Bismillahirrahmanirrahmanirrahim.
Hari ini kami makan tengah hari di Restoran Nak Ikan Sup. Sesiapa yang tersesat singgah di LD bolehlah ke Perdana Square singgah di sini yang beroperasi dari pukul 11:00 hingga 4:00 petang. Banyak hidangan laut jenis berkuah (sup) ditawarkan di sini.
Encik Suami memesan Asam Pedas Ikan dengan Kuetiaw. Amie pula Tom Yam Ikan dengan Bihun. Seperti biasa, kami memilih minuman panas iaitu Chinese Tea.
Oleh kerana kedua-dua makanan berkuah yang dipesan kelihatan agak sama, jadi tidak dapat dipastikan mana satu asam pedas dan mana satu tom yam.
Untuk membezakannya, jadi kenalah rasa kuah kedua-duanya.
Asam Pedas Ikan |
Yang ini rasa asam pedas, kuah merah berlemak dan penuh perisa. Rasa masam yang seimbang, pedas dan terasa aroma daun kesum. Pendek kata cukup rasa. Makan dengan nasi memang sesuai sangat tapi Encik Suami pilih makan dengan kuetiaw saja.
Tom Yam Ikan |
Untuk lebih puas hati, cuba juga sesudu kuah dari mangkuk satu lagi untuk memastikan ia Tom Yam Ikan seperti yang dipesan. Sebaik sudu berisi kuah menyentuh mulut, hidung pula yang terlebih dahulu menghidu aroma serai, daun limau purut dan sedikit bau lengkuas. Betul! Ini Tom Yam Ikan. Kuahnya merah dan agak pekat. Ada rasa masin sos ikan, pedas cili padi dan masam dari jus limau nipis.
Kedua-dua masakan ini menggunakan campuran ikan siakap dan ikan merah. Kami meminta ikan digoreng terlebih dahulu dan kemudian barulah dimasak bersama kuahnya. Harga semangkuk tidak termasuk kuetiaw atau bihun ialah RM18.00.
Tom Yam Ikan dengan Bihun. |
Chinese Tea |
Restoran Nak Ikan Sup ini agak luas dan kelihatan bersih. Ramai pelanggan datang dan pergi. Pemiliknya sangat peramah dan menyambut setiap kedatangan pelanggan. Sempat juga kami berbual-bual kerana rasanya seperti pernah melihat iras-iras mukanya. Rupanya beliau adik kepada arwah Penolong Kanan Pentadbiran di ladang kami. Dahulu sebelum Amie lepaskan jawatan Penolong Kanan HEM, Amie duduk bersebelahan bilik arwah abangnya.
Balik rumah, sempat google dan baru tahu pemilik restoran ini berpangkat Datuk. Barangkali restoran ini baru beberapa bulan dibuka. Selain nama Restoran Nak Ikan Sup, ada tulisan Cina di sebelahnya. Kalau orang tidak biasa, tentu akan menyangka ia restoran masakan Cina padahal sebenarnya restoran orang kita.
Rasanya lain kali hendak datang lagi ke sini sebab masakannya cepat dihidangkan serta dapat rasa kesegarannya ikannya. Ada masakan seafood lain seperti udang dan sotong serta telur ikan. Rugi kalau tak cuba!
Selepas makan di Rsetoran Nak Ikan Sup, singgah gerai beli kuih penyaram.
Tak cukup kuih penyaram, Encik Suami beli goreng pisang dan cekodok pisang.
Bolehlah buat minum petang, katanya.
Sampai di rumah, Encik Suami kutip mangga manila yang gugur dari pokok jiran sebelah.
Dipetiknya juga sebiji mangga udanag dari pokok sendiri. Katanya ini mangga udang terakhir untuk musim ini!
Mangga Udang & Mangga Manila |
Eh, hari ini 06 Ogos kan? Macam ada sesuatu dengan tarikh ini! 31 tahun yang lalu.... ya 06 Ogos 1994 tarikh kami bertunang!
Selamat bertunang Amie..hihihi..
BalasPadamTak pernah lagi Linda makan asam pedas dengan kuetiau
Pilihan sebenarnya, boleh makan dengan nasi.
PadamPertama kali tengok asam pedas makan dengan kuetiau tu. Alahai mangga tu menggoda betul la.
BalasPadamAda pilihan nasi / mi konlon/ kuetiaw / bihun. Encik Suami nak makan dengan kuetiaw.
PadamNampak serupa tapi berbeza 😀
BalasPadamAgaknya hidangan biasa di sana ya - asam pedas makan dengan kue tiau.
Terus terfikir…bila tarikh saya dan suami bertunang. Lupa! 😄
Pernintaan pekanggan ni Ujie.
PadamSelamat menjamu selera
BalasPadamJemput Wak.
PadamHappy anniversary, terimbau kenangan hari bersejarah tu, bertunang..ha kena happy..hehehe
BalasPadamTiba-tiba teringat heheheee.
PadamJarang makan tom yam ikan.. selalu tom yam ayam jer
BalasPadamMasakan Cina di Sabah selalunya ada menu begini.
PadamWuaaaaah hari kak Amie bertunang . Masih ingat ya kak 😅😅. Saya hanya ingat tgl nikah, kalo tgl tunang bye bye laah, lupaaa dah 🤣🤣.
BalasPadamAiiih teringiiiin makan di sini. Sukaa lah nama restorannya. Unik sangat. Kalo nanti saya jadi eksplor Sabah Sarawak labuhan, semoga bisa mampir ke LD juga ☺️
Bukan tiap tahun teringat dik. Entah kenapa, tahun ini teringat pula tepat pada tarikhnya.
PadamMakanan begini memang disukai ramai kalau di Sabah.
Boleh tak nak cakap pertama kali nampak asam pedas ikan makan dengan kuetiau. hihi..Agaknya sebab dah biasa makan dengan nasi kan. Susah juga tu kena rasa dulu untuk bezakan tomyam dengan asam pedas. Kedua-duanya memang mirip dari segi kuahnya kan. Makanan sedap buat kita rasa nak mengulang makan lagi dan lagi. Kuih muih minum petang pun sedap. Ada sambal kicap buat cicah pisang goreng bertambah sedap lagi. Habis sudah musim buah mangga Kak Amie. Selamat hari pertunangan Kak Amie dan Encik Suami.
BalasPadamMacam menu fusion pulak dah, campur itu dan ini. Tapi asam pedas dia memang sedap, cukup rasa dan ikannya pula segar ikan siakap campur ikan merah.
PadamTerima kasih Fizah. Dah 31 tahun berlalu. Sesekali teringat tarikhnya.
PadamSama-sama kak Amie. Kadang terlupa harinya, tapi kalau tarikh tu pasti tak lupa. Bila terlupa, nampak macam familiar je kan. Barulah teringat tarikhnya.hihi...
PadamRare ni, Kak Amie. Tak pernah lagi makan asam pedas dengan kueyteow. Boleh rupanya, hihihi.
BalasPadamPermintaan Encik Suami ni SK. Dia tak mahu makan nasi.
PadamKuih Panyaram tu suami panggil kuih topi.
BalasPadamYa, ada macam-macam namanya.
PadamTomyam Ikan dan Asam Pedas Ikan dengan Kuetiaw, first time tengok ni Kak Amie. Nampak sedap sangat.
BalasPadamBestnya dapat makan kepingan ikan camtu.. takyah buang tulang.
BalasPadammangga manila yg tengah2 besar tu ke? jauh beza dgn saiz mangga2 yg lain
BalasPadamPertama kali nampak asam pedas ikan makan dengan kuetiau, SA x pasti macam mana rasanya tapi kalau Kak Amie cakap sedap tu...memang betul sedap la...
BalasPadam