Pages

Rabu, 10 September 2025

Ikan di Laut Ayam di Darat, di Meja Hidangan Bertemu Jua!

Bismillahirrahmanirrahim.
Tengah hari tadi hendak singgah makan mix soto tetapi restorannya masih tutup. Ada kertas notis di luar kedai makan, tapi kami tak turun untuk membacanya. Nampaknya dua hari berturut-turut kerja memburu sup tak kesampaian. Baiklah kita pergi ke D'Chendol pula. Di D'Chendol tidaklah perlu menunggu lama menanti kedatangan makanan yang dipesan.

Encik Suami berminat untuk makan nasi ayam. Kita pula hendak makan sert nasi dengan ikan bolu goreng tanpa tulang. Tidak ketinggalan, pesan semangkuk cendol tambah kacang merah dan buah longan.

Ikan di laut ayam di darat, bertemu jua di meja makan.

Cendol

Cendol asas RM5.00 semangkuk, tambah kacang merag RM1.50 dan buah longan RM2.00 = RM8.50.

Sluurrrppp...sluurrppp!


Set Nasi Ikan Bolu Tanpa Tuoang Goreng ini datang bersama ulam daun salas, sekeping kecil tempe dan terung goreng, keropok dan semangkuk sup kosong.

Sambal sudah tersedia di atas meja. Ambil saja seberapa banyak yang kita hendak makan.

Set Nasi Ayam

Bismillah.


Pesanan tambahan - Sup Kaki Ayam.


Bukan sekadar kaki ayam (ceker) saja, tapi penuh dengan sayur seperti sawi, kobis dan lobak merah.

Alhamdulillah.

Sanggar Pappek

Sebelum pulang, sempat minta bungkuskan sanggar pappek. Apabila kita minta, barulah digoreng. Jadi, panas-panaslah bawa balik. Boleh buat minum petang.

15 ulasan:

  1. Cuti sampai bila lah agaknya tu. Nanti dah bukak semula bolehlah merasa sup-supnya. Nampaknya kalau ke LD kena juga pesan ikan bolu goreng tanpa tulang kegemaran kak Amie. Menarik betul tengok rupa parasnya. Okaylah harga cendol tu tambah itu ini. Yang penting sedap. Nasi ayam pun puas hati tengok ayam dia. Dapat jugalah makan sup kaki ayam. Banyak rencahnya tu. Sekurang-kurangnya dapat mengubat kecewa tak dapat makan sup dua hari berturut-turut tu. Sanggar Pappek tak ada pula dijual di sini. Teringin juga nak rasa.

    BalasPadam
  2. Teringin pulak nak makan Set Nasi Ikan Bolu tu. Tak pernah dengan ikan bolu. Cendol tu mengiurkan je ditambah pulak dengan longan tu menarik jugak.

    BalasPadam
  3. Mula tu rasa nak makan cendol, kemudian nampak pulak set nasi & ikan tu, akhirnya sup ceker tu pulak. Saya nak semua tu Kak Amie, tolong pos ke Malaya 😁
    Sanggar pappek tu tak pernah makan.

    BalasPadam
  4. Wow! tajuk wall blog menarik..lepas tu gambar lauk ikan garing rasa nak ngap ja..pembasuh mulut cedol...segar masuk tekak..

    BalasPadam
  5. Sedapnya kak, geram tengok ikan bolu goreng akak tu, nampak ranggup betul. Lama tak layan sup ceker kak. Pisang goreng tu sedap, cicah sambal kan kak? Pernah nampak orang share tapi nama lain

    BalasPadam
  6. sup ceker dengan banyak sayur sedapnya amie. Tambah sambal kicap walah weiiii

    BalasPadam
  7. Wah.. menarik semua menunya.. Pertama kali pula tengok longan dalam cendol..

    BalasPadam
  8. Tu diaaa, kemahen slurppp.. slurppp dia. Teringin nak rasa ikan bolu goreng tentu sedap sebab Kak Amie selalu pesan jika makan di restoran. Sanggar papek tu sesuai untuk minum petang.

    BalasPadam
  9. Cendol kayangan tu siap ada longan.
    Ikan bolu tu mana lah nak dapat.. dah banyak kali muncul, melambai-lambai pula.

    BalasPadam
  10. Naah kalau ikan bolunya sudah dicabut tulang, saya baru mau makan 😄😄. Ikan bolu Ini ngeri tulangnya , saya pernah kesedak tulangnya dulu 😅.

    Sup ceker ayam nya segaaar sangat kak. Apalagi pakai sayuran. Ini kandungan kolagen nya banyak 😄❤️.

    Sanggar pappek ini terbuat dari apa ya? Pisang kah?

    BalasPadam
  11. Menggoda plak sup kaki ayam tu...geram SA tengok..weekend ni nak buat la

    BalasPadam
  12. suka sy tgk sup kaki ayam tu
    meriah dgn pelbagai isi...

    BalasPadam