Pages

Ahad, 24 Ogos 2025

Sarapan Nasi Lemak Daging Masak Hitam di Restoran Selera Rasa Segar Miri

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi Miri! Selamat berhujung minggu buat semua warga Miri. Kami memilih Restoran Selera Rasa Segar untuk menikmati hidangan pagi. Rasa teruja melihat paparan menarik pelbagai hidangan yang ditawarkan di restoran ini. Semua maklumat itu diperoleh dari media sosial.

Nasi Lemak Daging Masak Hitam


Mungkin kami datang awal kerana tidak banyak menu yang tersedia. Hanya beberapa jenis lauk pauk yang ada. Dan, tiada pilihan lain melainkan nasi lemak!  Hendak memesan nasi kerabu yang terpampang  namanya di hadapan restoran itu pun tidak ada. Alamak, kami salah masuk restoran 24 jam kah?




Hari-hari sarapan nasi lemak terasalah jemunya! Di Bintulu makan nasi lemak, di sini pun terpaksa juga alas perut dengan nasi lemak. Tidak mengapalah, kita cuba makan nasi lemak dengan daging masak hitam. Biasanya menu daging masak hitam resipi Sarawak memang sedap! Kalau dilihat dari segi bahan yang digunakan dalam resipi, masakan ini dalam kategori masakan mewah. Itulah yang biasa kita dengar, dan Amie pun suka olah masakan ini di dapur sendiri.


Selain makan nasi lemak lauk daging masak hitam, ada juga yang makan nasi lemak dengan ayam goreng kunyit.

Mungkin daging masak hitam di sini bermaksud daging masak kicap. Warnanya  hitam gelap gelita tapi lebih kepada rasa kicap sahaja. 

32 ulasan:

  1. Agaknya diletakkan kicap nak bagi hitam. Kadang2 ada jugak nama sama tapi bahan berbeza.

    BalasPadam
  2. sebab 24j tu lah maka tak tersediakan. sebab dah terlalu penat kot. tp nasi lemak tu ada banyak pillhan lauk la ye.

    BalasPadam
  3. Sy dapat rasakan kedatangan ke restoran ini pulang dengan rasa kecewa.

    BalasPadam
  4. Telurnya sebiji² ye Kak Amie? Puashati :)
    Daging Masak Hitam sedap, tak kiralah versi mana pun

    BalasPadam
  5. Hitam betul daging masak hitam dia, terlebih kicap kot.

    BalasPadam
  6. 24 Jam..memang hebat tempat makan ni..rezeki memberi orang makan, tempat hebat memang ramai berkunjung..tengok menu pun hummm! kenyang ..rasanya tak payah cerita yang penting kenyang perut rasa bahagia..berbaloi nak makan..bersih nyaman damai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, perkhidmatan 24 jam memudahkan semua pelanggan.

      Padam
  7. Ayam masak kunyit antara saya suka..semua ada..bestnya..

    BalasPadam
  8. Pelbagai menu lauk ada, sedap tu kak

    BalasPadam
  9. Bikin lapar bila baca post Amie inišŸ˜‹Tengok rupa daging masak hitam tuh macam markah penuh tapi rasanya seperti ayam masak kicap ye

    BalasPadam
  10. Saya penasaran coba daging Maska hitam. Nak tahu apa sama rasanya dengan bumbu hitam khas Madura yg ada di sini. Tapi biasanya bumbu hitam Madura utk diolah dengan bebek. Dan rasanya pedas berempah.

    Cuma kak Amie bilang yg bumbu hitam di sana, rasa kecap pula yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau daging masak hitam Sarawak, rasanya cukup lazat sebab bahan yang digunakan lumayan mewahnya termasuk kismis, buah prune, serai, minyak sapi, puri tomato, susu cair dan pelbagai lagi.
      Kalau masak kicap rasanya sudah tentu lebih kepada kicap...ahaks!

      Padam
  11. Setiap hari NL mmg jemu jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Kalau lauk berbeza masih boleh diterima.

      Padam
  12. Lain dari yang lain la ni Kak Amie...ada dging hitam, ayam goreng kunyit...makanan lain selain nasi lemak dah habis ye kak

    BalasPadam
  13. Mungkin masih awal jadi ada lauk pauk dan menu belum dikeluarkan lagi.
    Biasalah 24 jam tu.. jam yang mana banyak lauk pun tak pasti tapi yang penting restoren dibuka 24 jam huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, 24 jam buka bukan bermaksud 24 jam penuh dengan lauk.

      Padam
  14. Daging Masak Hitam tu nampak sedap sangat

    BalasPadam
  15. Sayangnya tak ada nasi kerabu special tu kan. Lauk pauk pun banyak tak tersedia lagi. Hidangan tak seiring dengan papan tanda. Tak mengapalah, ada rezeki makan nasi lemak dengan daging masak hitam. Saya fikir ada rasa rempah sekali yang biasa kita makan daging masak hitam tu. Rupanya rasa kicap je ye. Masak kicap agaknya kot kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan ada rezeki merasa daging masak hitam Sarawak yang ori. Beberapa kali sudah masak di dapur sendiri, tapi nak rasa juga hasil ori orang Sarawak.

      Padam