Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi Miri! Selamat berhujung minggu buat semua warga Miri. Kami memilih Restoran Selera Rasa Segar untuk menikmati hidangan pagi. Rasa teruja melihat paparan menarik pelbagai hidangan yang ditawarkan di restoran ini. Semua maklumat itu diperoleh dari media sosial.
Nasi Lemak Daging Masak Hitam |
Mungkin kami datang awal kerana tidak banyak menu yang tersedia. Hanya beberapa jenis lauk pauk yang ada. Dan, tiada pilihan lain melainkan nasi lemak! Hendak memesan nasi kerabu yang terpampang namanya di hadapan restoran itu pun tidak ada. Alamak, kami salah masuk restoran 24 jam kah?
Hari-hari sarapan nasi lemak terasalah jemunya! Di Bintulu makan nasi lemak, di sini pun terpaksa juga alas perut dengan nasi lemak. Tidak mengapalah, kita cuba makan nasi lemak dengan daging masak hitam. Biasanya menu daging masak hitam resipi Sarawak memang sedap! Kalau dilihat dari segi bahan yang digunakan dalam resipi, masakan ini dalam kategori masakan mewah. Itulah yang biasa kita dengar, dan Amie pun suka olah masakan ini di dapur sendiri.
Selain makan nasi lemak lauk daging masak hitam, ada juga yang makan nasi lemak dengan ayam goreng kunyit. |
Mungkin daging masak hitam di sini bermaksud daging masak kicap. Warnanya hitam gelap gelita tapi lebih kepada rasa kicap sahaja. |
Agaknya diletakkan kicap nak bagi hitam. Kadang2 ada jugak nama sama tapi bahan berbeza.
BalasPadamBetul Cie.
Padamsebab 24j tu lah maka tak tersediakan. sebab dah terlalu penat kot. tp nasi lemak tu ada banyak pillhan lauk la ye.
BalasPadamYa, setuju.
PadamSy dapat rasakan kedatangan ke restoran ini pulang dengan rasa kecewa.
BalasPadamItulah, lain padang lain belalang.
PadamHitam kicap la kot?
BalasPadamHitam berkilat, cantik!
PadamTelurnya sebiji² ye Kak Amie? Puashati :)
BalasPadamDaging Masak Hitam sedap, tak kiralah versi mana pun
Ya, telur sebiji-sebiji.
PadamHitam betul daging masak hitam dia, terlebih kicap kot.
BalasPadamNampak berkilat.
Padam24 Jam..memang hebat tempat makan ni..rezeki memberi orang makan, tempat hebat memang ramai berkunjung..tengok menu pun hummm! kenyang ..rasanya tak payah cerita yang penting kenyang perut rasa bahagia..berbaloi nak makan..bersih nyaman damai..
BalasPadamYa, perkhidmatan 24 jam memudahkan semua pelanggan.
PadamAyam masak kunyit antara saya suka..semua ada..bestnya..
BalasPadamRamai penggemar ayam goreng kunyit.
PadamPelbagai menu lauk ada, sedap tu kak
BalasPadamYa, awal pagi sudah ada lauk-pauk.
PadamBikin lapar bila baca post Amie inišTengok rupa daging masak hitam tuh macam markah penuh tapi rasanya seperti ayam masak kicap ye
BalasPadamWarnanya sungguh hitam berkilat....ahaks.
PadamSaya penasaran coba daging Maska hitam. Nak tahu apa sama rasanya dengan bumbu hitam khas Madura yg ada di sini. Tapi biasanya bumbu hitam Madura utk diolah dengan bebek. Dan rasanya pedas berempah.
BalasPadamCuma kak Amie bilang yg bumbu hitam di sana, rasa kecap pula yaa
Kalau daging masak hitam Sarawak, rasanya cukup lazat sebab bahan yang digunakan lumayan mewahnya termasuk kismis, buah prune, serai, minyak sapi, puri tomato, susu cair dan pelbagai lagi.
PadamKalau masak kicap rasanya sudah tentu lebih kepada kicap...ahaks!
Setiap hari NL mmg jemu jugak.
BalasPadamBetul.
PadamKalau lauk berbeza masih boleh diterima.
Lain dari yang lain la ni Kak Amie...ada dging hitam, ayam goreng kunyit...makanan lain selain nasi lemak dah habis ye kak
BalasPadamItulah antara pilihan yang ada.
PadamMungkin masih awal jadi ada lauk pauk dan menu belum dikeluarkan lagi.
BalasPadamBiasalah 24 jam tu.. jam yang mana banyak lauk pun tak pasti tapi yang penting restoren dibuka 24 jam huhu...
Ya, 24 jam buka bukan bermaksud 24 jam penuh dengan lauk.
PadamDaging Masak Hitam tu nampak sedap sangat
BalasPadamPeminat masakan begini tentu suka.
PadamSayangnya tak ada nasi kerabu special tu kan. Lauk pauk pun banyak tak tersedia lagi. Hidangan tak seiring dengan papan tanda. Tak mengapalah, ada rezeki makan nasi lemak dengan daging masak hitam. Saya fikir ada rasa rempah sekali yang biasa kita makan daging masak hitam tu. Rupanya rasa kicap je ye. Masak kicap agaknya kot kan.
BalasPadamMudah-mudahan ada rezeki merasa daging masak hitam Sarawak yang ori. Beberapa kali sudah masak di dapur sendiri, tapi nak rasa juga hasil ori orang Sarawak.
Padam