Pages

Rabu, 2 Julai 2025

Welcome to Cocoa Village

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebaik sahaja turun dari gerabak kelapa sawit, kami terus menuju ke Cocoa Village. Walaupun tidak nampak ladang koko sepenuhnya tetapi rasa tenang dan nyaman melewati kawasan yang terjaga rapi. Di bawah pokok kelapa, disulam dengan pokok-pokok koko. Di bawahnya pula dihias dengan tanaman berbunga.


Peta Cocoa Village

Antara tempat yang boleh dilawati ketika memasuki Cocoa Village termasuklah:
  • Ellaeis Hall
  • Estate Office
  • Bird House
  • Green House
  • Zipline
  • Sundeck
  • Tree House
  • Container House
  • Tawau Cocoa Cafe
Kami tidaklah masuk kesemua tempat kerana hendak segera pulang berehat di hotel. Mungkin pada masa yang lain boleh datang lagi terutama ke Tawau Cocoa Cafe dan Ellaeis Hall. Di sini bolehlah membeli pelbagai hasil produk koko, tetapi harganya memang kayangan belaka!

Elaeis Hall



Sejuk mata memandang melihat suasana pohon hijau dan bunga-bungaan. 


Sebenarnya Amie pernah tinggal bersama keluarga angkat sewaktu bersekolah menengah rendah di Jeram, Selangor. Keluarga angkat Amie mempunyai kebun kelapa da di bawahnya ditanami pokok koko. Selalulah Amie bantu belah buah koko yang dipetik dari pokok. Buah yang terkumpul akan dibelah seminggu sekali, iaitu pada hari Jumaat petang sebab pagi Sabtu akan datang peraih Cina untuk membeli isi koko. Hendak dijadikan cerita, entah bagaimana sewaktu membelah koko, mata pisau hinggap di hujung jari telunjuk sebelah kiri. Emak angkat Amie terus pucat, dan dipimpinnya Amie ke dapur lalu jari yang penuh darah itu direndam dalam minyak tanah. Darah terus mengalir. Amie dihantar ke klinik kesihatan yang kebetulan hanya lebih kurang 200 meter dari rumah. Pembantu perubatan yang membalut jari Amie bertanya : Kamu belah koko atau belah jari? parutnya masih ada sehingga hari ini. Di bawah kuku jari telunjuk sebelah kiri Amie ada parut garisan sepanjang 2.5 cm.


Ada satu pemandangan menarik sewaktu kami berjalan masuk ke Cocoa Village. Nampak macam tidak ada orang kan? Sebenarnya ramai pengunjung. Cuma Amie tunggu suasana lengang barulah ambil gambar. Kalau tidak, banyaklah aksesori yang menempel... ahaks!

Agaknya apakah yang menarik pandangan kami itu? Cuba perhatikan seakan-akan pintu gerbang di belakang Encik Suami dan Firdaus bergambar.


Ada pasu bunga disusun rapi bentuk gerbang!




Rupanya bukan pasu biasa tetapi sabut kelapa dibentuk seperti pasu. Encik Suami meneliti pasu tersebut dan mendapati ada saluran paip kecil dilekatkan pada tiang gerbang. Kata Encik Suami, tak perlulah tanaman hiasan ini disiram sampai ke atas, melainkan hanya buka sahaja paip beberapa minit supaya air dapat dibekalkan dan sampai kesemua pasu.


Barangkali ketika ini pokok hiasan di dalam pasu ini belum berbunga. Kalau berbunga sudah tentu cantik warna-warni!



Selain pokok bunga ros Jepun, tanaman lain yang ada di sini termasuklah pelbagai jenis bunga ati-ati.






Sekarang kami menghampiri Estate Office.


Wah, nampaknya Estate Office di sini sangat mesra ladang!



Nampak sungguh ciri-ciri tropika dengan adanya tangga kayu dan bangunan papan. Keadaannya jelas bersih dan kemas.




Terdapat taman permainan bersebelahan dengan Estate Office.







Di kawasan taman ini terdapat replika pemprosesan koko.






Antara daya tarikan kanak-kanak termasuklah replika lembu dan kuda.

Replika Lembu


Replika Kuda



Zipline + Abseil Adventure @ RM30/pax

Cocoa Zipline

Sundeck



Pemandangan dari sundeck.





Replika Tangan & Koko



Di belakang replika koko ada Tree House. 

Tree House

Bolehlah bergambar di sini, di atas motor atau di atas basikal.


Tawau Cocoa Cafe


Cuaca sungguh panas. Marilah kita masuk ke Tawau Cocoa Cafe. Perut pun sudah rasa lapar.


Ada banyak ruangan makan di cafe ini. Kami masuk ke bahagian dalam. Rupanya kami melalui pintu belakang.


Firdaus duduk termenung di sini pula.


Inilah pintu masuk kafe.

Alangkah nikmatnya dapat hirup air nanas di kala cuaca panas terik di sini.
Nyaman bah!


21 ulasan:

  1. Bestnya tempat ni, Kak Amie. Hurmm.. kenapalah pergi Sabah kena naik kapalterbang.

    BalasPadam
  2. cantiknya kebun tu. oo koko tu dibalut ye biar elok hasilnya?

    BalasPadam
  3. Cantik betul la Cocoa Village ni...apesal la Sabah tu jauh betul..kalau tak dah sampai dah kat sini...SA suka buah coco masak..itulah buah pertama SA mengidam masa mengandungkan Dania..isi dia rasa masam- masam manis berlemak..dapat makan 2 biji yang besar memang sedap...

    BalasPadam
  4. Penuh tumbuhan hijau dan bunga-bungaan. Saya tengok, cantik pulak pokok ati-ati dalam gambar. Lain kali pergi nursery pokok bunga, nak cari ati-ati la. 😊

    BalasPadam
  5. Cantik dan bersih tempat2 tu...

    BalasPadam
  6. Menariknya tempat ni kak Amie. Macam-macam aktiviti. Best tu kalau dapat buat aktiviti zipline tu. Aduh, seram pulak kisah kak Amie tu. Parut masih ada, ceritanya pun masih kekal diingati. Cantik pulak pintu gerbang tu dibuat begitu. Agaknya nak memudahkan kerja menyiram kot. Itu yang dia letak paip sampai ke atas. Menarik juga idea tu selain dibiarkan pintu gerbang kosong. Banyak hospot menarik untuk bergambar di sini. Macam-macam replika ada, tertarik replika tangan pegang koko tu. Haa estate office pun cantik. Kena dengan temanya. Luas kawasannya, jenuh juga berjalan ni.

    BalasPadam
  7. Kreatifnya pintu gerbang tu, siap disalurkan air lagi supaya kena kat setiap pasu tu

    BalasPadam
  8. Pasu gerbang tu memang wow lah!

    Daus macam tak happy je?

    BalasPadam
  9. Uniknya terasa nak pergi ke temapt ni di Sabah ..memang menarik

    BalasPadam
  10. https://madey09.blogspot.com/ follow blog saya ya

    BalasPadam
  11. Luasnya penat nak explore semua dalam tu.

    BalasPadam
  12. menariknya AMie, kak ana rasa perlu di viralkan lokasi ni sebab tak ramai yang tahu kan.. kak ana pun pernah ada pengalaman dengan pokok koko arwah mak tanam, belah buah jemur dan berbau juga kan buah koko yang kering nih hehe :) tapi dah jadi coklat ermm heaven sangat :)

    BalasPadam
  13. Baru tau di Tawau ada Cocoa Village ni...kt kampung saya di penang dulu kecik2 penah merasa buah koko sebab jiran kampung ada tanam di rumah dia. Btw jemput singgah di https://syazwantahir.blogspot.com/

    BalasPadam
  14. menarik cocoa village tu..byk tmpt bole bergambar....sedap nmpk air nenas tu

    BalasPadam
  15. waahhhh luas juga Cocoa Village nya ni ye Sis Amie? cantiknyaaaa pasu sabut tu seakan pintu gerbang!

    BalasPadam
  16. Aiiiih cantiiiiknya kak. Saya mesti datang kesana kalo ke Tawau 😍😍😍😍. Sukaaa juga melihat replika cara pemrosesan Koko. Anak2 pasti jadi lebih paham Krn langsung lihat dari replika yg dibuat menarik

    BalasPadam
  17. Menarik sekali Mbak Cocoa Village ini.
    Disambut dengan gerbang dengan hiasan melingkar itu. Bagus sekali.
    Rupanya Mbak punya kisah masa kecil dengan koko ini. Apa masih membekas di jari nya yang terkena pisau itu Mbak.

    Salam,

    BalasPadam
  18. cantiknya replica lembu....kebun koko tu bestnya kak....nostalgia zaman kanak-kanak, arwah nyai dulu ada kebun koko....

    BalasPadam
  19. Wahhhhh cantik tempatnya kak, suka tengok ala-ala pintu gerbang tu. Kalau berbunga semua kat pintu gerbang tu mesti cantik. Lembu dan patung buat coco tu pun comel sangat hehehhe. Banyak tempat cantik untuk bergambar, sejuk dengan dikelilingi dengan pokok dan bunga yang cantik.

    BalasPadam
  20. Menarik sangat lah Cocoa Village ni Kak Amie. Cantik semuanya, macam2 ada untuk tengok dan explore.

    BalasPadam