Pages

Jumaat, 11 Julai 2025

Siapakah Pengirim Misteri Penanda Al-Quran Logam?

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu bersiap-siap hendak merehatkan diri di katil, telefon berbunyi. J&T berada di luar pagar. Ada kiriman untuk Amie. Melihat nama pengirim, tertulis perkataan AIMAN, beralamat Bukit Jalil, Bandar Tun Razak. Membaca nama penerima dan alamat, betul nama Amie dan alamat rumah yang betul.

Dua tiga kali baca nama dan alamat pengirim serta nama dan alamat sendiri.
Siapa pula AIMAN? 
Di bahagian bawah bungkusan tertulis : AWAS AYAT SUCI AL-QURAN.

Setelah benar-benar pasti penerima diri kita sendiri dan alamat memang betul tepat sekali, jadi kita pun buka bungkusan.

Ada dua kotak warna hitam. Apabila dibuka kedua-duanya mengandungi penanda Al-Quran logam yang sangat cantik! Rasa seronok sangatlah kitanya yang menerima. Tapi, siapa pengirimnya? Rasanya nama AIMAN itu nama pengirim dari Tik Tok Shop sebab ada tertulis berkataan Tik Tok Shop tersebut di bahagian atas bungkusan.

Sepasang Penanda Al-Quran Logam


Siapa tidak suka terima hadiah kan? 
Memang teruja sangatlah sewaktu membukanya.

Cantik sungguh Penanda Al-Quran Logam ini.

Sayangnya tidak diketahui siapakah pengirim misteri itu.

Teruja punya pasal, kita pun terus pasang dalam Al-Quran.



Semoga pengirimnya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Terima kasih sekalung budi.  Kita tidak jadi tidur, dan terus tulis entri ini. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, kalau mengaji Al-Quran kami gunakan lidi sebagai penanda. Paling istimewa apabila dapat bulu landak yang tajam dan cantik dijadikan penanda Al-Quran menggantikan lidi. Sekarang, kalau mengaji Al-Quran suka lipat hujung muka surat sebagai penanda. Sudah dapat penanda Al-Quran logam ini, in syaa Allah akan digunakan selepas ini. Semoga pahala terus mengalir untuk pengirimnya.

Siapakah pengirimnya?
Kalau ada di antara rakan blogger yang mengirimkannya, boleh beritahu tak empunya diri? Boleh juga emel atau mesej melalui WhatsAap.


31 ulasan:

  1. Wah...cantik penanda al-quran tu...tak pasti siapa yang kirim yang pastinya bukan SA..siapakah si dia yang misteri tu ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SA... tertanya-tanya siapakah gerangan pengirimnya.

      Padam
  2. Wahhhhhh, pengirimnya tentu besar hati melihat penanda Al-Quran telah bertahta di tempat selayaknya. Syukur3, selamat sudah sampai ke tuannya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa tak gembira dapat hadiah kan SK. Tak disangka-sangka pula kedatangannya.

      Padam
  3. Saya baca senarai pemenang dari blog Saje Suka-suka, ada nama kak Amie. Boleh jadi dari kak Notie. Maafkan saya, kalau salah.
    Cantik, penanda Al-Quran. Dulu pun, saya guna lidi sebagai penanda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sewaktu J&T telefon, memang terdetik dalam hati kiriman Notie kot. Tapi rasanya Notie kirim kain. Tak tahulah kalau kirim penanda al-Quran pula.....ahaks.

      Padam
  4. ada ternampak iklan ni dalam FB tapi bila dah tenguk amie punya wow cantik lah.

    BalasPadam
  5. Cantiknya penanda Al-Quran ni. Sekarang ada macam-macam jenis penanda Al-Quran. Ada nampak jenis resin epoxy. Zaman saya dulu guna duri landak tu. Cantik betul. Misteri sungguh siapa pengirim ni. Harap pengirimnya muncullah supaya Kak Amie tak tertanya-tanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik betul duri landak dibuat penanda al-Quran kan Fizah.
      Terima kasih sekalung budi buat pengirim misteri yang baik hati itu.

      Padam
  6. Masa kecik dulu guna duri landak atau lidi je. Sekarang macam2 dah ada penanda alquran ni. Semuanya cantik2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kreatif sungguh gunakan duri landak jadi penanda al-Quran kan Cie.

      Padam
  7. cantik penanda alquran...baru tau ada jual jenis macam ni...mesti secret admire kak amie hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, cantik sungguh.
      Semoga secret admire Kak Amie tu dilimpahi rezeki yang berlipat ganda. Amin.

      Padam
  8. Harap dah dapat jawapan siapa yang hantar.

    BalasPadam
  9. Sungguh cantik penanda bacaan Al Qur'an itu, Mbak.
    Jadi belum diketahui siapa pengirimnya?
    Alhamdulillah saja Mbak...

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, Abah. Alhamdulillah.
      Terima kasih buat pengirimnya.

      Padam
  10. Cantiknya kak.. semoga adalah penghantar misteri ni muncul lepas ni kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan Mira.
      Ya, mudah-mudahan penghantar misteri akan muncul.

      Padam
  11. Waaah memang baguuuus kak Amie.

    Jadi ingat masa lalu, menandakan Alquran pakai lidi atau sumpit 🤣🤣. Tp kalo skr nih, saya baca Alquran digital kak. Dah tak ada Alquran berbentuk fisik. 😅😅. Yg digital bisa saya install di hp, JD traveling kemanapun bisa baca

    BalasPadam
  12. Cantik tu... semoga si pemberi diperluaskan rezeki.

    BalasPadam
  13. Cantik dan unik penanda Al Quran nye.

    Untuk pengetahuan, bukan saya pengirimnye… hehehe

    BalasPadam
  14. saya pun pernah terima orang hantar makanan tapi tak tahu siapa pengirimnya sampai sekarang. rasa berterima kasih sangat tapi at the same time serbasalah sebab tak dapat ucapkan terima kasih pada pemberi. semoga pengirim tu dimurahkan rezeki

    cantik sangat penanda al-quran ni!

    BalasPadam
  15. sampai hari ni m,asih belum tahu ke kak siapa yg hantar?

    tp penanda ni mmg cantik...sy ada 1. tu pun org bagi juga...

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah.. Cantik penanda tu.. Sha baru tau ada penanda cantik macam ini..

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah rezeki, cantiknya penanda Al Quran ni.

    BalasPadam
  18. Semoga mengalir juga pahala buat pemberi penanda misteri ni tiap kali kak Amie membaca Quran

    BalasPadam
  19. MasyaAllah, penanda Al-Quran ni bukan main cantik… nampak eksklusif sangat!..Design dia halus dan kemas, rasa macam tak sampai hati nak guna… takut calar kecantikan

    BalasPadam