Pages

Khamis, 25 September 2025

Jenguk Dapur Kejap!

Bismillahirramanirrahim.
Balik dari ladang dan selepas makan tengah hari, Amie ajak Encik Suami cari ikan di pasar raya di Eco Fresh, I Peak. Sebenarnya ada lagi ikan di freezer, tapi sengaja nak cari kepala ikan pula! Sedap kot kalau masak sup ikan.

Encik Suami ingatkan kita, beberapa hari lepas kakak ipar bagi sayur. Amie pun tak ingat sayur itu. Petang kelmarin masak sambal sardin dengan tuhau dan goreng telur dadar! Makan ulam timun sahaja, itu yang tak masak sayur.

Ada empat jenis sayur pemberian kakak ipar:

  • Sawi Jepun
  • Lobak Merah
  • Baby Kailan
  • Kobis Putih

Sawi Jepun

Lobak Merah

Baby Kailan

Kobis Putih

Limau Kasturi

Limau kasturi ini kami beli di pasar raya.

Beli tomato ceri dan cili padi.

Udang Kertas

Kepala Ikan Batu

Ada kepala ikan segar di pasar raya. Apabila kita tanya, pekerja pasar raya beritahu kepala ikan itu nama dia ikan batu. Batu pun batulah. Janji isi ikan tidak keras macam batu. Amie pilih satu kepala ikan yang sudah dibelah dua. Minta pekerja di situ potong kepala ikan tadi. Siap dia tanya, hendak potong empat atau potong kecil-kecil? Amie kata potonglah empat setiap bahagian kepala ikan itu. Sewaktu pekerja tadi sedang potong kepala ikan, teringat pula tidak berpesan jangan kerat bahagian matanya!

Kita kan suka makan mata ikan! Harapnya pekerja tadi tidaklah potong tengah-tengah mata ikan. Sampai rumah, kita tuang bungkusan kepala ikan di sinki. Alhamdulillah. Mata ikan cantik bulat.

Isshh... issshhh! Kitanya pun! Tahulah pekerja itu buat kerjanya potong kepala ikan.... ahaks!


Encik Suami tunjuk petai dalam bakul. Tengok harga sekilogram RM37.90. Tidaklah semahal harga di pasar raya sanun, di Sri Perdana RM45.90. Sayangnya mata petai kepet-kepet belaka. Kita pun tahulah isi di dalamnya macamana. Itu belum lagi kalau ada orang di dalamnya. Biarlah, tak payah beli. Nantilah balik Malaya, cari dan makan petai puas-puas.

Kita nak masak kepala ikan untuk makan malam ini, tapi Encik Suami beritahu anak buah hantar lauk ikan masak brengkes dan ayam goreng. Ikan apa, tak tahulah. Jadi kita pun masukkan kepala ikan ke dalam freezer. Nanti masak nasi sajalah. Kalau rajin masak sayur juga.

Sekian celoteh dari dapur.


13 ulasan:

  1. Alhamdulillah dapat sayur mayur segar. Paling berkenan dengan baby kailan. Merah-merah cili api dan tomato cherry segar.
    Mujurlah tak terpotong mata tu. Tapi takkanlah kan. Mesti dia tahu orang suka makan mata. Jauh betul kak Amie fikir tu sampai risau dibuatnya. hihi...
    Mahal betul harga petai kat sana. Kena tunggu balik Malaya lah baru puas makan petai.

    BalasPadam
  2. Mahai betul petainya ikut harga kilo ye kat sana. Kat sini pun 5-6 keping rm10. Pernah beli di Shopee 80-90 sekeping.

    BalasPadam
  3. Encik suami tu pandai je tunjuk-tunjuk... dia bayarkan sekali kan? hehehe

    BalasPadam
  4. Mahalnya petai tu
    Kat pasar sari beli rm10 puas mkn
    He hee tp siap laaa harum bilik air

    BalasPadam
  5. Sebab mata ikan macam batu kot .tu yang nama ikan batu .
    Alhamdulillah, rezeki hari nie, Amie tinggal tambah² sayur je la

    BalasPadam
  6. Uwaaah mahaaaal ya petainya kak 😅😅. Apalagi kalo bijinya kecil, memang tak payah beli lah.

    Lihat sayuran di sini, langsung terpikir esok saya nak belanja sayur untuk stok di rumah. Lauk masih banyak, masih cukup seminggu. Tapi sayur yg dah habis 😅

    BalasPadam
  7. dah la mahal.. kepet pula tu.... belum lagi bab ada penghuni dalam petai tu .... merinding habis kalau saya.

    BalasPadam
  8. Banyak bahan mentah di dapur tapi entah bila nak masak sebab dah ada orang bagi lauk nampaknya, hihi.

    BalasPadam
  9. Besar mana la kepala ikan tu kan kak, dah matanya pun besar segitu hahahha.... mahal betul petai kt situ kak ye, kalau balik malaya borong banyak2 petai lepas ke msk dlm luggage kak? dia tak kira berbau busuk mcm durian kan

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah rezeki dapat lauk ikan masak brengkes dan ayam goreng.

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah sentiasa ada stok, Lahad Datu memang kaya sumber ikan dan udang , pernah ke pasar LD..

    BalasPadam
  12. Allah...terbeliak.mata tengok harga petai..tak padan matanya yg sepet mahal kemain...🤭

    BalasPadam
  13. mak aiiii harga petai dah mcm harga musang king hehe

    BalasPadam