Pages

Jumaat, 22 Ogos 2025

Oleh-Oleh Bintulu

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas meronda seketika di Pasar Utama Bintulu, kami menyeberang jalan menuju ke Segong Handicraft. Inilah tempat pertama kami bersungguh-sungguh melontar RM ketika berada di Bintulu.

Hasil kraftangan Sarawak memang sangat unik dan pelbagai. Hal ini disebabkan terdapat kepelbagaian budaya etnik selain penggunaan bahan semulajadi yang melambangkan identiti tempatan. Dengan ini para pengunjung dapat melihat sendiri bahan anyaman yang terdiri daripada rotan, buluh, daun mengkuang, pandan dan rumbia. Selain itu pemandangan yang sangat mengasyikkan sudah tentulah tertumpu kepada aksesori tempatan yang menggunakan manik kaca dan batu alam.

Orang tamak selalu untung!
Biar menyesal beli, jangan menyesal kerana tidak membeli.



Kebanyakan otif dan corak tradisional berasaskan flora, fauna dan kosmos seperti burung enggang, naga, bunga teratai dan lingkaran ombak. Corak yang terukir bukan sekadar hiasan tetapi mempunyai makna tertentu misalnya melambangkan keberanian, kesuburan dan perlindungan.




Setiap kaum di Sarawak termasuk Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau, Melayu dan sebagainyamempunyai keunikan kraftangan tersendiri. Kraftangan yang dihasilkan tidak hanya berfungsi sebagai barang kegunaan harian, tetapi juga mempunyai nilai spiritual, adat dan identiti etnik.

Dengan kata lain, kraftangan Sarawak terbahagi kepada beberapa kategori:
  • Anyaman
  • Tenunan
  • Ukiran Kayu
  • Manik
  • Tembikar
  • Alat Muzik
  • Aksesori / Perhiasan Tradisiona;





Apabila mendongak ke atas, terpandang pelbagai hasil anyaman seperti bakul atau raga. Antaranya termasuklah tamboh, selabit dan kabo yang digunakan untuk menyimpan hasil hutan dan barang dapur.










Cantik betul pakaian tradisional masyarakat Iban. Sayangnya Amie tidak banyak pemngetahuan untuk menerangkannya. Sekadar mampu  mengkagumi dan kongsikan gambar-gambarnya sahaja.

Cantik! Warna-warni.

Alas meja corak Pua Kumbu 

Google : Pakaian Tradisional Sarawak

Masing-masing dengan oleh-oleh Bintulu.


22 ulasan:

  1. tahun lepas 2 kali sis ke sabah atas urusan kerja.. nak shopping macam2, tapi tak boleh sebab limit 40kg je.. stress sis dibuatnya.. hahahaha.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo lain kali kena beli berat bagasi lebih.

      Padam
  2. Bintulu banyak kraftangan cantik2...adik saya pernah kerja di Bintulu bawa balik mcm2 kraftangan dari sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul. Kraftangannya unik-unik belaka.

      Padam
  3. Memang best melontar RM di tempat macam ni Kak Amie, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huh...melontar sampai tak he gat donia๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

      Padam
  4. Ralit tengok ye kak, memang cantik betul semua hasil kerjatangan mereka ya. Dari pakaian, bakul segala pernak pernik tu lah mmg cantik semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, pernak pernik ni perkataan yang emak kita selalu sebut๐Ÿ˜

      Padam
  5. cantiknya beg2 tu. bila la nak dapat merasa ke borneo ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah akan sampai juga jika sudah pasang hasrat.

      Padam
  6. Hebatnya jualan berbagai jenis..menarik dan tahan diguna hingga rosak..Beli apa yang paling berkenan kan..bahagia dapat ke Bintulu..cuci mata tempat orang best sekali tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cuci mata, tapi tercuci dompet sekali hihihii.

      Padam
  7. Kraf tangan semua nya menambat mata, geram je tengok rasa nak beli semua.

    BalasPadam
  8. Memang motif Dayak nya terlihat sekali. Pernah dibawakan oleh2 dari Pontianak oleh suami, tas, dengan bentuk sulaman motif Dayak. Walaupun tak ingat suku Dayak apa. Saking banyaknya suku Dayak yg tersebar di Borneo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unik dan menarik sekali sulaman motif Dayak. Yang saya tahu hanya corak pya kumbu sahaja. Rasanya pua kumbu mewakili identiti orang Iban.

      Padam
  9. beg tu boleh isi kertas periksa untuk bawa balik tanda di rumah hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah. Selesa kertas duduk di dalamnya, tak koyak.

      Padam
  10. Banyak la memborong kat sini kalau SA yang pergi..suka tengok bag tu..kalau SA pun x lepaskan peluang beli beberapa

    BalasPadam
  11. Cantiknya hasil kraftangan orang Saghawak. Kalau tak beli apa-apa rasa rugi pulak kan. Cantik tote bag dengan tulisan Sarawak Borneo masing-masing beli buat kenangan bersama. Saya suka tengok seni anyaman tu. Kemas je mereka anyam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kreatif betul mereka kan Fizah. Tekun menggadilkan pelbagai corak anyaman.

      Padam