Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi setelah menghilangkan diri hampir 10 hari. Hari ini 9 Zulhijjah dan selamat menunaikan puasa sunat Arafah. Semoga mendapat keberkatan daripada-Nya. Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kepada yang menunaikan ibadah korban, semoga dipermudahkan segala urusan.
Dua hari lepas Amie jejakkan kaki ke LD setelah lapan hari mengukur jalan ke negara jiran, Brunei Darussalam dan negeri jiran, Sarawak Bumi Kenyalang. Memandangkan esok hari raya, dan tiada sebarang persiapan yang dibuat jadi kami (gang kaki jalan) sepakat membeli pelbagai Kek Lapis Sarawak untuk dijadikan sebahagian daripada juadah raya.
Tidak lengkap rasanya kalau sudah jejak ke Bumi Kenyalang, tidak membawa Kek Lapis Sarawak. Itulah istimewanya identiti negeri Sarawak yang mewah dengan kek lapis yang dihidangkan setiap kali menyambut perayaan seperti Aidil Fitri, Hari Gawai dan Tahun Baharu Cina. Malah kek lapis boleh ditemui dan dibeli pada hari-hari biasa setiap masa sepanjang tahun.
 |
Kek Lapis Sarawak siap dipotong dan simpan dalam peti sejuk. |
 |
Macam-macam rupa bentuk Kek Lapis Sarawak. |
Sewaktu berada di Miri, kami singgah di Pasar Malam Saberkas. Teruja sungguh melihat tidak terkira banyaknya Kek Lapis Sarawak. Pelbagai rupa, pelbagai warna, pelbagai bentuk dan pelbagai rasa.
Harganya pula sangat mampu beli. Sepotong Kek Lapis Sarawak seperti gambar di atas hanya berharga RM25.00 sahaja.
Namun begitu, hasrat untuk membeli terpaksa dibatalkan kerana peniaga Kek Lapis Sarawak beritahu kami, kek yang dijual ini hanya mampu bertahan di bawah lima hari sekiranya tidak disimpan dalam peti sejuk. Memandangkan kami masih mempunyai baki lima hari empat malam, jadi risaulah pula kek akan rosak dalam perjalanan balik ke LD.
 |
Kek Lapis Sarawak di Pasar Malam Saberkas. |
Keesokan harinya kami ke Kedai Kek Lapis Siti Payung. Melihat pelbagai jenis bentuknya, tidak sabar rasanya hendak masukkan ke dalam bakul. Alhamdulillah, di sini Kek Lapis Sarawak mempunyai tarikh luput yang agak lama sehingga ke tahun 2026. Harga Kek Lapis Sarawak biasa RM18.00 manakala Kek Lapis Roll RM29.90.
Setelah mencicipi pelbagai tester kek lapis dan melihat harganya juga mampu beli, maka kami pun tidak bertangguh masa untuk memilih. Menurut pekerja di situ, banyak jenis kek yang sudah habis dijual. Jadi, kami pun pilih sahajalah mana yang ada.
 |
Kek Lapis Sarawak di Kedai Siti Payung. |
 |
Salomaa Kek Lapis Sarawak |
Keesokan malamnya kami singgah di sebuah mall. Tak ingat apa namanya. Jumpa lagi Kek Lapis Sarawak. Apa lagi, melontarkan sekali lagi di sini. Oleh sebab terlalu banyak jenisnya, rambang mata pula hendak memilih! Terlupa pula sudah beli banyak kek lapis di Kedai Siti Payung!
Kek Lapis Sarawak di sini berharga RM15.00 sebungkus kecuali kek belacan, kek lumut, kek buah dan beberapa jenis kek lain.
Meriah sungguh! Mabuk jadinya sewaktu hendak memilih!
 |
Pagi tadi merajinkan diri memotong kek lapis yang dibeli. |
 |
Roll Peanut Butter |
 |
Roll Kayu Manis |
 |
Roll Durian |
 |
Roll Strawberry Almond |
 |
Roll Oren Kopi |
 |
Kek Lapis Mango |
 |
3 Rasa Masam Manis & Lapis Mazolla Peanut |
 |
Durian Layer & Neslo (Nescafe Milo) |
 |
Lapis Pandan Cheese |
 |
Roll Hawflakes
|
Jemput beraya makan Kek Lapis Sarawak di rumah kami.
mengancam kek lapis sarawak rajin betul pengusahanya kreatif cantik salam aidiladha amie n fmili
BalasPadamrambang mata tak nak beli yang mana, banyak sangat pilihan. skrg dah ade kek lapis sarawak bentuk bulat ye... igtkan bentuk empat segi jer
BalasPadamYa Allah, banyaknya. Mahu berpotong² masuk ke perut sambil memotong kek lapis, hihihi.
BalasPadamMasyaAllah meriah sungguh ni kak Amie! Cantik lepas dipotong.
BalasPadamwaaahhhh juling mata tak tahu nak pilih.. rasa nak beli semuaaaaaaaa kalau ada dpn mata ana ni!
BalasPadamYa Allah bahagianya duduk di sarawak, hari2 boleh makan kek lapis. Saya paling suka kek lapis sarawak!
BalasPadamPuas hati dapat borong kek lapis nie..
BalasPadamKue-kue lapis itu tampak cantik sekali dengan berbagai kombinasi warnanya Mbak.
BalasPadamSaya suka kue lapis. Disini ada kue lapis basah, ada juga kue lapis legit. Sepertinya foto-foto kue lapis yang Mbak tampilkan disini termasuk disebut kue lapis legit.
Btw, selamat hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.
Salam,
Salam Idul Adha kak...
BalasPadammeriah.... bling² mata nengok kek lapis dan tupperware tu 😁
salah aidil adha amie. wahh memborong kek lapis yea. cantik2. kat sini, tak kira musim perayaan or tak, mmg sentiasa ada yg jual kek lapis.
BalasPadamMasya-Allah, cantiknya saya tengok, pelbagai jenis kek lapis. 😍😋
BalasPadamSalam Aidiladha, kak amie.
Uwaaah kakak baru dari Brunei rupanya yaaa... Ditunggu cerita2 nya nanti di sana kak Amie 😍.
BalasPadamSaya lihat aneka bentuk kek lapis nya langsung serasa nak terbang ke Sarawak 🤣🤣. Macam mana lah mereka buat lapisan berbentuk cantik macam tuh 😍😍😍😍. Ada aneka rasa pula. Ini confirm kak , saya bakal kalap rasanya. Beli berbagai macam rasa 🤣❤️❤️. Insyallah THN depan jadilah ke sarawak
BalasPadamRambang mata kalau nak memilih kek lapis Sarawak ni. Semuanya kelihatan sedap-sedap. Cantik pulak tu. Ye, betullah tu tak lengkap kalau tak beli kek lapis Sarawak kalau dah ke Sarawak tu. Ooo keknya tak tahan lama juga ye. Banyak juga kak Amie borong tu. Dapatlah juga dijadikan hidangan di hari raya.
BalasPadamMacam mana le si pembuat kek ada idea untuk membuat pelbagai jenis kek lapis. semuanya nampak sedap
BalasPadam