Pages

Khamis, 28 Ogos 2025

Jelajah Rasa Nusantara dalam Satu Hidangan : Dari Cendol ke Coto

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom kita masuk D'Chendol di Bandar Seri Perdana LD. Ada pelbagai sajian nusantara, western food pun ada di sini. Tengah hari tadi kami memesan:
  • Cendol Pulut
  • Coto Makassar - Perut
  • Gado-Gado
  • Laksa Penang
Cendol Pulut

Google : D'Chendol

Cendol Klasik RM5.00 semangkuk dan boleh tambah bahan lain ikut citarasa. Ada kacang merah, jagung, pulut, mangga, nangka, aiskrim, longan dan durian. Amie minta tambah kacang merah dan pulut.

Siapa tak suka cendol?  Ramai yang suka kerana rasa yang manis, berlemak santan serta aksesori jalur hijau yang dibuat daripada tepung beras. Pencuci mulut tradisional ini dipercayai berasal dari Jawa, dengan nama lamanya, dawet.  Mengikut kesusasteraan Jawa, dawet ini sudah wujud sejak abad ke-19. Cendol atau dawet ini tersebar luas ke seluruh Asia Tenggara, dan disesuaikan mengikut budaya serta citarasa tempatan.

Kononnya nama cendol muncul dalam cerita rakyat Malaysia yang berasal dari perkataan jendol (benjol) kerana apabila seseorang tersedak makan ais, terasa seperti ada benjolan di tekak.

Google : D'Chendol - Cendol Pulut

Cukuplah pesan semangkuk Cendol Pulut makan berdua dengan Encik Suami.

Encik Suami : Gado-Gado

Inilah makanan kegemaran Encik Suami, tetapi mereka memanggilnya pecal. Gado-gado sebenarnya berasal dari Betawi, Indonesia sebagai hidangan campur-campur sayur dan lontong serta kuah kacang sebagai ciri utamanya. Namun di LD, macam-macamlah rupa gado-gadonya.

Gado-Gado D'Chendol


Apabila terpandang menu Coto Makassar, kita pun teruja untuk memesannya. Pelbagai bahan pilihan dalam Coto Makassar, tetapi Amie memilih perut sahaja. 


Tak sabar hendak mencicipi hidangan warisan Bugis-Makassar ini. Kuahnya berwarna coklat kerana campuran rempah dan kacang tanah tumbuk. Biasanya Coto Makassar dinikmati bersama buras, tetapi di D'Chendol dihidangkan bersama nasi himpit.


Untuk rasa lebih lazat, perahkan jus limau kasturi dan tambahkan sambal tauco.

Laksa Penang

Dari hidangan Jawa dan Bugis, kami memesan menu yang berasal dari percampuran budaya Peranakan di Melaka, yang kemudian berkembang dan disesuaikan mengikut citarasa setiap daerah di Asia Tenggara iaitu laksa. Dari Melaka inilah laksa tersebar ke kawasan lain serta mengalami variasi mengikut bahan tempatan seperti Laksa Penang (asam laksa berkuah pedas), Laksa Johor (spaghetti dengan kuah kari pekat), Laksa Sarawak (kuah rempah, santan & belacan), Laksa Kelantan dan lain-lain. Itu semua maklumat dari Pak Google. Kalau ada yang tak betul  mohon maaf bagi pihaknya.


Kuah Laksa Penang di D'Chendol agak pekat!

Google : Laksa Penang D'Chendol


Alhamdulillah. Dapatlah sejukkan tekak dengan Cendol Pulut. Dari cendol hingga ke coto, setiap hidangan mengikat cerita dan rasa nusantara. Di D'Chendol, semuanya bertemu di atas satu meja - cendol, gado-gado, coto dan laksa!

Untuk Firdaus, Amie belikan Mentai Rice Tuna dan Dimsum Mentai. Beberapa minit sebelum Firdaus sampai ke rumah, Amie panaskan kedua-duanya di dalam air fryer.

Dimsum Mentai & Mentai Rice Tuna

Cerita mangga manila jangan dilupa. Pokok mangga manila dari rumah jiran masih meluruhkan buahnya ke bawah pokok mangga udang kami.

Kutipan mangga manila pada hari ini.

Teringat hampir 20 tahun lalu, rasa sedih sangat sebab Encik Suami tebang pokok mangga manila dan mangga epal yang ditanam di kanan kiri pokok mangga udang. Alasannya sebab sudah lima tahun ditanam tapi tak berbuah! Alhamdulillah, beberapa tahun kebelakangan ini, buah mangga manila datang bergolek dari pokok jiran belakang rumah. Jiran sebelah kiri pula ada pokok mangga epal. Apabila berbuah mereka selalu hulur kepada kami! Masya Allah!

11 ulasan:

  1. Wah... cendol pulut. Dicuaca panas terik pekena cendol sejuk-sejuk memang best.

    BalasPadam
  2. Macam-macam ada di D'Chendol tu.
    Teringin aih coto makasar. Gado-gado/pecal ada kelainan bila ditambah keropok.

    BalasPadam
  3. Menariknya cendol dia boleh customize, harga masih RM5. Kira murah dah tu kan Kak Amie. Terjawablah kekeliruan saya, gado-gado=pecal. Macam-macam olahan laksa dari campuran budaya dan tempat. Semuanya sedap ikut citarasa. Ada juga untuk Firdaus, tak dilupakan.
    Alhamdulillah, merasa hasil tanaman jiran. Ada hikmahnya pokok sendiri ditebang. Allah bagi rezeki dari jiran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak luruskan sedikit. Gado2 tidak sama dengan pecal kak Fiza. Dari segi rasa pun berbeda. Gado2 toppingnya bermacam2, dari protein sampai sayuran. Biasanya, kentang, tahu, telur, sayuran yg direbus. Lalu disiram kuah kacang, bisa kacang tanah atau kacang cashew. Kuah kacang pada gado2 lebih gurih atau Umami, dan haluuuus. Karena digiling halus.

      Sementara pecal, hanya pakai sayuran. Tidak pakai protein. Dan kacangnya digiling kasar. Biasa dikasih daun jeruk.

      Ada 1 lagi yg mungkin belum populer di sana, namanya karedok. Ini pula hanya pakai sayuran mentah. Kacang panjang, timun, terong hijau bulat, daun kemangi, dan pakai kuah kacang yg agak kasar.

      Saya pribadi lebih suka karedok, Krn segar. Tapi gado2 pun suka. Cuma pecal yg saya kurang suka 😄.

      Padam
    2. Ohhh macam tu ye Fanny. Terima kasih jelaskan. Ringkasnya, gado-gado lebih meriah banyak rencahnya berbanding pecal yang hanya sayuran. Olahan karedok macam diolah seperti rojak buah.

      Padam
  4. Dari atas sampai bawah semua nampak sedap. Baru tahu sejarah nama cendol, tapi sy jugak selalu terfikir kaitannya dengan jendul, hehehe.

    BalasPadam
  5. cendol memang best! saya tetap suka cendol biasa tambah kacang je
    nampak sedap coto makassar tu. tak pernah rasa

    BalasPadam
  6. Beraneka sajian..nampak cendol ada pulut, teringat di Kuantan Pahanag tempoh hari ,,pakcik hidangkan cendol nasi pulut..

    BalasPadam
  7. Lama tak dengar nama gado-gado tu dulu masa sekolah men vokasional ambil kos katering ada belajar buat gado-gado.

    BalasPadam
  8. SA suka gado- gado...sedapnya..lama dah x makan..susah nak jumpa kat Seremban...cendol pulut tu..ya allah sedapnyaaa

    BalasPadam