Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun cuti tetapi lebih selesa duduk di rumah, menyiapkan kerja-kerja online dan pelbagai laporan. Buat sikit-sikit. Kalau penat atau bosan, baring-baring dulu. Kemudian tulis entri atau blogwalking sebentar. Beberapa hari ini Amie tidak masak di dapur. Biarlah Encik suami urus dapur pula. Biasanya kalau waktu pagi, Encik Suami tanya nak sarapan apa? Nanti dia pergi belilah. Kita pun makan sajalah apa yang dibelinya.
Waktu makan tengah hari, Encik Suami masak nasi, goreng ikan layar dan masak sayur baby kailan dan sediakan kicap lada. Alhamdulillah, sedap makan nasi lauk masih panas hasil air tangan Encik Suami.
Waktu petang, rajin juga Encik Suami cari kudapan. Biasanya Firdauslah yang tukang habiskan! Biarlah, badan sedang hendak naik dan tengah berselera pula.
Antara kudapan yang Encik Suami beli hari ini termasuklah karipap pastil dan popia. Karipap pastil ini makanan tradisional masyarakat Suluk di Sabah. Intinya bihun dan dimakan bersama sos cuka atau sambal lada.
Karipap Pastil |
Sos Cuka @ Sambal Lada |
Pipia |
Sambal Popia |
Lemon Panas |
Oleh kerana Firdaus suka makan popia, di mana jumpa popia di situlah Encik Suami beli. Firdaus pun memang tak pernah tolak apa juga jenis popia, baik popia inti sayur, carbonara dan lain-lain. Pokoknya, kulit popia! Jadinya, memang hari-harilah ada popia di dapur! Di bawah ini gambar popia kelmarin dulu.
Mangga manila sudah semakin berkurangan. Hari ini Encik Suami kutip empat biji sahaja. Isinya masih manis leting seperti sebelumnya.
Mangga Manila |
Geram tengok mangga tu. Sedapnya la kalau dapat mangga yang jenis manis leting ni.
BalasPadamYa, semuanya manis leting.
PadamAlhamdulillah ada suami yang memahami dan membantu dalam menguruskan hal dapur dikala kak Amie sibuk dengan urusan kerja. Kalau dah ada yang bantu, kita jangan banyak bunyi. Bersyukur je lah kita kan. Suka betul Firdaus dengan popia ye. Lemon tu mesti dari pokok depan rumah kan. hihi...Nampak mangga macam belum masak sepenuhnya. Rupanya manis leting ye.
BalasPadamMangga manila apabila masak memang dia gugur sendiri. Walaupun kulit nampak hijau, isinya tetap manis.
PadamSemua sedap2. Alhamdulillah suami Kak Amie selalu membantu.
BalasPadamAlhamdulillah. Memang kena bantu. Kita tak larat buat semua.
PadamTrade mark Blogger Amie's mesti lastly entry mesti ada mangga..inilah identiti blog personal ..hebat tampilan gambar..ada saya klik 100 blog terkenal wah naik rangking tau blog ni naik ke 23/100. Turut gembira..
BalasPadamKebetulan mangga gugur. Sekarang sudah hujung musim, sebiji dua saja yang gugur sehari.
PadamTerima kasih bawa berita gembira.
Sekali sekala makan airtangan suami pulak. Lauk simple pun jadi sedap
BalasPadamKalau orang johor makan pisang goreng dengan sambal kicap. Ada juga versi sambal merah ye.
Bukan sambal merah tu, dia ada rasa belacan, pekat-pekat sikit bubuh bancugan tepung jagung dan jus limau kasturi.
PadamBaca ni dah teringin pula nak makan kudap².
BalasPadamHa...kena cari kudapan tu.
PadamNaah sama kayak di sini , pastel nya isi bihun, Ama telur. Sementara saya suka karipap yg isi kari. Isi kari jaraaang sangat dijumpa di sini kak. Kalo di Makasar pula, pastel itu disebut jalangkote. Isinya juga bihun dan telur rebus. Makan pakai sambal merah khas Makasar.
BalasPadamSaya suka yg Makasar punya. Sebab pedas 😄.
Kalau la dapat mangga tu kan....dapnyaaa...goreng pisang tu pun..dapat cicah kicap cili....heavennnn
BalasPadam