Pages

Ahad, 29 Jun 2025

Jalan-jalan ke Teck Guan Cocoa Village - Cocoa Culture Spring

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya tiada perancangan untuk ke tempat tertentu selama tiga hari dua malam kami berada di Tawau. Rasanya, hanya sekadar makan tidur sahajalah atau dengan kata lain berehat-rehat sahaja. Encik Suami pula asyik bercerita tentang Teck Guan Cocoa Village, tempat yang telah dilawati oleh kakak ipar Amie pada minggu lepas. Tak pasal-pasal pagi Sabtu, sungguh-sungguh diajaknya kami ke sana. jadi, selepas sarapan di Hotel LA, kami pun terus bergerak ke sana.

Perjalanan memakan masa lebih 40 minit dengan jarak lebih kurang 30 kilometer dari bandar Tawau. Tempat tersebut dibuka kepada para pengunjung pada pukul 10 pagi. Kami sampai 15 minit awal dan kena menunggu 15 minit lagi untuk beli tiket masuk.

Pintu masuk ke Teck Guan Cocoa Village.

Setelah memandu selama 15 kilometer, kereta membelok ke jalan masuk Teck Guan Cocosa Village dan sambung perjalanan sejauh 16 kilometer lagi. Sebelum sampai ke destinasi, kami sempat sesat masuk ke Pusat Penyelidikan Pertanian di Qouin Hill.


Ditubuhkan pada tahun 2002, Teck Guan Cocoa Village terletak di Bukit Quoin, kawasan yang terkenal dengan tanah gunung berapi yang subur, sesuai untuk penanaman koko. Teck Guan Cocoa Village pernah menjadi estet pengeluar koko yang berkembang maju, dengan pengeluaran tertinggi pada 1980-an apabila Sabah merupakan salah satu pengeluar koko terbesar di Malaysia. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2000-an, pengeluaran koko semakin berkurangan disebabkan oleh cabaran ekonomi dan pertanian. Hasilnya, pihak pengurusan ladang secara beransur-ansur telah menggantikan sebahagian besar ladang koko dengan pokok kelapa sawit, beralih ke arah model pertanian yang lebih menguntungkan. Hanya sebahagian kecil pokok koko yang tinggal, dipelihara terutamanya sebagai tarikan pelancong dan bukannya untuk pengeluaran berskala besar.


Inilah tempat letak kereta para pengunjung. Kawasannya sangat luas dan yang menariknya sudah tentulah tempat letak kereta bersimen dibuat khas di bawah pokok kelaa sawit.



Sebelum beli tiket sempat jalan-jalan bawah pokok kelapa sawit dan melihat-lihat pokok-pokok koko.

Pokok-pokok koko.


Tepat pukul 10 pagi kami terus ke kaunter untuk beli tiket. Ada dua jenis tiket yang kami beli. Tiket pertama kami beli untuk ke Cocoa Culture Spring dan satu lagi untuk ke Teck Guan Cocoa Museum. Tiket untuk dewasa berharga RM10 dan kanak-kanak RM5. Jadi kesemuanya RM50.00.

Setelah beli tiket kami menunggu lebih kurang 15 minit untuk bergerak ke Cocoa Culture Spring dengan menaiki sejenis kenderaan lasak seperti gerabak kelapa sawit.


Sementara menunggu gerabak penuh, sempat masuk ke bilik air. Unik betul sinkinya.



Terpandang produk koko di bahagian dalam, ah... nantilah! Kita ke Cocoa Culture Spring dulu.


Inilah kenderaan lasak yang berulang-alik membawa para pengunjung ke Cocoa Culture Spring. kalau hendak gunakan kenderaan sendiri pun boleh, tapi kena beli tiket masuk juga.

Terasalah diri seperti buah kelapa sawit apabila duduk di gerabak dan melalui jalan gravel.


Lebih kurang 15 minit, sampailah kami ke Cocoa Culture Spring.


Cocoa Culture Spring merupakan kawasan hutan hujan yang tenang dengan enam air terjun, termasuk Air Terjun Majesty setinggi 75 kaki. Pengunjung boleh memulakan perjalanan alam semula jadi melalui denai yang diselenggara dengan baik, menikmati ketenangan hutan dan formasi geologi yang unik, seperti formasi basalt kolumnar berusia 27,000 tahun yang terhasil daripada aliran lava purba.

Menurut pengawal di situ, perjalanan turun ke bawah hanya memakan masa selama dua minit sahaja. Tempat tujuan kami adalah kawasan air terjun.

Jom kita turuni anak-anak tangga.


Bermulalah langkah menuruni anak-anak tangga yang curam.


Teruskan perjalanan!



Mari turun perlahan-lahan menuju ke tempat air terjun yang pertama. Rasanya kami hanya akan berada di tempat air terjun yang pertama dan kemudian naik semula ke atas. Walaupun hanya dua minit menuruni anak tangga, tidak bermakna dua minit juga ketika menaiki anak tangga waktu pulang nanti. Eh, rasa semput pula mengenangkan kena daki anak tangga yang curam!




Memang kena berhati-hati sewaktu melangkah. Kelebaran dan ketinggian anak-anak tangga tidak sama di satu-satu tempat. Mujurlah ada tali untuk berpaut. 


Sudah nampak bumbung cafe. Cafe ini dua tingkat.


Itu dia, kelihatan air terjun dengan suaranya yang menderu-deru. Firdaus sudah tidak sabar untuk sampai ke bawah.

Air Terjun

Firdaus : Teh Tarik Ais

Tempat duduk di tepi kafe sudah dipenuhi pengunjung lain. Mereka minum sambil menikmati keindahan alam semula jadi, termasuk bunyi deri air terjun dan unggas hutan. Kami duduk sahaja di meja bahagian dalam. Rasa sejuk berada di sini. Tiba-tiba rasa lapar pula. Jadi kami memesan minuman dan makanan ringan.

Amie : Lemon Tea Ice


Pesan dua minuman panas honey lemon untuk Amie dan Encik Suami. Tamaknya, sampai beli dua jenis minuman panas dan sejuk!


Sedaplah pula teguk honey lemon panas dalam suasana dingin di tepi air terjun!


Macam-macam serangga yang ada di sini. Salah satunya, ulat bulu yang datang entah dari mana merayap-rayap di atas resit pembayaran.


Suasana di kafe.

Cheezy Fish Tofu

Soto Beef Premium


Encik Suami kata Soto Beef Premium ini sedap!

Makan dan minum sambil menikmati deru air terjun dan kedinginan suasana di dalam hutan.


Harapnya Firdaus tidak ajak turun ke bawah sebab kami hendak naik semula ke atas. Mudah-mudahan dia terlupa hasratnya untuk bagi makan ikan di anak sungai!



Salah tekaan kami! Firdaus sudah beli makanan ikan! Dia cepat-cepat turun ke bawah dan ajak kami ikut sama! Aduhai.... kesian pula kalau tidak diturut kehendaknya. Jadinya, Amie pun perlahan-lahan menurutinya dari belakang.

Nampak macam sunyi saja tempat ini. Sebenarnya ramai pengunjung. Amie tunggu tempat itu lapang dari orang ramai, barulah ambil gambar Firdaus.


Jangan lupa, di sini ada enam air terjun! Ini baru kawasan pertama.

9 ulasan:

  1. Masa kecik dulu ayah Cie tanam koko kat kebun. Pernah la merasa makan buah koko masak, jemur koko untuk dikeringkan & dijual.

    BalasPadam
  2. Hidden gem betul cafe ni. Jauh betul perjalanannya. Best betul menikmati permandangan air terjun sambil makan. Makanan pulak tu sedap. Hihi..Firdaus lagi cepat bertindak daripada sangkaan mommy dan babahnya. Tapi tangga tu sangat tak mesra lutut. Risau betul kalau curam nak turun ke bawah tu. Kena extra berhati-hati kalau ada laluan berlumut tu. Seronok juga jalan-jalan santai tanpa perancangan. Pergi je ke mana-mana yang dirasakan menarik.

    Pokok koko ni dah semakin pupus. Dulu ada orang kampung saya tanam koko, pernah ikut anaknya ke kebun koko. Sedap betul dapat makan koko fresh. Sekarang dah tak ada dah, diganti dengan tanaman sawit dan getah.

    BalasPadam
  3. bercuti dalam alam semula jadi tenang n damai

    BalasPadam
  4. Firdaus dah rancang tu.. rugilah tak turun pijak air kalau dah sampai. Cepat-cepat beli makanan ikan.
    Macam tak ada orang mandi pulak ya.

    BalasPadam
  5. Cantik tempat rekreasi macam ni. Ada banyak air terjun ye, kak Amie. Mesti sejuk dapat celup kaki dalam air, sambil tengok pokok-pokok hijau.

    BalasPadam
  6. Firdaus awal- awal dah merancang, Kak Amie yang leka ni...hehehehe..apapun elok jugak Firdaus turun..kalau tak kami semua x dapat pemandangan cantik setiap air terjun tu kan

    BalasPadam
  7. Tempatnya asyik juga untuk dikunjungi bersama keluarga ya Mbak.
    Sepertinya sejuk udara disana. Ada air terjun juga dan air sungainya terlihat jernih... Suasana alami yang membuat diri kita betah berlama-lama disana.

    Salam,

    BalasPadam
  8. Bagus juga kalo perkebunannya dibuat jadi tempat wisata begini yaaa ❤️. Bisa kita belajar ttg pohon2 yg ditanam. Tp jujur perkebunan sawit saya agak seram. Sebab di sini banyak sangat ditemukan hewan2 melata kayak ular piton di kebun sawit 😅😅.

    BalasPadam