Pages

Khamis, 7 Ogos 2025

Amie's Little Kitchen Antara 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025

Bismillahirrahmanirrahim.
Jalan-jalan ke rumah rakan blogger ETUZA, terbaca entri bertajuk Capai 2K Views Blog - Ini Bukti Usaha Tidak Sia-Sia! Selain menyentuh tentang pencapaian semasa blognya, beliau turut menyenaraikan beberapa buah blog yang mampu menyuntik inspirasi supaya lebih cemerlang dan salah satunya dipetik blog Amie's Little Kitchen. Katanya, Amie's Little Kitchen tersenarai di tempat ke-25 di antara 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025.

Amie pun berkunjunglah ke 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025 dan benarlah seperti apa yang ditulis oleh Etuza. Hari ini Amie hendak jadikannya sebagai satu entri dan sekali lagi Amie rujuk ke 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025.  Amie dapati blog Amie sudah beranjak dari tempat ke-25 ke tempat 24.

Amie's Little Kitchen

Amie's Little Kitchen

Terima kasih Etuza kerana telah berkongsi info. Sebenarnya blog Amie's Little Kitchen biasa-biasa sahaja. Amie menulis sekadar untuk seronok-seronok, menghilangkan tekanan dan mengisi masa lapang. Selain itu dapat berkongsi resipi, menulis peristiwa bersama keluarga buat kenangan dan membuat catatan perjalanan. Rakan-rakan blogger yang lain pun ada yang sama seperti Amie.

Paling penting, setelah memiliki blog Amie dapat sangkutkan hal berkaitan kerja menoreh dan masalah ladang di pintu pagar. Apabila memasuki dunia maya Amie's Little Kitchen, hidup ini menjadi lebih indah!

Kawan-kawan, sesekali marilah berkunjung ke 100 Best Malaysia Blogs and Websites in 2025.  Mana tahu ada tersenarai blog kalian di sana. 

20 ulasan:

  1. Wah..tahniah Amie...nak tengok² juga la..siapa lagi yg tersenarai tu

    BalasPadam
  2. Wah! Uncle tumpang gumbira! Bangga sebab kenal Amie walau belum ketemu

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dan Tahniah Kak Amie

    BalasPadam
  4. Tahniah kak amie tersenarai. Kenal blog kak amie je dalam 100 list tu. Lain semua tak kenal.

    BalasPadam
  5. Wah, hebatnya tersenarai tu. Tahniah Kak Amie. Terbaik jadi sumber inspirasi buat kami.

    BalasPadam
  6. Wah... Tahniah Amie, tumpang gembira.

    BalasPadam
  7. wah antara 100 blog tersenarai tahniah amie

    BalasPadam
  8. Tahniah, Kak Amie. Sungguhhh.. indahnya berblog, lebih2 lagi mengenali Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah Tahniah Kak Amie...applause...

    BalasPadam
  10. wahh pencapaian yg luar biasa ni, tahniah puan amie!

    BalasPadam
  11. Tahniah akak, blog akak memang terbaik... semua teratur

    BalasPadam
  12. Congrats kak Amie πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰. Saya pun sukaaaaa baca blog kakak. Terkadang ada sejarah dari tempat2 yg divisit. Saya suka sejarah soalnya. Membaca blog kakak, macam bisa ikut traveling sekali kesana 😍

    BalasPadam
  13. tahniah..naik lagi rangging blog Amie..Terima kasih link blog Etuza ya

    BalasPadam
  14. Blog ni memang cantik paparan bersih dan kemas..ramai follower dan blogger nya mesra..

    BalasPadam
  15. vavavavvavava... tahniah Amie's Kittle Kitchen...
    Teruskan berkarya!

    BalasPadam
  16. Wah....bangganya SA dengan pencapaian blog kak amie...tahniah kak..teruskan menulis ye..

    BalasPadam
  17. Perghhhhh tahniah amie. Pi skodeng semua nama tak kenal hanya kenal amie je. Caya lah. Salute spring spring

    BalasPadam