Bismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita hari Jumaat. Waktu pagi dalam perjalanan ke ladang, nampak pancutan air di tepi jalan membasahi jalan raya. Rupanya batang paip besar pecah. Entah sejak bila kejadiannya. Akibatnya, pada hari itu bekalan air terputus! Balik dari ladang kononnya hendak masak, tapi terpaksa melencong ke kedai makan untuk cari alas perut.
Singgahlah kami di kedai makan berdekatan di Seri Perdana. Encik Suami memesan Nasi Ayam Penyet. Amie memesan Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang.
 |
Encik Suami - Nasi Ayam Penyet RM16.00 |
Kata Pak Google, Nasi Ayam Penyet ialah hidangan dari Indonesia yang sangat popular di Malaysia, Singapura, dan juga Brunei. Maksud penyet dalam bahasa Jawa bermaksud penyek atau ditekan / leperkan. Jadi ayam penyet ialah ayam goreng yang diketuk atau ditekan sedikit supaya lebih lembut dan mudah dimakan, agar kuah sambalnya lebih meresap.
Nasi Ayam Penyet terdiri dari nasi putih, sambal belacan,ulam timun, kacang panjang, kubis mentah, tempe dan tauhu goreng. Kadang-kadang ada sup kosong. Ciri khas ayam penyet terletak pada ayam goreng yang garing di luar, lembut di dalam, dan sambalnya yang pedas menyengat.
Beginilah rupa ayam penyetnya. Sekarang sudah tidak kisah apa itu ayam penyet, ayam geprek atau ayam gepuk. Tidak nampak dengan jelas identiti atau ciri sebenar jenis-jenis masakan ayam itu. Kalau di LD, kira pesan ayam penyet, serupa ayam geprek, ayam geprek itu pula serupa ayam gepuk pula. Sama sahaja. Sambalnya pun lebih kurang juga. Cuma sayang sekali, sepatutnya para peniaga perlu kekalkan ciri sebenar masakan mereka berdasarkan namanya. Nampaknya bukan Amie sahaja yang keliru, malah rakan-rakan blogger pun sama... ahaks!
 |
Sambal belacan Nasi Ayam Penyet ini memang pedas menyengat. |
 |
Amie - Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang - RM16.00 |
 |
Ekor ikan bolu goreng sampai mencecah meja! |
Sama seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang didatangkan bersama sambal belacan, hirisan timun, tempe dan terung goreng.
Oleh kerana Encik Suami tidak tahan pedas sambal belacan, jadi diberikannya pada kita. Memang pedas sangat! Syukurlah Encik Suami memesan Chinese Tea. Memang ngam betullah makan pedas-pedas disulami dengan minum teh panas untuk kurangkan kepedasan! Hadoi... meleleh air mata, meleleh air hidung oi!
 |
Chinese Tea |
 |
Tidak ketinggalan, wantan goreng inti udang cincang - RM11.90. |
Petang Jumaat itu, sekolah agama Firdaus menganjurkan solat hajat selepas solat maghrib di masjid untuk calon SRU. Firdaus pula tidak beritahu guru sekolah agamanya suruh bawa makanan atau minuman. Tak sempatlah kami hendak tempah makanan. Hendak masak pun tak sempat juga sebab selain tidak ada bekalan air. Encik Suami pula perlu segera mengambil Firdaus di sekolah. Akhirnya kami singgah pasar raya. Encik Suami sponsor beberapa jenis air kotak dan Amie sponsor buah. Kononnya hendak beli buah anggur tapi sebiji pun tidak ada! Senang hendak makan, tak perlu dipotong-potong.
Amie cadangkan beli sahajalah buah epal dengan oren. Tak perlulah di belah atau dipotong-potong. Bawa bulat-bulat begitu dalam bakul!
 |
Bakul buah-buahan. |
Encik Suami ambil Firdaus dari sekolah agama tetapi tidak sempat balik ke rumah kerana masalah kesesakan lalu lintas. Dibawanya Firdaus ke rumah kakak ipar untuk mandi dan tukar pakaian. Rupanya air pun terputus di rumah kakak ipar! Akhirnya Firdaus hanya tukar pakaian dan kembali semula ke sekolah agama bersama Encik Suami.
Sekian.
Coretan Nasi Ayam Penyet di hari Jumaat meleret sampai ke sekolah agama!
Kekadang confuse jugak penyet, gepuk, geprek. Tengok lebih kurang je semua.
BalasPadamWanten goreng..suka makan rangup..sajian special makan tengahari..
BalasPadamUncle pun tak enjoy makan kalau pedas sangat... Tapi kalau tak pedas langsung tak best juga
BalasPadamsaya suka nasi ayam penyet.. selalu makan di tempat saya,
BalasPadamtaburan bumbum pada ayam dan ikan penyet tu menyelerakan sungguh Amie :) Krup krup bila makan kan
BalasPadamBesar ikan, dalam nasi kak Amie. Susah bila bekalan air terganggu, nak masak dan mandi, kan. Saya pun tak tahu dengan jelas nasi ayam gepuk, geprek atau penyet. Lebih kurang saja, kan.
BalasPadamKrn memang artinya pun sama 😂. Beda istilah saja. Ada kota yg sebut geprek, ada kota yg sebut penyet, dan ada yg bilang pake istilah gepuk 🤣. Padahal arti sama, makanya tak heran penampakan juga sama.
BalasPadamJadi saya tak kisah mau pakai nama apa, yg penting sambalnya sedap 😁
Mesti budak-budak suka dapt buah sebji sorang. Tu lah kadang confius geperek ke gepuk ke penyet je yang tahu ianya di penyet ayamnya.
BalasPadamNasi Ikan Bolu Tanpa Tulang tu first time tengok ikan tanpa tulang mesti sedap dan senang makan sebab tanpa tulang.
BalasPadamsukanya bila kedai tu bagi kriuk2 rangup lebih. kadang2 makan ayam penyet, tak dapat kriuk2 tu
BalasPadam