Pages

Ahad, 17 Ogos 2025

Bintulu Dibasahi Hujan

Bismillahirrahmanirrahim.
Cadangnya kami hendak jalan-jalan ke beberapa buah pantai di sekitar Bintulu. Sayangnya hujan turun tanpa henti sehingga menjelang tengah hari. Maka, terbatallah segala perancangan yang disusun. Kami hanya sempat singgah di Pantai Batu Mandi sahaja.


Tugu Dewan Undangan Negeri (Monument Council of State)

Pantai Batu Mandi

Video kenangan di Pantai Batu Mandi.


Sempat singgah di gerai tepi jalan. Eh, ada Goreng Pisang Crispy Sambal Kicap Johor pula. Maka memboronglah kami kuih-muih yang ada di sini untuk dimakan dalam van. Banyak sangat kuihnya sampai rambang mata hendak membeli. Ada nasi lemak, bihun goreng, minuman, buah-buahan potong dan macam-macam lagi!

Pisang Goreng Crispy.


Amie beli keropok lekor.

Cantik pula keropok lekornya. Dipotong kurus-kurus dan dicelup tepung. Sebatang RM1.00. Rangup, tak liat. Menyesal pula tak beli banyak!

Ada cekodok pisang.


Comel-comel kuihnya.

Mi Goreng Telur Mata

Kuih Seri Muka dan Talam Keladi.


Belilah juga kuih talam yang comel-comel ini!
Tugu Dewan Undangan Negeri


Tak banyaklah cerita kami pagi ini disebabkan hujan yang turun menyambut kedatangan kami. Hanya sempat bergambar di hadapan Tugu Dewan Undangan Negeri sahaja. Tugu ini terletak di pusat bandar Bintulu dan menjadi simbol perpaduan rakyat Sarawak. Tugu ini mempunyai bentuk segi lima yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Tugu iDewan Undangan Negeri ini mempunyai lima warna yang melambangkan lima kaum utama di Sarawak iaitu Melayu, Cina, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

12 ulasan:

  1. Bila hujan, memang terbantut segala rancangan. Tapi takpe, hujan rahmat, tentu ada hikmahnya. Goreng Pisang Crispy ni banyak cawangan di negeri lain, tak sangka pulak, kat sana pun ada ya. Rasa bangga pulak kita, hihi.

    BalasPadam
  2. Uish…sedapnya pisang goreng crispy makan cicah sambal kicap!
    Sesuai sangat makan masa hujan tu kak Amie.

    Gitulah kan…bukan semua yang dirancang menjadi.

    BalasPadam
  3. Waduh, best nya mendengar lagu ni tau..sambil menyaksikan pantai Bintulu ke tu..bab kuih muih banyak menawan selera..terbaik

    BalasPadam
  4. Khabrakan ya bila nak ziarah Keningau..dah lama sangat tu jika 2020 ke Keningau dan Tenom...Kini ada Bandar Baru di Keningau..area Bataras, banyak tempat makan menarik sekali, seperti Citra Delights..datang lah ya..semoga dimudahkan urusan..

    BalasPadam
  5. Kat lipis ni pun ada goreng pisang crispy tu.

    BalasPadam
  6. Ohh 5 kaum utama tp ada byk lg kaum kan.. semua kuih muih nampak sedap

    BalasPadam
  7. Jauh pisang goreng crispy tu datang....

    BalasPadam
  8. Sampai sana ada Pisang Goreng Crispy tu ye...
    Best pergi pantai, lupa segala masalah & tekanan :D

    BalasPadam
  9. Rambang mata bila tengok ada pelbagai jenis kuih, terus rasa nak beli semua dan nampak sedap

    BalasPadam
  10. Mendonia sambal kicap Johor sampai kesana perginya. hihi...Memang rambang mata dibuatnya kalau macam ni punya banyak pilihan. Sakanlah masing-masing memborong.
    Bagusnya kuih talam tu dibungkus satu-satu. Senang pembeli nak membelinya dan makan tanpa mengotorkan tangan.
    Tak ada rezeki nampaknya untuk jalan-jalan ke pantai lain. Dapat singgah di Pantai Batu Mandi pun okaylah kan.
    Unik seni bina Tugu Dewan Undangan Negeri, atasnya bentuk kubah.

    BalasPadam
  11. Merata dah GPC tu..
    Nampaknya tugu berpagar.

    BalasPadam
  12. Oh, wujud nama Pantai Batu Mandi ye..Bila lah nak sampai sana..Tak pernah jejak lagi..Pisang Goreng Johor pun ada..Wow Padu...Hehe

    BalasPadam