Pages

Rabu, 3 September 2025

Mentang-Mentanglah Pokok Lemon Sudah Berbuah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Dulu, kami tanam pokok lemon betul-betul tepi pintu dapur. Lima tahun tanam, tidak juga berbuah. Akhirnya Encik Suami tebang dengan alasan daunnya yang rimbun jadi sarang kerengga. Pedihnya rasa hati apabila pokok lemon kesayangan hilang dari pandangan mata!

Beberapa tahun lalu, kami beli benih limau (sangkaan kami pokok limau nipis) tetapi rupanya pokok lemon. Seronok sangat, sebab berbuah lebat dan inilah kali pertama dapat petik lemon  yang ditanam di tepi tingkap rumah bahagian depan.

Teruja sangatlah dapat petik hasilnya. Tiada kerengga yang datang menumpang teduh di pokok lemon kali ini.

Encik Suami memang akan minum lemon panas setiap hari. Apabila gunakan lemon sendiri, sudah tentu rasa teruja sebab aromanya lebih segar! Amie tegur Encik Suami, kenapa hiris lemon tebal-tebal? Kalau kita minum di restoran, alahai...halus nipis betul hirisannya. 

Jawab Encik Suami: Kita kan banyak lemon di pokok!
Ambooooiiii!

Secawan lemon panas.

Oleh kerana lemon dari pokok sendiri bersaiz besar, jadi kenalah gunakan cawan mulut besar untuk buat minuman lemon panas.

Keratan rentas lemon yang baru dipetik.


Inilah perbezaan lemon dari pokok dengan lemon yang dibeli. Nampak betul beza saiznya. Lemon dari pokok kami lebih besar.


Buah lemon dari pokok lemon nan sebatang.

Semoga terus rajin berbuah ya pokok lemonku sayang!

12 ulasan:

  1. Suka lemon, boleh buat air lemon tea sendiri, wangi harum..

    BalasPadam
  2. wah mantap tu, lemonnya lebih besar
    Memang seperti itu jika baru pertama berbuah. lebih besar-besar.

    BalasPadam
  3. Bagus selalu minum air lemon, nak sedap lagi letak sedikit madu.

    BalasPadam
  4. Seronoknya ada pokok lemon sendiri.. Nak beli buah bukannya murah

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... ada hasilnya dari pokok yang disangkakan limau nipis. Rupanya lemon yang besar juga saiznya. Tak rugi membeli akhirnya dapat juga merasa hasilnya. Wah, kemain potong tebal ye sebab limau dari pokok sendiri. Betul-betul seronok ni kak Amie. Banyak pula tu. Puas minum air lemon segar setiap hari. Isinya pun elok. Kerengga pun tak singgah. Bagus tu tak ada musuhnya. Semoga terus menghasilkan buah lemon yang elok. Jimat dah nak membeli lemon, saiz pun jauh beza.

    BalasPadam
  6. Untung tanam sendiri. Limau mahal jugak ada masa rm1.50 sebiji.

    BalasPadam
  7. Besar tu amie pokok lemonnya. Masa beli anak pokok tu jenis pokok lemon apa. dah 2 kali tanam pokok lemon satu mati yang satu lagi tertanam dengan pokok durian belanda. Pokok durian belandanya mati dia hidup subur tapi takde buah. Pakai baja apa amie

    BalasPadam
  8. wah untungnya. teruja tengok sebab kami ada tanam dua kali tak pernah berbuah

    BalasPadam
  9. Lumayan banyak buah nya tu ...
    Pokok lemon saya dulu sekali je berbuah lepastu habis mati huhu..

    BalasPadam
  10. Geramnya kak oik, kalau kita berjiran dana dengan tak malu nak beli sebijik dua.... besar dan lebat buahnya kak

    BalasPadam
  11. Waaah beruntungnya kak ammi 😍😍. Lemon nih agak mahal kalau di sini. Makanya saya jarang beli. Kalo pun beli, prefer yg sudah diperas. Jadi masuk kulkas. Kapan butuh, tinggal tuang sedikit .

    BalasPadam
  12. bestnya tanam sendiri dan berbuah macam ni..lemon pokok dia tak tinggi kan kak..benih atau anak pokok kat shopee mahal...hehehe...

    BalasPadam