyuarat. Encik Suami dan Firdaus sudah menunggu di kereta. Firdaus tidak ke sekolah agama. Amie dan Encik Suami pun tidak galakkan ke sekolah kerana sudah ada murid sekelasnya yang dijangkiti influenza, tak pasti A atau B. Allahu Akbar! Teringat pula peristiwa jangkitan Covid-19 2020!

Mudah-mudahan kes influenza ini akan segera berakhir. 

Untuk memujuk perut yang lapar, kami singgah makan di Kedai Makan Pakistan sahaja. Firdaus jarang ikut kami makan di sini. Kali ini Amie nak ajar Firdaus makan chapli kebab. Kalau dia boleh makan, maknanya adalah peluang untuk ikut melancong.... ahaks! Bukan apa, kalau ke luar negara yang beza budayanya, tentu makanannya pun tak sama. Firdaus kenalah kental semangatnya kalau jumpa makanan yang tak sama atau memenuhi seleranya. Kenalah jadi macam Mommynya, tolak batu dan kayu asalkan halal...hiks!

Firdaus makan Nasi Pulao & Chapli Kebab.

Firdaus : Teh Ais
Amie : Sirap Limau Ais

Encik Suami : Teh Pakistani


Encik Suami :Roti Paratha

Menu wajib Encik Suami - Roti Paratha.

Beef Roast (Roasht)

Beef Roasht ini sedap dimakan bersama roti  nan, roti paratha dan nasi pulao.

Chana Masala

Amie : Roti Canai

Roti canainya lembut!

Firdaus : Nasi Pulao



Nasi Pulao ini sebenarnya sudah ada daging di dalamnya, tetapi Amie mahu Firdaus merasa chapli kebab. Amie memesan dua keping chapli kebab. Satu untuk Firdaus dan satu untuk diri sendiri. Kita kan hantu chapli kebab... ahaks! Kalau pesan sekeping, nanti terliur pula tengok Firdaus makan.

Chapli Kebab

Nasi Pulao & Chapli Kebab

Alhamdulillah. Habis licin Firdaus makan Nasi Pulau dengan Chapli Kebab. Katanya, nasi dan chapli kebab sedap. Baguslah. Firdaus boleh terima makanan Pakistan. Ada rezeki nanti bolehlah jadi teman Mommy travel.

Amie : Chapli Kebab

Chapli Kebab yang menggoda selera, penuh aroma rempah dan daging segar yang lembut.

12 ulasan:

  1. Banyak kes sekarang ni. Cepat je tersebar. Cie dah kena tahun lepas. Seksa sangat.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, syukur makanan lazat untuk anak tersayang ..

    BalasPadam
  3. chapli kebab tu nampak sedap, roti canai pun nampak gebu, nasi pun menarik... aishh.. bikin ngences la entry ni.. hahaha. betul tu, kalau nak melancong kena bersedia mental fizikal. Makanan tempat orang belum tentu kena dengan tekak kita

    BalasPadam
  4. tengok ni pun dah terliur.. firdaus ni bagus, semua jenis makanan dia makan tau!

    BalasPadam
  5. SA yang tgok , baca entry ni pun terliur...mesti sedap betul ni...

    BalasPadam
  6. Chapli kebab tu saya makan juga dengan roti nan pun sedap.

    BalasPadam
  7. Tak pernah pulak nampak kedai pakistan kat sini yg jual menu chapli kebab. Kalau kebab biasa tu ada

    BalasPadam
  8. Nampaknya dah lulus tu, bolehlah lepas ni Daus ikut mommy jalan2 ke luar negara. Wahhh, kebab tu la yg sy jumpa di sebuah kedai Pakistan di Temerloh. Dia cuma sebut kebab, rupanya yang betul Chapli Kebab ya. Kalau di kedai nasi arab yang biasa kami pergi, kebabnya kurus tinggi.

    BalasPadam
  9. Nak cari lah di KL restoran Pakistan. Saya betul2 drooling sangat nak coba Chapli kebab 🤤🤤🤤. Memang tak sabar nak ke Ipoh dan KL ini 😄

    Saya biasanya paksa anak saya untuk suka segala macam masakan, Krn memang saat traveling tak bisa pilih2. Kalau anak pertama, tak masalah diajak ke eropa atau negara yg makanan pokoknya roti, sebab memang dia hantu roti 🤣

    Tapi anak kedua, LBH suka nasi 🤭. Makanya kalo diajak ke eropa susah sikiit 😄. Tapi hrs dipaksa jadinya

    BalasPadam
  10. sedap semua lah kak... Firdaus kan selalu ambil western

    BalasPadam