Pages

Rabu, 23 Julai 2025

Makan Tengah Hari di Dee. Stove Cafe

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai menguruskan Firdaus memakai baju baskad untu penggambaran mini documentary di sekolahnya, Amie bersama Encik Suami jalan-jalan cari makan. Kami singgah di Dee. Stove Cafe. Perut rasa lapar sangat! Kalau boleh, semua hendak dimakan .... ahaks!

Set Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang

Amie memesan Set Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang. Pesanan tiba 15 minit kemudian. Besar jugalah saiz ikannya dan masih panas keluar dari kuali. Harganya pula, memang mampu bayar.


Set Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang dihantar ke meja seperti berikut:
  • Nasi Putih
  • Ikan Bolu Tanpa Tulang Goreng
  • Kerabu / Acar Mangga
  • Keropok
  • Terung Goreng
  • Tempe Goreng
  • Timun & Daun Salad
  • Sambal
  • Sup Kosong
Set Nasi Ikan Bolu Tanpa Tulang - RM13.50 sen.

Encik Suami : Teh Lemon Ais

Amie : Apple Squash

Fried Wonton


Encik Suami hanya memesan Fried Wonton. Amie minta tambah satu set lagi, takut Encik Suami tak kenyang... ahaks!

Teringat pula Firdaus suka masakan Korea. Amie memesan satu set Korean Spicy Chicken. Inilah akibatnya kalau perut sangat lapar, semualah hendak dirasa! Akhirnya tidak terjamah, dan kami minta bungkus bawa pulang.

Korean Spicy Chicken


Tak tahu apa rasa Korean Spicy Chicken ini sebab Encik Suami bawa ketika ambil Firdaus di sekolah. Seperti kelmarin, Encik Suami bawa Firdaus untuk tukar pakaian di rumah kakak ipar. Selepas solat maghrib, Encik Suami hantar Firdaus ke sekolah agama untuk mengikuti kelas malam bermula pukul 7:00 sehingga 9:00 .


26 ulasan:

  1. Bila lapar semua rasa nk kan he hee
    Nmpk semua sedapp

    BalasPadam
  2. Menarik betul set nasi ikan bolu tu Kak Amie... berbaloi sangat dgn harganya tu

    BalasPadam
  3. sedapnya ikan bolu tu...murah satu set dapat gitu..

    BalasPadam
  4. Hahaha.. tu la dia bila pergi dalam keadaan lapar, semuanya rasa nak terkam. Sy pun tak cukup kalau wonton tu Kak Amie. Ikan bolu, kalau sebut namanya nampak macam kecik ya, besar gedabak jugak tu. Senang makan kalau dah dibuang tulang-temulang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak besar sebab belah dua kot. Senang nak makan yang tak bertulang.

      Padam
  5. Bila lapar, yang anak suka pun tiba² ibu dia nak makan..hihihi

    BalasPadam
  6. Kenapa la makanan kat sana murah- murah...nak pindah sana la....hahahaha....

    BalasPadam
  7. Terliur betul nengok ikan bolu goreng tu kak, nampak sedap dan tebal betul isi nyha

    BalasPadam
  8. ikan bole tu ikan aper? first time dengar. tapi nampak sedap nampak masak macam tu. ala2 fish n chip

    BalasPadam
  9. Kalau pi time perut lapor memang semuanya nak tapi bila tenguk set ikan bolu tu yang besor sekali ikannya kalau makan ikan tak makan nasinya pun udah kenyang. Murahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar kan saiznya. Saya tak habis makan nasi, ratah ikan dengan kerabu mangga.

      Padam
  10. Ammi membayangkan harga set ikan bolu tu dalam 20++. Ohhhh tidak rupanya

    BalasPadam
  11. Tuh laah, kalo lapar memang banyak yg Dimau ya kak, tp setelahnya terpaksa take away 😄.

    Saya kalo ikan bolu juga lebih suka yg tanpa tulang. Kalo ada tulang memang tak nak makan

    BalasPadam
  12. Senanglah makan ikan takde tulang.. nampak crispy pula ikan bolu tu.

    BalasPadam
  13. Ya ampunnn...tergodanya tengok hidangan ikan bolu tu. Harga murah dengan porsi macam tu. Makan berdua pun boleh kenyang ni. Kita kalau tengok menu semua sedap-sedap rasa macam nak order macam-macam je. Sudahnya bungkus juga. hihi...Padat jadual Firdaus sampai ke malam.

    BalasPadam