Pages

Sabtu, 23 Ogos 2025

Sup Kepala Ikan Kerisi Bali

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila lama tidak bersilat di dapur, macam-macamlah bahan tidak ada untuk diolah bersama lauk. Jasd, masak sahajalah dengan apa yang ada. 

Beberapa hari lepas kami beli ikan kerisi bali, isi dan kepalanya. Encik Suami kata, kepala ikan kerisi bali itu eloklah dimasak sup. Hari ini kononnya hendak  masak Sup Kepala Ikan Kerisi Bali. Minta tolong Encik Suami potong kepalanya, dapatlah lima ketul. Salah satu bahan untuk ditambah dalam Sup Kepala Ikan Kerisi Bali ini ialah sawi jeruk masin, tapi kelmarin kami cari, tidak ada pula di kedai.


Sup Kepala Ikan Kerisi Bali

Hidangan Tengah Hari / Malam

Hidangan kami hari ini:
  • Nasi Putih
  • Sup Kepala Ikan Kerisi Bali
  • Ikan Kerisi Bali Goreng Berempah
  • Peria Tumis Pecah Telur
  • Sambal Belacan
Cili Putih

Hendak goreng ikan kerisi bali, serbuk kunyit pula habis. Kalau gaul dengan asam jawa, nanti warnanya gelap pula selepas digoreng. Jadi Amie lumur dengan sedikit serbuk rempah kari dan rempah sup. Tambahkan garam dan kemudian goreng. Lengkapkan dengan gorengan bawang besar, cili putih dan daun kari. Cili putih dalam gambar di atas itu, Encik Suami petik di belakang rumah. Daun karinya pula Encik Suami ambil di depan rumah.

Bukan main suka Firdaus nampak ikan kerisi goreng berempah. Balik dari kelas tambahan di sekolah agama, terus dia makan nasi dengan ikan goreng!

Ikan Kerisi Goreng Berempah

Peria Tumis Pecah Telur

Sambal Belacan

Nasi Putih

Amie masak sup kepala ikan kerisi ikut cita rasa sendiri.  Amie tambahkan sebiji tomato merah dalam tumisan untuk menghasilkan warna kuah sup.  Tambahkan juga sehelai daun pandan untuk terbitkan aroma harum. Sewaktu bawang dan halia serta daun pandan bertemu dalam tumisan, semerbak wangi satu dapur!



Resipi Sup Kepala Ikan Kerisi
Bahan-bahan:

600 gram kepala ikan kerisi bali (sebelah kepala) - potong 5
1 biji tomato merah masak - belah 8
1 batang serai - potong 2 - ketuk
1 cawan potongan dadu lobak merah
1 cawan potongan dadu tauhu
1 sudu kecil lada putih - tumbuk
1 keping asam gelugur - boleh tambah jika inginkan rasa lebih masam
1 liter air
3 sudu besar minyak
garam / perasa pilihan secukupnya
hirisan daun sup

Bahan hiris:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 cm halia muda

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan hiris, serai, lobak merah dan tomato.
  3. Setelah bahan tumisan layu, tuangkan air.
  4. Biarkan air mendidih sehingga lobak merah empuk.
  5. Masukkan kepala ikan kerisi bali, tauhu, lada putih tumbuk dan asam gelugur.
  6. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga ikan masak.
  7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  8. Padamkan api dapur.
  9. Hidangkan panas dengan taburan hirisan daun sup.
Tomato merah masak yang ditumis tadi akan menerbitkan warna pada kuah sup.

Bismillah

26 ulasan:

  1. https://madey09.blogspot.com/2025/08/segmen-gempak-melukis-dan-mewarna.htmlada segmen di blog PE ya..promot dulu di laman Ammi,s
    nampak tuhau, makanan tridisional , sangat Etuza suka makan..kurang kolestrol..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Nanti diperhalusi segmennya.

      Padam
  2. Sajian dalam dulang ..untuk siapa kah gerangannya hehehehe

    BalasPadam
  3. Rasa macam nak tumpang makan la Kak Amie...sedap² dan sesuai sungguh gandingan lauk pauknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput PH.
      Makan ramai-ramai tambah sedap ni.

      Padam
  4. wahh ada cili warna putih ye? rasanya saya macam tak pernah jumpa before ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya ganya jumpa di Kundasang dan ke atas.
      Susah nak dapat jadi Encik Suami tanam sendiri.

      Padam
  5. Baru tahu ada ikan kerisi bali. Macam² jenis ikan sy belajar di blog Kak Amie. Tentu besar ikannya sampai bahagian kepala sahaja boleh dipotong lima.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saiz ikan kerisi balu memang besar. Beli separuh kepalanya pun dah cecah 600 gram.

      Padam
  6. Thanks for sharing resepi Kak Amie sebab ada lagi stok kepala ikan ni. Sedapnya Kak Amie masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak suo gaya koboi saja Mulan. Suka hirup kuah sup yang ringan tak berempah.

      Padam
  7. Hidangan yang sungguh menyelerakan. Kalau makan ni, mau bertambah nasinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Diela. Sup ringan tapi menambah kuah dalam mangkuk.

      Padam
  8. tgk kuah sup tu je dah tahu kompem sedap ni!

    BalasPadam
  9. Sedapnya kak dah besar macam kepala ikan merah kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, betul. Kalau tak biasa, disangka kepala ikan merah.

      Padam
  10. As usual, makanan kak Amie, selalu mengundang selera 😍😍😍😍. Biasanya saya tak terlalu suka ikan di soup. Tp ini nampak sedap pula, apalagi pakai tomat dan asam. Pastilah segaaaar sangat dihirup kuahnya 🤤🤤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penggunaan asam keping boleh hilangkan bau hamus ikan.

      Padam
  11. Sedap tu kak amie..SA suka kalau kepala ikan buat masak sup macam ni..segar aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sup ringan SA.
      Memang menyegarkan badan kalau hirup panas-panas.

      Padam
  12. Besarnya ikan kerisi tu.. siap boleh potong-potong badannya. Tak pernah pula jumpa ikan kerisi gitu kat sini.

    BalasPadam
  13. Uishhh..berselera makan hidangan kak Amie ni. Ikan kerisi favourite saya. Tapi belum pernah tahu lagi ada kerisi bali. Besar lagi saiznya ye. Sesuai sangat tu dibuat sup. Mesti sedap. Saya kalau goreng ikan suka letak asam jawa sikit, betullah tu kak Amie nanti jadi gelap. Kena buka api perlahan je dan tak boleh lama. Nampak sedap pula olahan resipi ikan goreng berempah kak Amie. Nanti boleh tiru kalau ada stok daun kari. Pokok kari saya dah wassalam dah. Kalau Firdaus suka, confirm sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fairuz suka goreng ikan bubuh asam jawa seperti arwah MIL dan adik-beradik Encik Suami.
      Tapi sebenarnya sedap guna asam jawa, Goreng dengan api perlahan, meresap asam garamnya.

      Padam