Pages

Khamis, 25 September 2025

Dari Keju Cair ke Daging Berdesis : Cerita Quesadilla & Fajitas Asap

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang kami tidak kisah kalau tidak makan nasi di kala tengah hari. Asalkan ada makanan yang masuk perut, itulah menu tengah hari kami. Umur-umur seperti kami dua merpati senja ini sudah kurang teruja untuk menikmati banyak karbohidrat. Maklumlah, makan itu menyebabkan tekanan darah naik mencanak, makan ini pula bacaan gula menjadi tinggi.... ahaks!

Nampaknya sedikit demi sedikit hikmat kesihatan sudah perlahan-lahan ditarik balik. Jadi, bersederhana sahajalah. Apa pun, tidaklah terlalu berpantang makan sampai stress pula.

Kelmarin, balik dari ladang kami singgah makan di Sri Perdana. Apabila badan sudah letih, rasa hendak santai-santai sahaja sewaktu makan dalam suasana sejuk hawa dingin.

Encik Suami tak mahu makan nasi. Dipilihnya Quesadilla Smoked Duck. Amie pula memilih Fajitas Sizzling. Kami berdua memilih minuman sejuk iaitu Passion Fruit Sparking untuk Amie dan Rose Tea untuk Encik Suami.

Quesadilla Smoked Duck

Quesadilla merupakan makanan tradisional dari Mexico. Ia dibuat dengan tortilla iaitu sejenis roti leper nipis daripada jagung atau gandum yang dilipat dua dan diisi dengan keju. Sebab itu namanya queso yang bermaksud keju dalam bahasa Sepanyol. Kemudian dipanggang sehingga tortilla garing dan keju nencair. Selain keju, quesadilla juga boleh ditambah dengan pelbagai inti lain seperti ayam, daging lembu, atau kambing dan sayur-sayuran seperti cendawan, lada benggala dan juga bayam. Hidangan quesadilla yang lengkap didatangkan bersama salsa atau guacamole sebagai pencecah.

Passion Fruit Sparkling & Rose Tea

Fajitas Sizzling Smoked Beef

Menu Fajitas Sizzling Smoked Beef ini merupakan menu fusion. Didatangkan  bersama sepinggan nasi jenis beras kampung! Kalau diikutkan menu asal, fajitas dalam hot plate ini dimakan bersama tortilla tetapi di sini dihidangkan dengan nasi pula. Maknanya, restoran ini menggabungkan konsep fajitas dengan cara makan lain supaya lebih sesuai dengan selera tempatan.

Hidangan panas dalam hot plate yang menyelerakan!

Quesadilla Smoked Duck - RM20.00

Walaupun kita pilih menu fajitas tetapi mata kita tertumpu ke pinggan Encik Suami!
Sedaplah pula nampak Quesadilla Smoked Duck!


Encik Suami pelawa kita makan quesadilla tetapi kita beri syarat! Tolong bantu makan nasi!


Siapa tidak tergoda melihat itik salai yang enak lembut di depan mata!


Salsa

Fajitas Sizzling Smoked Beef - RM28.00

Nasi dari beras kampung.



Memang banyak sungguh daging salai dalam hot plate! Selain kuah pekat panas yang ada rasa lada hitam, di atasnya dituang keju dan salsa serta hirisan limau nipis.


Encik Suami makan nasi separuh dan Amie makan separuh.

Alhamdulillah.


14 ulasan:

  1. dua2 menu ni nampak sedap! macam banyak je isi duck dalam quesadilla tu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang penuh ituk salai dibawah selimut tortilla tu.

      Padam
  2. Quesadilla Smoked Duck?. Belum pernah mkn seingatnya tapi kalau tortilla berinti daging + cheese yg biasa tu mmg dah jadi menu ruji waktu blom kenal resto Melayu di Aussie dahulukala. Hari2 mkn sampaikan klu blk Msia, rasa dah tak tertelan lagi mana2 menu yg berroti/tortilla/pita. Tapi kalau kat Aussie onz pulak klu dipaksa, mungkin faktor cuaca.

    BalasPadam
  3. Yelah kan kak Amie. Janji ada makanan dan kenyang.
    Sedapnya tortilla garing dan cheese cair. Kena makan panas-panas baru sedap gigit rangup dan rapuh. Dah sejuk liat pulak.
    Ikut selera tempatan hidangkan dengan nasi. Kira okaylah tu kan. Cantik nasi beras kampung tu. Tambah pewarna agaknya ye. Ke memang berwarna gitu macam riceberry.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beras kampung itu memang warna begitu Fizah. Kalau silap nama beras kampng ni beras keladi wangi.

      Padam
  4. Sedapnya quesadilla tu. Lama tak makan. Susah nak jumpa yang sedap.

    BalasPadam
  5. Setuju kak Amie. Saya pun mengurangi Karbo. Secukupnya saja. Dan kalo bisa Karbo yg lebih kompleks dan berserat. Perbanyak protein dan sayuran.

    Aiiih sumpah saya drooling sangat lihat itik asap nya kak. Nampak juicy 🤤🤤🤤❤️. Pasti sedap dan kenyang makan ini

    BalasPadam
  6. Sedap2nya semuanya yang terhidang dalam PC sy ni. Menu fusion sy suka, gabungan mana2 negara pun sy sambut dengan penuh selera.

    BalasPadam
  7. sedapnya semua menu kak, roti tu makan dengan segala isi nya tu memang mengenyangkan

    BalasPadam
  8. Quesadilla Smoked Duck sedapnya..!!

    BalasPadam
  9. Jarang nampak nasi merah, jika ada beras merah nak juga beli..semua makanan menyelerakan..syukur alhamdulillah makanan di Malaysia sedap2, rasanya makanan di Malaysia satu daya terikan kepada pelancong juga kan..

    BalasPadam
  10. Laaa..nasi beras kampung...saya sangkakan nasi goreng dabai..macam nasi dagang kelantan pun ya...

    BalasPadam
  11. semuanyaaaaa sedap2 belaka!
    cantik laa warna nasi tu... sy suka!

    BalasPadam