Pages

Khamis, 18 September 2025

Sarapan Wantan Goreng & Sumbat-Sumbat

Bismillahirrahmanirrahim.
Awal pagi tadi kami keluar ke bandar LD jalan-jalan cari sarapan. Nampaknya semua kedai makan terang-benderang oleh cahaya lampu. Tidak seperti kelmarin, banyak kedai makan gelap dan pelanggan duduk di lmeja bahagian luar untuk mencari keselesaan sewaktu menikmati hidangan.

Kami singgah sarapan di sebuah restoran berhampiran tepi laut. Amie tidak memilih sarapan berat sebaliknya hanya memesan wantan goreng dan ikan sumbat dalam cili, peria dan terung. Ratah-ratah sahajalah ceritanya.

Wantan Goreng & Sumbat-Sumbat



Walaupun setakat makan ringan, disajikan pula dengan semangkuk kecil sup kosong.


Sedap sup kosongnya. Cukup rasa. Sup kosong akan sentiasa mengiringi pelbagai jenis makanan seperti mi, bihun, nasi kuning atau nasi goreng.

Cili sumbat isi ikan yang menawan selera!


Ada dua jenis sos boleh ditambah untuk rasa lebih enak iaitu sos cuka cili dalam gambar di atas dan sos kicap  seperti gambar di bawah.

Rupa sumbat-sumbat setelah disiram dengan sos cuka cili dan sos kicap.

Peria Sumbat

Kopi Hitam Panas

Walaupun rasa pedas tetapi kopi hitam panas ini menjadi penyelamat! Tak apa, minum kopi waktu pagi tidak menjejaskan waktu tidur malam!

Encik Suami - Bihun Goreng dengan Telur Mata &  Terung Sumbat

Firdaus - Mi Goreng, Wantan & Sayap Ayam Goreng

Firdaus - Teh Ais

Firdaus beli dua bungkus kuih yang dijual oleh seorang lelaki tua yang masuk ke restoran ketika kami sedang sarapan. Apa nama kuih ini?


11 ulasan:

  1. Comel pula sayur sayuran tu disumbat²

    BalasPadam
  2. Kuih bepang ke tu, Kak Amie? Yg sumbat² tu semua nampak sedap sampai tersumbat perut kekenyangan.

    BalasPadam
  3. Nampak sedap je semua sumbat-sumbat ni.

    BalasPadam
  4. Kue jipang kalo disini sebut nya kak 😍😍😍😍. Sedaap saya sukaaa. Manis gurih.

    Uniiiik yg sumbat2 ini. Apalagi disumbat dalam terong dan cabe.

    Saya pernah makan ikan sumbat, tapi disumbat ke badan ikan yg sudah dikeluarkan isinya. Kalau disumbat dalam terong, cabe, belum coba lagi

    BalasPadam
  5. Bepang tu kan? Rasanya namanya bepang. Manis2 kan.

    BalasPadam
  6. Ada jugak ek wantan sumbat-sumbat. Cili tu nampak macam solo lada pulak. hihi...Sedap sup kosong macam tu, saya suka. Ringkas bihun dan mi gorengnya.
    Baru nak tanya kuih apa tu. Tapi kak Amie pun bertanya jugak. Sama-samalah kita tunggu jawapannya.

    BalasPadam
  7. Saya google, rupa dia macam bepang nasi. Entah betul ke tidak tak tahulah.

    BalasPadam
  8. Menu sedap, puas hati makan, selera nampak. Kuih dari bangkit beras rasanya..Etuza juga kurang sure apa nama kuih ni ya..

    BalasPadam
  9. Macam bepang.. biasa makan bepang kacang. Bepang kaler-kaler ni pernah makan tapi tak sure buat dari apa.

    BalasPadam
  10. Sedapnya kak oi.... dah lama tak makan wantan goreng gitu...

    BalasPadam
  11. laa sy igt sos cili tu ada rasa manis2 mcm yong tau foo punya kuah tu... rupanya pedas yaaa

    BalasPadam