Pages

Rabu, 30 Julai 2025

Sedapnya Kuah Laksa Nyonya

Bismillahirrahmanirrahim.
Balik dari ladang, singgah di Bandar Sri Perdana menyelesaikan urusan peribadi. Setelah selesai, jam menunjukkan pukul 2:15 petang. Kami singgah cari makan di Mama Win Cafe. Lama juga kami tidak makan di sini. Kononnya hendak makan laksa Penang. Maklumlah mulut masih rasa pahit, agaknya kalau dapat hirup kuah asam laksa dapatlah menambat selera.

Laksa Penang tidak ada. Yang ada Laksa Nyonya. Baiklah, pesan sajalah Laksa Nyonya Seafood. Encik Suami pula memesan Wantan Ho.

Amie : Laksa Nyonya


Tidak rugi memesan Laksa Nyonya Seafood. Kuahnya berlemak, pedas dan berempah. Pendek kata cukup rasa dengan santannya, rempahnya, ada rasa cili, lengkuas, serai dan belacan, Ada sedikit rasa masam dan tambah menyerlah keenakannya apabila kita perahkan limau kasturi. 


Seperti biasa, kalau bab masakan berkuah yang sedap begini memang habislah segala aksesori dan kuahnya Amie makan. Akhir sekali tinggallah mi laksa dalam mangkuk dan Encik suami bantu habiskan.

Encik Suami : Wantan Ho


Encik Suami memang suka makan Wantan Ho terutamanya Wantan Ho Seafood. Kuahnya nampak pekat hasil campuran telur dan tepung jagung. Banyak juga aksesorinya termasuk udang dan sotong, kek ikan dan juga sayur sawi.

Cendol Kacang Merah + Jagung

27 ulasan:

  1. Sedapnya wantan ho tu. Pernah makan kat cherating di panggil cantonese hor fan. Sedap betul. Taktau la sekarang masih ada ke tak cafe tepi pantai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kot Encik Suami makan wantan ho, habis licin.

      Padam
  2. Saya nih kalo laksa, memang suka yg laksa nyonya kak. Walaupun nomor 1 tetap laksa Sarawak. Tp laksa Melaka saya favorit juga. 😍😍😍.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksa Nyonya lebih beraroma, kaya aksesori dan cukup rasa.

      Padam
  3. wahhh sedap nya laksa, tambah dengan cendol lagi..

    BalasPadam
  4. Rare tu wantan ho letak limau... hihi... fav sy tu kak

    BalasPadam
  5. Penuh dia punya topping kak memang puas hati lah, yang wantan tu pun nampak penuh tak lokek lauk. Cendol tu pun penuh...pueh hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya puas hati kan Dana. Alhamdulillah.

      Padam
  6. teringat laksa nyonya penang.....sedapnya kak amie, cendol pun terliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan Laksa Nyonya. Kak Amie suka kuahnya.

      Padam
  7. cendol tu nampak menarik betul

    BalasPadam
  8. Sa suka semua tu kak especially wantan hor tu...alaaaa....teringin plak ha..acaner ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sibuk dengan laksa nyonya, tak sempat nak usik wantan ho Encik Suami hihihiii.

      Padam
  9. Semuanya penuh mangkuk dan meriah accesoriesnya. Baguslah kedai ni tak kedekut accesories. Puas dan berselera makan gitu. Wantan Ho seafood tu menyelerakan betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang puas hati. Sudahlah sedap, banyak pula tu. Kenyang, Alhamdulillah.

      Padam
  10. Terpesona memandang gambar cendol kacang merah dan jagung itu Mbak.
    Pasti sangat menyegarkan, apalagi dinikmatinya ketika udara sedang panas...

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Abah. Habis semangkuk kami hirup cendol kacang merah dengan jagung itu.

      Padam
  11. Sedapnya laksa Nyonya tapi mengelat bila mintak En Majid yg habisnya mee-nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheee... itulah kelemahan Kak Amie, suka habiskan kuah dengan aksesori dulu. Mi...tinggal longgok dalam mangkuk.

      Padam
  12. Tak pernah makan wantan ho. Laksa nyonya tu memang nampak menyelerakan. 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wantan Ho kalau kena cara masak dengan kuahnya yang sedap memang disukai ramai.

      Padam
  13. laksa nyonya saya macam tak pernah makan lagilah... rasanya macam asam laksa tak>

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tentulah beza rasa sebab kuah laksa nyonya gunakan santan.

      Padam
  14. Laksa Nyonya tu, first time tengok mesti sedap.

    BalasPadam