Pages

Isnin, 8 September 2025

Semuanya Akan Jadi Kenangan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Setiap hari ada sahaja penoreh yang bawa bekal ke ladang. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk kawan-kawan. Ada yang setiap hari membawa (membeli) beberapa jenis kuih seperti karipap, popia, kaswi, kek pisang, cempiang dan sebagainya. Ya Allah! Kurniakanlah rezeki yang berlipatganda kepada rakan-rakan penoreh yang ikhlas membawa kuih untuk kami makan bersama. Sesungguhnya para penoreh yang masuk awal pagi ke ladang, sempat alas perut dengan sekeping dua kuih!

Bukan apa! Pembawa kuih-muih inilah yang menyelamatkan perut kami dari kelaparan kerana kantin tidak beroperasi sebelum kami masuk kebun untuk menoreh! Kelas bermula pukul 6:45 pagi sedangkan kantin belum bersedia melayan kami.

Kalau hendak dihitung memang tidak terkira jenis kuih yang kami makan. Gambar-gambar di bawah ini Amie ambil buat kenang-kenangan, waktu kenyang dan waktu lapar bersama  pada minggu-minggu yang lalu.


Samosa Inti Kentang

Karipap Pusing


Nona Manis Pandan

Karipap 

Kuih Bom

Nona Manis Jagung

Kuih Bunga Pandan

Roti Canai

Pisang Berangan

Barobbo'

Alhamdulillah.
Rezeki Allah!
Inilah yang akan jadi kenangan apabila semuanya bersara nanti.

33 ulasan:

  1. Cantiknya Kuih Bunga Pandan, sayang nak makan :D
    Barobbo' tu macam bubur ye Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bu ga pandan cantik dan paling sedap antara kuih yang ada.
      Barobbo' tu bubur jagung menu tradisi Bugis.

      Padam
  2. Wak menoreh sensorang dalam kebun.
    Orang berjualan kuih memanglah tak jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebun getah Wak tak sama dengan ladang getah kami.

      Padam
  3. Uncle prefer karipap biasa berbanding karipap pusing. Sebab karipap pusing bersepah time makan...

    BalasPadam
  4. Kuih bunga pandan itu cantiiiik sangaaat. Macam mana yaa orang2 ini membuat kue sebagus dan rapiiii seperti itu. Macam sayang pun nak dimakan 😄😄.

    Beruntung sangat jika partner kerja kita sering membawa makanan untuk dicoba bersama2. Rezeki sangat kak punya teman kerja begini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih bunga pandan tu paling saya suka. Sedap sangat! Tapi tak tahu resipinya.

      Padam
  5. Dalam banyak-banyak, karipap pusing menarik perhatianku :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki di kongsi bersama

    BalasPadam
  7. dekat sana pkl 6 dah cerah...if dekat sini gelap gelita lagi...

    BalasPadam
  8. Cantiknya kuih bunga pandan. First time saya tengok kuih ni. Barobbo tuh macam bubur nasi ke? Alhamdulillah ada sahabat-sahabat yang saling membawa makanan untuk dimakan bersama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mema g sangat cantik, sangat sedap. Kalah nona manis!

      Padam
  9. Amie, cantiknya kuih bunga pandan tu .. 1st time kak ana tengok sedap dak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sangat kuih tu. Saya selalu order. RM54.00, 50 biji.

      Padam
  10. Nona manis jagung macam belum jumpa lagi kat sini. Biasa perisa pandan je.
    Kuih bunga pandan tu saya google tak jumpa pula. Agak-agak bagaimana rasanya... macam kaswi atau kuih lapis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya lemak manis, lembut... sedap! Tak cukup makan sebiji. Jauh beza dengan kaswi atau kuih lapis. Bunga pandan jauh lebih sedap.

      Padam
  11. Murah hati para penoreh berbahagia rezeki. Kalau beli untuk diri sendiri cukup saja seketul dua, tapi sanggup membeli berbondong-bondong. Semoga terus bertambah rezeki masing².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah rasa sayang dengan rakan penoreh. Memang hari-hari wajib ada kuih.

      Padam
  12. rezeki rajin menoreh dapat makan kuih berjenis-jenis dapnya

    BalasPadam
  13. Kuih bunga pandan tu sejenis kuih bingka ke Amie... Cantik sangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasto pula. Tapi lain sangat rasanya jika disamajan dengan bingka.

      Padam
  14. cantiknya kuih bunga pandan tu.
    nanti bila dah bersara, mesti rindu momen2 potluck macam ni

    BalasPadam
  15. Pisang no 1 dulu saya makan..semua nak beli ..kuih muih sekarang mahal naik harga..kadang seringit dapt 2 ja

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah...macam-macam kuih muih ada. Dapatlah merasa pelbagai jenis kalau dah sorang-sorang bawa untuk berkongsi. Patutlah kantin kena buka lagi awal tu kan.

    BalasPadam
  17. Sedapnya semua kuih-kuih tu kak... awal betul 6.45 dah mula kelas kak oi....

    BalasPadam
  18. Terpikat dengan kuih bunga pandan tuada acuan ye kuih tu...cantik betul..borobbo tu apa kak..eh 6.45am dah mula kelas..teringat masa darjah 5, kelas english start pukul 6.45am..every day...hasilnya seluruh kelas darjah 6 dapat english A masa tu...

    BalasPadam
  19. Cantiknya kuih bunga pandan tu.. Kalau dijadikan hantaran pun lawa..
    Sha pun nak tau, borobbo tu apa kak Amie..

    BalasPadam
  20. eee cantiknyaaa kuih bunga pandan tuuuu... kalau sy sure syg nak mkn hehehe

    BalasPadam