Bismillahirrahmanirrahim.
Gambar-gambar yang Amie paparkan di bawah ini agak gelap. Begitulah suasana sebenar ketika kami meninggalkan Setubal, menuju Almada dan menyeberangi Jambatan Ponte 25 de Abril untuk sampai ke Lisbon. Untuk sampai ke Lisbon ada dua jambatan pilihan yang boleh dilalui:
- Ponte 25 de Abril – jambatan merah ikonik, reka bentuknya seperti Golden Gate di San Francisco. Laluan utama dari Setúbal → Almada → Lisbon.
- Ponte Vasco da Gama – jambatan lebih panjang (sekitar 17 km, yang terpanjang di Eropah). Laluan masuk Lisbon dari arah timur, biasanya elak trafik.
Menurut Mbak Watie, Ponte 25 de Abril di Lisbon direka oleh firma kejuruteraan Amerika Syarikat, United States Steel International (New York), dengan kerjasama jurutera Portugis. Arkitek utamanya ialah firma Steinman, Boynton, Gronquist & London (Amerika), yang juga pernah terlibat dalam projek jambatan terkenal lain.
Pembinaannya pula diketuai oleh Consórcio United States Steel Export Company bersama syarikat Portugis. Jambatan ini sering dibandingkan dengan Golden Gate Bridge di San Francisco kerana reka bentuknya hampir serupa, malah syarikat yang sama juga terlibat dalam pembinaan kedua-duanya.
Gambar diambil dari dalam bas ketika melintasi Ponte 25 de Abril. |
Barangkali disebabkan suhu rendah, matahari lambat menampakkan diri, jadi suasana seperti dilindungi kabus. Pemandangan agak kelam.
Muara sungai yang sangat luas. |
Peta dari Almada menyeberang sungai menuju ke Lisbonne (Lisbon @ Lisboa). |
Ponte 25 de Abril dibina merentasi Sungai Tagus (Rio Tejo), iaitu sungai terpanjang di Semenanjung Iberia. Sungai ini mengalir dari Sepanyol, masuk ke Portugal, lalu melebar menjadi muara yang luas sebelum bertemu Lautan Atlantik di Lisbon. Bahagian tempat binaan jambatan itu kelihatan seperti selat tetapi sebenarnya bukan selat. Hal ini disebabkan sungainya sangat lebar dan hampir menyerupai laut.
Sekarang kami menghampiri ke seberang setelah melalui Ponte 25 de Abril sejauh 2.3 kilometer. Jarak clearance di bawah jambatan lebih kurang 70 meter dan membolehkan kapal besar lalu di bawahnya.
Pemandangan dari dalam bas ketika kami hampir ke seberang. |
Asalnya, jambatan ini dibuka pada 6 Ogos 1966 dan dinamakan Ponte Salazar, sempena António de Oliveira Salazar, diktator Portugal ketika itu. Nama itu dipilih bagi menghormati rejim Estado Novo. Namun, pada 25 April 1974, berlaku Revolusi Bunga (Revolução dos Cravos), satu revolusi aman yang menumbangkan pemerintahan diktator Salazar (walaupun ketika itu beliau sudah sakit dan tidak berkuasa lagi).
Selepas revolusi berjaya, jambatan itu ditukar nama menjadi Ponte 25 de Abril sebagai simbol kebebasan dan demokrasi, mengenang tarikh bersejarah yang mengubah haluan politik Portugal. Jadi, jambatan ini bukan sekadar penghubung Setúbal - Lisboa, tapi juga monumen hidup bagi rakyat Portugal tentang jatuhnya diktator dan lahirnya kebebasan.
Matahari masih belum munculkan diri, atau mungkin ketika ini mendung!
Di hujung jambatan, sambil mata fokus ke laut, kelihatan Lisbon semakin hampir dengan bukit-bukit dan bangunan pastel, menara gereja, dan kubah putih Basilica da Estrela di kejauhan. Semua itu membuatkan suasana seperti lukisan hidup.
Dengan penerangan bersungguh-sungguh daripada Mbak Watie sepanjang melalui Ponte 25 de Abril, kami merasakan suasana yang unik dengan gabungan laut luas, kapal besar dan kapal kecil, burung yang berterbangan, dan bandar Lisbon yang muncul perlahan-lahan.
Selamat datang ke pinggir Lisbon!
Beginilah rupa negara Portugal, tempat kami sedang menuju ke ibu kotanya iaitu Lisbon setelah menempuh perjalanan dari Setubal dan Almada.
Sempat mengintai suasana di pinggir jalan yang kami lalui.
Ketika ini jam menunjukkan lebih kurang pukul sembilan pagi. Nampak sunyi sepi pula. Eh, orang Portugis belum bangun tidur ke?
Jom belajar perkataan Portugal : aeroporto bermaksud airport.
Untuk sampai ke Lisbon, selain menggunakan bas atau kereta boleh juga naik tren Fertagus dari Setubal ke Lisbon. Tren juga akan melalui Ponte 25 de Abril.
Kami sudah sampai ke Lisbon!
Bom dia Lisbon!
Bermaksud Selamat Pagi Lisbon!
Bermaksud Selamat Pagi Lisbon!
Bom Dia Lisbon!
Uncle rasa orang lisbon ni bangun pagi... cuma keluar rumah lambat....
BalasPadamMaklumlah musim sejuk, medti luat nak buang selimut.
Padamno wonder la jambatan ni mirip macam san francisco tu, dari company yg sama rupanya. ingatkan jamabatannya boleh bukak tutup mcm terengganu drawbridge utk bagi kapal lalu. memang tinggi betulye, huhu gayatt.
BalasPadamperkataan bom dia tu, dulu cristiano ronaldo pernah buat caption tu kat ig. pastu bila sampai kat orang malaysia jadi meme pulak xD
Memang tinggi jambatannya.
Padampejalan kaki dibenarkan ke kak untuk merentasi jambatan ni?
BalasPadamagak besar juga ya dia punya pelabuhan...
Tak pasti pula Anies. Nampak macam tiada pula pejalan kaki di situ.
PadamIndahnya Lisbon!
BalasPadamAbril tu sama sebutan dgn B. Arab utk bulan April. Apakah ada pengaruh Islam di Portugal? Kalau Spain tu iyalah kan
Kami masih berada di kawasan Andalusia, bekas pentadbiran Islam. Jadinya di sini memang banyak perkataan Arab yang digunakan. Terdapat lebih 4,000 perkataan Arab yang masih digunakan di Andalusia (Sepanyol & Portugal).
Padamnampak teratur bandar Lisbon segar dgn pohon hijau
BalasPadamYa, tenang-tenang sahaja di sini.
PadamMengimbau memory kami ke Lisbon dulu. Thanks Kak Amie share trip ni. Tumpang seronok.
BalasPadamTentu vanyak kenangan Mulan di Lisbon.
PadamSangat indah, nampak dalam gambar semua menarik, bersih ja kan laman laman sana..kemajuan hasil minda manusia di sana..aman ja nampak..unik sekali
BalasPadamNegara Portugal kecil saja tapi cantik tersusun.
PadamDari atas jambatan pun nampak luas muaranya seperti laut.
BalasPadamPortugese mulakan hari mungkin agak lewat.
Mulanya sangka selat tapi rupanya sungai.
PadamCantik gambar2 yang Kak Amie rakam walaupun gelap. Gambar bawah tu terang dah Kak Amie.
BalasPadamItulah suasana sebenar di waktu pagi.
PadamOalaaah bom dia itu artinya selamat pagi ya kak. Saya bbrp kali terbaca tulisan ini di novel yg memang mengambil lokasi di Portugal. Saya kira hanya sapaan sesama teman akrab di sana 😅😅.
BalasPadamKarena kak Amie kasih gambar petanya, jadi terbayang saya , besar sungguh memang sungainya 😍😍.
Aeroporto artinya airport. Berarti mirip dengan bahasa Uzbek yg menyebut airport dengan Aeroporti
Hahaha... saya pun terkejut mengetahui maksud bom dia!
PadamBanyak istilah yang boleh dikonfsi bersama, hanya beza sedikit ejaannya.
Cantiknya gambar yang kak Amie snap dari dalam bas tu. Macam ambil gambar guna drone pulak kaedahnya. Luas betul sungainya. Patutlah dapat ambil gambar banyak, jambatannya panjang. Lengang Lisbon, agaknya bukan waktu untuk mereka keluar kot.
BalasPadam