Pages

Jumaat, 19 September 2025

Kunafa : Dessert Arab Yang Buat Daku Lupa Diet!

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini seawal pukul enam pagi, sudah keluar rumah menuju ke ladang. Program Perkampungan Ilmu perlu dilaksanakan. Mungkin cuaca panas, berliter-liter kita minum air. Akhirnya asyik ke tandas saja. Menjelang pukul satu tengah hari, Encik Suami dan Firdaus selesai solat Jumaat, dan ambil kita di ladang.

Hendak balik terus ke rumah, rasa penat pula untuk masak. Baiklah makan di luar sahaja. Amie pun tidaklah rasa lapar sangat, mungkin perut sudah banyak diisi air! Tak apalah. Temankan saja Encik Suami dan Firdaus makan tengah hari.

Sekali lagi kami mengunjungi Morifood Arab Restaurant. Kali ini di ruangan terbuka di bahagian bawah nampak lengang. Encik Suami pun malas naik ke tingkat atas. Jadi kami memilih untuk makan di bawah sahaja.

Kami memesan:

  • Kunafa
  • Nasi Mandy Ayam
  • Nasi Mandy Ayam Kebab
  • Hawaiian Pizza
  • Honey Lemon Ice
  • Cincau Susu
  • Teh Madras
Kunafa

Dua hari lepas sewaktu makan di sini, pekerja restoran kata kunafa sudah habis. Hari ini, Alhamdulillah dessert Arab ini ada. Datang dalam keadaan panas. Dan dihidang mendahului sajian yang lain.


Lapisan luar kunafa nampak garing, dan sedikit berminyak kerana disapu dengan mentega (samnah / clarified butter), rasa seperti pastri rangup. Sirap gula yang manis wangi boleh dituang sendiri untuk memenuhi citarasa sama ada manis sepenuhnya atau manis-manis manja sahaja. Taburan kacang pistachio menjadi pelengkap hiasan dessert Arab yang terkenal di Palestin, Lubnan, Jordan, Syria, Mesir dan Turki ini.


Setelah disiram dengan sirap gula, kami pun mulakan dengan Bismillah. Hanya Amie dengan Firdaus sahaja yang makan. Encik Suami tidak mahu. Isi kunafa lemak berkrim. Dalam keadaan masih panas, memang kunafa enak dinikmati ketika kejunya cair dan bersatu dengan sirap manis.

Kunafa habis licin kami kerjakan! Memang sedap. Lupakan sahaja diet....ahaks! Bila lagi hendak dapat makan kunafa yang manis manja, berkeju, rangup dan lembut apabila disuap ke mulut kalau bukan sekarang!

Lagi pun, kunafa tidaklah semanis baklava!

Amie - Honey Lemon Ice
Firdaus - Cincau Susu


Encik Suami - Teh Madras


Encik Suami - Nasi Mandy Ayam


Cantik ayamnya! 


Firdaus - Nasi Mandy Ayam Kebab

Ayam Kebab rasa berempah.


Firdaus tidak habiskan nasinya sebab jatuh hati dengan Hawaiian Pizza!

Amie - Hawaiian Pizza

Kita suka kerak pizza yang nipis begini.

Jemput makan!

15 ulasan:

  1. Alang-alang dah dekat luar tu, baiklah kita makan di kedai je kak Amie kan. Balik rumah dapatlah rehat sikit. Saya belum pernah makan kunafa lagi sejak viral. Cuma pernah makan dicampur dengan brownies je. Jenis kunafa sahaja belum. Nampak macam lemak dari explaination kak Amie tu. Crispy dan rasa lemak berkrim.
    Jarang nasi arab atau nasi mandy dihidangkan begini. Biasanya dilimpah kan terus nasinya tak berbentuk bulat.
    Saya pun suka jenis pizza nipis macam ni. Crispy dan tak muak. Toppingnya pun meriah. Patutlah Firdaus suka dan lupakan nasi. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kunafa ni antara dessert Arab yang tidak semanis baklava. Ikut suka kita hendak manis atau sebaliknya sebab boleh tuang sendiri sirap gula tu.
      Kak Amie makan sekeping jew pizza tu. Perut rasa kentang sangat.

      Padam
  2. Tak pernah makan lagi kunafa.. sebab nampak macam manis ... tu rasa mcam tak rasa nak try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak tuang sirap gula, kunafa tak rasa manis. Maknanya kunafa tidak manis kecuali kalau disiram sirap gula. Boleh jew makan begitu tanpa siraman air gula.

      Padam
  3. waduh! sajian yang enak nampak simple tapi menyelerakan sekali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Kalau datang LD singgah sini ya.

      Padam
    2. InshaAllah moga ada rezeki nak juga datang ke dua kali di LD, jalan2 baru puas hati..

      Padam
  4. sy kalau mkn kunafa ni nak ada sikit rasa masin2 br laa ngam hahaha

    pizza tu menggoda betullll
    nipis tak pe janji sedapppp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kubafa tu memang ada masin sikit sebab atasnya tu disapu butter.

      Padam
  5. Saya pernah makan kunafa yang terasa masin nya walau sudah disiram air gulanya.
    Tak sure apa yang buatkan ia masin adakah cheese nya.

    BalasPadam
  6. Saya jadi lupa pula pernah makan kunafa atau tak yaaa 😂😅😅. Yg pasti baklava memang tak suka, sebab manisnya buat sakit gigi. Ngeriii Krn tersangka manis.

    Kalo kunafa tak semanis itu, bisa jadi saya akan suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo.... baklava memang buat gigi jadi sakit. Manisnya tidak boleh bawa bincang....ahaks!

      Padam
  7. kunafa tu kalau makan sikit boleh la kak, tak berapa suka manis sejak dah banyak penyakit ni kak hahahha... tapi memang boleh lupa diet kalau dapat kunafa yg garing dan panas2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kunafa kalau tak siram sirap gula memang tak manis. Yang tak sanggup nak makan sebab manis leting tu baklava.

      Padam