Pages

Isnin, 29 September 2025

Nasi Ayam Gesek & Soto Jawa

Bismillahirrahmanirrahim.
Singgah makan di D'Chendol Bandar Sri Perdana, Encik Suami hendak makan Nasi Ayam Gesek pula. Di sini ada Nasi Ayam Penyet Sambal Ijo dan Nasi Ayam Gesek. Kata Encik Suami, asyik makan ayam penyet saja, cuba pulalah Nasi Ayam Gesek. Pertama kali Amie dengar perkataan 'gesek' terbayang pula ikan kering atau sambal gesek. Maaf, Amie tak pernah makan sambal gesek! Hanya dengar namanya saja.

Amie pula pada mulanya hendak makan Soto Banjar, tapi apabila terlihat ada Soto Jawa jadi Amie pilih Soto Jawa. Agak-agak sama tak Soto Jawa dengan soto di tempat kita?


Seperti biasa, Amie memang suka mencari tahu (pinjam bahasa Indonesia) atau menambah info tentang menu yang kami nikmati. Menurut Pak Google, ayam gesek ialah sejenis hidangan ayam pedas dari Jawa Tengah, Indonesia, khususnya di Solo.

Asalnya ayam gesek ialah ayam kampung atau ayam biasa yang sudah direbus atau diungkep hingga empuk. Daging ayam itu kemudian disuwir (disiat-siat / digesek)) sehingga terurai seperti serat. Dari situlah asal nama gesek iaitu ayam yang disiat dengan tangan atau digesek dengan garpu. Kemudian ayam suwir tadi ditumis atau digoreng bersama sambal pedas, biasanya gunakan cili padi merah, bawang merah, bawang putih, dan rempah lain.

Rasanya pedas, gurih, dan wangi, hampir mirip dengan ayam suwir sambal tetapi lebih pekat rasa rempah dan lebih pedas. Ayam gesek ini biasanya dimakan dengan nasi panas, ulaman, dan sambal tambahan.

Ayam Gesek D'Chendol Sri Perdana

Nasi Ayam Gesek didatangkan bersama daun salad, sehiris timun, sekeping tempe dan terung goreng serta keropok.

Set Nasi Ayam Gesek dengan semangkuk kecil sup kosong.



Kami memesan ABC Buah.

ABC Buah.


Sup Tulang

Pesan juga menu tambahan iaitu Sup Tulang. Sup Tulang ini bukan tulang semata tetapi ada taugeh, sayur kobis dan sawi. Sup Tulang bersama taugeh ini Amie selalu jumpa di Indonesia terutamanya di Surabaya yang dipanggil sup rawon! 

Biasanya disertakan dengan nasi putih tapi kami tidak mahu. Kononnya hendak meratah sahaja. Kicap lada tidak disertakan dalam hidangan kerana di atas meja sudah tersedia tiga jenis lada / sambal / kicap dan sos serta cuka.

Dagingnya sudah terlerai dari tulang. Lembut!

Soto Jawa

Inilah rupa Soto Jawa. Pertama kali nampak, terkejut juga nampak beza dengan soto di tempat kita. Mari kita tanya Pak Google apa beza Soto Jawa dengan Soto di Malaysia. Kata Pak Google:

Soto Jawa (Indonesia) kuahnya kuning atau bening, dari rebusan ayam atau daging dengan rempah kunyit, lengkuas, serai, ketumbar, bawang. Isi utam ayam, daging sapi atau kerbau. Pelengkap Soto Jawa terdiri dari bihun, taugeh, kentang goreng nipis, telur rebus, koya (serbuk keropok udang + bawang putih goreng), sambal dan kicap manis. Ada aroma wangi rempah, rasa lebih natural dan segar.

Soto Malaysia (Soto Melayu)
Kuahnya lebih pekat dan berempah, kadang-kadang ada sedikit rasa sup ayam atau sup tulang Melayu. Isi utamanya, ayam rebus dan dicarik. Pelengkap Soto Malaysia terdiri dari nasi himpit, suhun, begedil kentang, sambal kicap cili, bawang goreng, daun sup, limau kasturi. Soto Malaysia lebih berat dan mengenyangkan sebab ada nasi impit dan begedil kentang.

Soto Jawa


Amie lihat Soto Jawa di LD sudah bercampur aduk! Barangkali disesuaikan dengan selera tempatan. Soto Jawa yang dihidangkan mengandungi kentang goreng, nasi himpit, suhun, telur rebus, ayam goreng carik, kobis dan taugeh. Ada kacang tanah juga!

Soto Jawa penuh semangkuk, sarat dengan pelbagai isi sampai termengah-mengah untuk menghabiskannya!

Sekian, coretan tentang Nasi Ayam Gesek dan Soto Jawa di D'Chendol Bandar Sri Perdana.

22 ulasan:

  1. Kita terus terbayang iwak gesel je..Kikiki...
    Soto ada begedil lagi sedap

    BalasPadam
  2. Keturunan yang sama la tu kot gesek, penyet, geprek, gepuk. Macam2 nama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kira berkeluargalah juga kan. Ada ayam, ada sambal.

      Padam
  3. Sedapnya ABC buah tu...
    saya ingatkan kalau sambal gesek tu macam sambal totok jawa..
    Banyak jenis soto kat Sabah kan...
    Tapi apapun saya puas hati sebab dah merasa coto makassar🤭😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya keturunan Jawa tapi tak pernah tengok sambal gesek hihihii.

      Padam
  4. Sekali lagi persembahan maya di blog Amie..hebat..perkongsian sajian makanan yang pasti memberi inspirasi kepada pembaca dan blogger lainnya. Cara menggambar hebat. Tahniah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih saudara Etuza.
      Biasa-biasa saja, seadanya.

      Padam
  5. https://madey09.blogspot.com/2025/09/blogger-terkenal-perlu-amalkan-blog.html
    klik baca di blog Etuza.

    BalasPadam
  6. Pernah pergi ke bandung sekali nampak ada menu soto jadi cubalah nak rasa kan sekali huwaaaa Sotonya kok ada nasi dengan sup. Dah le terbayang soto kat malaysia bila dapat soto di bandung huwaaaaa tak sama dan lain rasanya. Tapi takpe kita cuba. Akhirnya soto malaysia lah paling win hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah juga dengan saya Notie. Waktu di Kalimantan, dalam perjalanan balik dari Tenggarong ke Balik Papan, singgah warung makan. Kami order soto. Ingatkan sama macam soto kita. Sekali sampai sotonya kok bernasi. Namanya Soto Lamongan, katanya tour guide kami.

      Padam
  7. soto jawa tak pernah makan pun, mi jawa pernahlah. mujur juga ayam gesek tu nampaklah juga ada rupa digesek. Ada juga yang jual ayam penyet tapi bila sampai tak penyet langsung ayamnya. Faham ke tidak agaknya penjual itu akan maksud penyet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rupanya Soto Jawa berbeza dengan soto di tempat kita. Entahlah, semua ayam macam sama sahaja, namanya berbeza.

      Padam
  8. Ayam Gesek D'Chendol sedapnya nampak, tapi semuanya pun rasa sedap lah Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur rezeki makan tengah hari.

      Padam
  9. saya kalau dengar perkataan gesek ni, mesti terfikir pedas. yg ni sambalnya diletak atas ayam, ala2 ayam geprek jugaklah

    BalasPadam
  10. Nasi ayam gesek saya tak pernah jumpa pula di sini. Wah, sedapnya, hirup sup tulang panas-panas.

    BalasPadam
  11. ayam gesek susah juga nak sediakannya kena suwir pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI, tapi tang ini tak disuwir pula.

      Padam