Pages

Jumaat, 5 September 2025

Jalan-Jalan Cari Mi Kolok dan Laksa Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu jalan-jalan ke Bintulu dan Miri, kami target sekurang-kurangnya dapat bertemu dengan signature dish  atau hidangan ikonik negeri Sarawak iaitu:

  • Laksa Sarawak
  • Mi Kolok

Laksa Sarawak

Mi Kolok Ayam

01 Jun 2025, dari petang sampai ke malam sibuk keluar masuk kedai Kek Lapis Sarawak, sampai terlupa jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam!  Selepas memborong kek lapis, kami singgah makan malam di sebuah restoran tapi tak ingat apa nama restoran tersebut. Ramai pelanggannya, dan salah satu menu yang menarik hati kami sudah tentulah Mi Kolok!

Ketika itu, kami faham restoran akan tutup pada pukul 10.00 malam dan sudah tentu banyak bahan makanan habis. Jadi, kami tiada pilihan lain kecuali makan Mi Kolok Ayam sahaja! 

Jadi, tidaklah kempunan hendak makan Mi Kolok di Sarawak! Bolehlah buat rasa-rasa. Bukan tidak pernah makan di LD, tapi alang-alang sudah sampai ke negeri asal, sudah tentulah hendak merasa sendiri menu original identiti negeri Sarawak.

Keesokan paginya, kami bersarapan di Kopitiam Asean Cuisine. Macam rindu betul hendak makan roti panggang dengan telur setengah masak!





Cantik pula telur setengah masaknya!


Roti Kukus

Pencecah roti kukus -  kaya & mentega cair.

Kuetiaw Goreng

Bihun Goreng

Laksa Sarawak

Amie - Laksa Sarawak

Tertunailah hasrat hati untuk makan Laksa Sarawak di Miri!
Alhamdulillah.

Bismillah

13 ulasan:

  1. Tak sahlah ke Sarawak jika tak makan Mi Kolok dan Laksa Sarawaknya, kan.. Kak Amie. Nampaknya, mi kolok ayam diletak ayam goreng.

    BalasPadam
  2. Rugilah kalau sampai ke tempat asalnya tapi tak jamah menu signature tu kan...
    Geramnya tengok telur gediksss tu :3
    Bihun pun sampai tak nampak ye, kena tutup dgn ayam goreng :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah....geran tengok telur gediks tu hihihi.

      Padam
  3. Laksa Sarawak di Dapur Sarawak - KL saya suka. Tapiii sebelum mencoba laksa Sarawak dari kota aslinya, saya belum puas ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„. Makanya hrs sangat ke Sarawak utk makan laksa Sarawak di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak pasti apa rasa sebenar laksa Sarawak. Saya biasa makan laksa Sarawak di Secret Recipe. Yang di sini agak kuat rasa rempahnya.

      Padam
  4. Subahanallah..mi kolok dan Laksa Sarawak ni menu tarditional di Sarawak, di modenkan cara persembahan..nah hebat , teringat dulu ada menjamah laksa sarawak..hehehe

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah dapat juga merasa laksa sarawak di Sarawak. Dah sampai tempatnya, haruslah kena cuba yang asli punya kan. Ye, cantik telur separuh masaknya. Kuetiau goreng dia pun nampak menyelerakan, gaya kuetiau goreng yang saya suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Dapat menjamu selera di bumi kenyalang.

      Padam
  6. Dah sampai Sarawak wajiblah makan Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Yummehhh

    BalasPadam
  7. Telur setengah masak tu menggoda betul...SA suka mee kolok daging...ermm...dapnyaaaaa

    BalasPadam