Pages

Jumaat, 5 September 2025

Makan Apa Tengah Hari Ini?

Bismillahirrahmanirrahim.
Tulis tajuk macamlah sudah siap masak! Padahal entri jalan-jalan cari makan pada minggu lepas setelah balik dari ladang. Kami singgah di D'Perdana Square hendak layan perut lapar. Kalau tak silap masuk YS Cafe. 

Makanan yang dipesan:

  • Set Nasi Udang Penyet
  • Sup Tulang
  • Sup Ikan Bolu Tanpa Tulang
  • Chinese Tea

Amie - Set Nasi Udang Penyet

Ratah keropoknya dulu.

Terung dan tempe goreng,

Sup Tulang

Memang betul-betul tulang!


Kalau tak cukup sambal dalam set nasi, ada lagi dua jenis sambal di atas meja.

Sambal yang sangat pedas, sampai berpeluh-peluh waktu makan dia.

Chinese Tea, penyelamat kepedasan! Kalau rasa terlalu pedas, teguk saja minuman panas ini. Sesaat kemudian kuranglah rasa pedas itu.

Encik Suami -Sup Ikan Bolu Tanpa Tulang.


Ikan bolu tanpa tulang digoreng dahulu sebelum disiram dengan kuah sup. Ada campuran beberapa jenis sayur. Encik Suami makan sendiri dengan nasi putih.

Jadi, tengah hari ini makan apa?
Belum masak lagi.... ahaks!


23 ulasan:

  1. Baru nampak set udang penyet. Biasanya ayam atau ikan. Udang pun ada juga rupanya. Ada variasi sambal juga ye. Dapat bayangkan makan sambal pedas sambil berpeluh tu. Tambah berpeluh minum chinese tea tu tapi okay juga dapat hilangkan rasa pedas.
    Bagusnya dah siap buang tulang. Senang kita nak makan pun. Segar rasa rasa makan sup ikan dan sup tulangnya. Makan dengan nasi bertambah kenyangnya.
    Belum makan lagi, tapi dah beli bungkus nasi khao mok. Tunggu husband balik baru makan bersama. Lepas tu nak balik kampung.
    Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti kak Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah, banyak betul penyetnta di sini. Sotong Goreng pun dikata sotong penyet. Terima kasih Fizah.

      Padam
  2. menariknya sup ikan bolu tanpa tulang tu... kat sini tentulah tidak ketemu... nasi udang penyet tu pun menarik. terung boleh goreng gitu aje rupanya... nak try la goreng terung nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng jew terung, makan dengan sambal memang sedap.

      Padam
  3. Ayam penyet pun belum pernah cuba, inikan pula udang. Selalu dengar ayam penyet jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pelik selain ayam, udang, ikan sotong pun dipanggil penyet.

      Padam
  4. Selamat jamu selera menu sedap sup tulang hirup kuah

    BalasPadam
  5. Sedap nasi udang penyet. Pernah makan kat mana entah. Udang tu macam digoreng celup tepung yang rangup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, udang goreng celup tepung tapi dipanggil Set Nasi Udang Penyet.

      Padam
  6. Tak pernah jumpa lagi nasi udang penyet. Mesti sedap ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jumpa Set Nasi Udang Penyet di Miri juga.

      Padam
  7. nmpk sedap tu udang penyet., hehe

    BalasPadam
  8. Kalau dah kenyang makan macam ni, memang tak masaklah tengahari, hihihi. Kesian sungguh tengok sup tulang tinggal tulang, hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah....sampainya hati, tak tergonggong kita oleh tulang tu.

      Padam
  9. Langsung drooling saya liat sambal yg pedas itu. Nampak sedap pun, 😍😍😍. Memang sesuai untuk lauk ya kak

    BalasPadam
  10. Makan tengahri kami di Citra De'Lights..berbagai sajian..alhamdulillah

    BalasPadam
  11. Ada kelainan plak tu dalam hidangan penyet.. terung goreng.
    Aduhhh... memang betul² tulang... nampak kijammmm pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam kot selain terung goreng, kadang ada kobis rebus dan kacang panjang.

      Padam
  12. tulang sangsai kalau arwah Mak nampak macam ni...

    BalasPadam