Pages

Selasa, 24 Jun 2025

Bienvenido al Hotel Abades Loja - Welcome to Hotel Abades Loja

Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila perut sudah kenyang, badan pula letih! Nak buat apa? Tentulah hendak berehat. Campakkan beg, dan campakkan diri atas katil. Tidur nyenyak hingga ke pagi! Apalagi, sebaik sahaja buka tolak daun pintu, terus terpandang katil bercadar jingga yang menghangatkan. Memang betul-betul mengundang diri untuk terus rebah di atas tilam.

Bilik 229 Hotel Abades Loja

Hotel Abades Loja terletak di KM189, Loja, Granada, Spain.

Selamat Datang ke Hotel Abades


Dalam almari di sebelah sanun ada dua helai selimut. Tapi bantalnya leperlah pulak. Kita lipat bantal supaya lebih tinggi sewaktu tidur.




Bilik hotel ini nampak ringkas sahaja.
Selama kami kembara, tak pernahlah sempat buka televisyen di mana-mana hotel.


Jom masuk bilik air.


Apa boleh buatlah, tandasnya memang sama, seperti tandas di negara Eropah yang lain.


Bilik air di hotel ini gaya lama, ada bath tub. Ikutkan hati hendak berendam lama-lama dalam air hangat, tapi memikirkan sudah larut malam jadi celuo-celup dan siram-siram sikit sajalah. Memikirkan sudah berjalan jauh di lorong-lorong sekitar Albaizin, entah apa benda yang mengikut dan melekat... ahaks! Baiklah bersihkan badan sebelum tidur.


Memang bilik air betul-betul gaya lama. Sabun mandi dan syampu pun fesyen zaman dulu juga.





Air mineral ini Amie beli di kafetaria. Rasanya waktu siang tidak cukup minum air 500 ml yang dibekalkan! Hendak minum banyak takut tak jumpa toilet pula, maklumlah dalam bas tidak ada toilet. Risau juga badan kurang air, jadi teguk sahajalah air mineral. Harapnya tidaklah terbangun waktu malam untuk ke bilik air. Sudahlah suhu sangat sejuk.


Sudah selesai bersihkan diri, terus tunaikan solat jamak maghrib dan isya. Tidak tunggu lama untuk tarik selimut.



Sebelum lelapkan mata, sempat melihat bacaan suhu ketika itu. 1'C! 

Bismika Allahumma ahya wa amut.


Ketika terjaga pukul 4 pagi, suhu sudah mencecah 0'C.
Pagi ini kena bersiap awal, sarapan awal dan bergerak awal menuju ke Alhambra.


10 ulasan:

  1. Katil, langsir warna kuning ala2 diraja gitu 😁 walaupun hotel lama, tapi nampak selesa jugak tu, spacious juga ruangnya

    BalasPadam
  2. Suhu peti sejuk ni. Leper betul bantalnya tak selesa nak tidur.

    BalasPadam
  3. Biliknya okaylah walaupun serba lama. Kalau travel ni, bilik hanya persinggahan sementara untuk rehat. Leper sungguh bantalnya. Kalau ada dua boleh juga double kan. Tapi bila dah penat, letak kepala auto tidur terus. Hihi…

    BalasPadam
  4. Bila travel, bilik hotel bersih kemas selesa, cantik dipandang, dah memadai bagi kami lah. Untuk tidur mandi dan melepaskan penat kan Kak Amie

    BalasPadam
  5. Tenguk tandas macam tu emmm terfikir macamana nak guna ye. Hotel hanya sebagai satu persinggahan untuk tidur dan merehatkan badan.

    BalasPadam
  6. sedap mata memandang bila bilik tu kemas dan bersih kan...yang penting lena tido...

    BalasPadam
  7. Warna seprei tempat tidurnya cantik sekali Mbak.
    Dengan memandangnya saja sudah tambah kantuk dan segera ingin rebahan.
    Selamat tidur dan semoga mimpi indah, Mbak...

    Salam,

    BalasPadam
  8. Tu bangun pagi pijak lantai jubin tanpa selipar mau panjat balik katil.... sejukkkkkkk

    BalasPadam
  9. Badan dah penat berjalan, memang nampak tilam terus rasa nak tidur je kan kak. Walaupun gaya lama tapi nampak kemas dan bersih biliknya.

    BalasPadam
  10. Bila dah penat... Sampai hotel mmg nak lelap jer ... Hotel pula mcm suram warna nya tapi tak apa lah janji selesa kan..

    BalasPadam