Pages

Sabtu, 28 Jun 2025

Makan Malam di Roof Garden Lounge Lai Alliance Hotel

Bismillahirrahmanirrahim.
Di tempat penginapan kami ada tempat makan di tingkat 10 bangunan, dengan kata lain di rooftop. Dibuka dari pukul 4:30 petang hingga pukul 1:00 malam. Kami tidaklah lapar sangat tetapi hendak juga makan makanan ringan-ringan dan minuman panas.

Tempat makan di sini tenang dan selesa tetapi cahaya lampunya suram-suram saja. Gambar pun tidak berapa jelas. Dari atas bumbung hotel boleh kita lihat persekitaran bandar Tawau yang penuh cahaya lampu.

Nachos Supreme

Puas hati dapat makan Nachos Supreme yang membuka selera. Terhidang dalam keadaan panas dengan lelehan keju dan daging cincang di atas kerepek kentang yang rangup. Oleh kerana Nachos Supreme datang dahulu, jadi kami makan bertiga. Puas hati dapat makan tapi tak puas makan sebab ada dua pembantu di kiri kanan.... ahaks!

Encik Suami : Honey Lemon

Amie : Apple Juice

Kononnya hendak minuman panas, tapi terpesan pula jus epal. Sedap pula rasanya, masam manis dengan campuran asam boi.

Firdaus : Soft Drink


Amie : Nachos Supreme

Firdaus : Crispy Chicken Chop


Nampak kuning keemasan chicken chopnya. Garing di luar, lembut didalam. Firdaus memang begitulah, kentang goreng juga yang dicari. 

Encik Suami : Thai Beef Salad

Thai Beef Salad

Inilah rupa salad segar dari negeri tropika di seberang sana. Dalam semangkuk Thai Beef Salad mengandungi daun salad segar, hirisan timun, nanas, tomato serta cili dan  bawang Holland. Duduk berterabur di atasnya tapi nampak anggun sudah tentunya daging panggang sebagai pelengkap hidangan. Rasa sos Thai menjadi penambah aroma dan rasa yang begitu sempurna untuk dinikmati.

22 ulasan:

  1. Nachos supreme dan minumnya honey lemon....ah betapa sedapnya apalagi tempat makannya di ketinggian begitu ya Mbak.

    Salam.

    BalasPadam
  2. Cahaya suram ala romantik pulak kan. Kak Amie tak ambil permandangan di rooftop? Mesti menarik permandangan di waktu malam. Nanchos dapat dulu, ada pembantu kiri kanan mesti cepat habis. hihi...Agaknya tekak tiba tiba nak minum air sejuk kot daripada air panas. Segar tekak dapat minum air epal jus. Firdaus dah kentang goreng berpisah tiada. Budak budak suka makan kentang goreng kan, samalah dengan anak buah saya. Itu yang dia suka. Thai beef salad nampak juicy dagingnya. Teringat pulak daging bakar Danok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada Kak Amie ambil gambar pemandangan di rooftop tapi tak terang. Jus epal tu terasa masamnya, sedap! Apalagi ditambah asam boi, bertambahlah sedapnya.

      Padam
  3. Makanan² macam ni sangat menyelerakan bagi sy. Tapi, memang sesuailah tu Kak Amie minum Apple Juice.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang Kak Amie peminat jus epal hijau.

      Padam
  4. firdaus xlepas dgn kentang goreng feveretnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak PI. Firdaus dengan kentang goreng memang berpisah tiada.

      Padam
  5. Oh di Tawau, saya ingat di Alhambra sana 😅
    Lampu suram utk suasana lebih romantic agaknya hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinggalkan entri Alhambra seketika.
      Kita ke tawau dulu hehehee.

      Padam
  6. sedapnya beef salad cicah sos Thai...nachos supreme tu nampak yummy!!

    BalasPadam
  7. Thai beef salad tu nampak yummyyy!

    BalasPadam
  8. Namanya pun pembuka selera... sikit-sikit makannya.. lagi-lagi kena kongsi lah pulak ya 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sengaja order yang ringan-ringan saja sebab perut masih kenyang makan mee tarik.

      Padam
  9. Alahai portion salad tu nampak sikit je kak...aik firdaus minum air apa tu..x kan ais kosong...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya pinggan salad tu tengah-tengah dia melengkung ke bawah. Nampak macam pinggan leper saja ye. Banyak isi salad di bawahnya tu. Makan berdua dengan Encik Suami, tapi tak habis. Firdaus minta soft drink - dalam gelasnya tu Sprite.

      Padam
  10. Nachos supreme nya bikin teringin pula 😍😍😍😍😍. Memang appetizer seperti ini tak cukup pesan seporsi kalo makan dengan kluarga kak. Tp kalo pesan banyak, main course jadi tak habis 😄

    BalasPadam
  11. Memang sedap nachos tu. Tujuan asal hendak makan yang ringan saja tapi banyak peminatnya pula hehehee.

    BalasPadam