Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu rakan-rakan pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Apa aktiviti di hari minggu ini? Hari ini tiada jemputan kahwin atau kenduri-kendara, jadi Amie memerap sahajalah di rumah. Hasrat hendak ke pasar tani terpaksa dibatalkan sebab Encik Suami ada urusan di awal pagi lagi.
Menjelang tengah hari perut rasa lapar tapi berat pula langkah kaki hendak masuk dapur. Mengenangkan ada Firdaus, gagahkan jugalah pergi dapur tanak nasi. Panaskan sajalah baki lauk-pauk kelmarin. Teringat Firdaus suka makan lauk sambal tuhau, terfikir pula untuk cuba goreng telur bubuh sambal tuhau.
Ayuk, kita masak!
Telur Sambal Tuhau |
Lada Tuhau - RM14.90 |
Inilah rupa sambal tuhau @ lada tuhau yang Amie beli di Tamparuli. Amie beli tiga botol. Kecil saja botolnya. Oleh kerana susah sangat hendak habiskan isi sebotol kalau sekadar dibuat pencecah ulam dan ikan goreng, jadi Amie cuba masak jadikan sambal tumis dan bubuhlah apa-apa seperi ikan sardin atau telur goreng, Jadinya cepatlah habis isinya. Untuk Telur Sambal Tuhau, Amie gunakan setengah botol lada tuhau. Lada tuhau ini sudah cukup rasa masam cuka dan rasa garamnya. Jika suka bolehlah tambahkan belacan sewaktu memasaknya.
Resipi Telur Sambal Tuhau
Bahan-bahan:
6 biji telur - goreng gaya telur mata
1/2 botol lada tuhau
4 sudu besar minyak
1 sudu sos tiram
1 susu kicap lemak manis - Amie tak bubuh sebab kicap sudah habis
garamm / gula / perasa pilihan
Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 tangkai cili hijau
Cara memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumis bahan hiris sehingga layu kekuningan.
- Tuangkan lada tuhau, sos tiram, garam / perasa pilihan.
- Masak sehingga pecah minyak.
- Padamkan api dapur
- Susun telur mata di atas pinggan. Tuangkan sambal tuhau. Hias dengan cili padi dan limau kasturi.
Firdaus makan nasi sampai tiga pinggan dan telur mata tiga biji. Sedap, katanya!
Macam lebih kurang budu ke kak? Teringin nak rasa kena pi Sabah la ni 😄
BalasPadamAllah.... budu pulak dah hihihiii.
PadamDalam entri lepas pasal tuhau, ada Cie komen. Saya perkenalkan apa itu tuhau, dari jenis tanaman sampailah menjadi masakan.
Nasib baik x jumpa kat semenanjung sambal Tuhau ni..kalau jumpa SA nak gak tau rasa dia macam.mana..lauk telur buat apa pun memang sedap...
BalasPadamKalau jenis suka mencuba bolehlah cuba sebab ada yang kurang gemar aromanya kalau tak biasa.
PadamWah berselera betul Firdaus makan sambal kegemarannya ye Kak Amie. Berbunga hati kita bila tengok anak makan bertambah² ni kan
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSuka pula dia dengan sambal tuhau. Biasanya budak-budak tak minat.
Selera makan lauk telor goreng ada sambal begini. Saya rasa, sambal tuhau ni, lebih kurang macam sambal jantan kelantan, sebab dalam sambal ada cuka, tapi tak ada belacan.
BalasPadamOh, ada nama sambal jantan pula ye Nur.
PadamSekarang ni sy nak tahu, tuhau tu apa sebenarnya, Kak Amie? Ia sejenis lada ke?
BalasPadamTuhau tu sejenis tumbuhan herba. Ditambah lada jadilah sambal / lada tuhau.
PadamTuhau makanan tradisional orang Sabah, tuhau memang aroma yang membangkitkan selera..
BalasPadamTerbayang lah sedapnyaaaa 😍😍😍. Krn saya terbiasa makan masakan yg beraroma tajam, jadi rasa2nya Tuhau ini akan cocok dengan lidah saya
BalasPadam