Pages

Rabu, 14 Mei 2025

Sutera Aloe Vera

Bismillahirrahmanirrahim.
Kami sempat singgah di sebuah gedung fabrik mewah Kaktus Aloe Vera. Kain sutera yang dihasilkan di sini ditenun dengan menggunakan benang aloe vera.  Benangnya terdiri daripada 100% campuran sayuran filamen aloe vera yang diekstrak. Produk ini dihasilkan  untuk kualiti, kekuatan dan kecantikannya sejak beribu tahun. Proses untuk menghasilkan sutera tidak berubah selama berabad-abad. Setelah pokok kaktus dikumpulkan, daun berduri panjang dihancurkan, campuran dibasuh dan dibelasah, kemudian direndam dalam air untuk memisahkan gentian daripada filamen. Gentian itu kemudiannya dipintal dan ditenun untuk membuat benang sutera yang kemudiannya dicelup dalam pelbagai warna.

Unik bukan?

Pelbagai hasil daripada benang aloe vera.



Ada demonstrasi proses membuat benang dan juga cara menghasilkan tenunan sutera menggunakan benang aloe vera.


Dalam bahasa kita, aloe vera itu nama kampungnya pokok lidah buaya kot.

Hasil tenunan kaktus aloe vera.



Walaupun dihidangkan dengan pameran dan prose pembuatan kain dari benang aloe vera tetapi mata tetap terpaku memandang lantai, pintu, gerbang, dinding dan siling kedai... ahaks! Morocco ini... dimana-mana sahaja ada hasil seni bina dan seni ukir yang mengkagumkan!





Ini sahajalah paparan yang dapat dikongsikan. Malas hendak cari gambar yang lain. Entah di mana, sudah bercampur-campur dengan pelbagai gambar!

9 ulasan:

  1. Wahh first time tengok hasil tenunan dari aloe vera. Subhanallah. Cantik semuanya Kak Amie, geram betul tengok. Senibinanya, deko nya, semua unik dan cantik.

    BalasPadam
  2. Memang unik. Selama ni ingatkan ulat sutera aje yg mampu hasilkan benang sutera.

    BalasPadam
  3. Pernah tenguk kat tv daun nenas dibuat benamg dan dibuat baju kat pontian tapi tak femes sangat sebab promosi pun tak banyak. Ni tenguk alor vera cantik pulak hasil dia. Terpegun tenguk beg dia cantik2 hehehehe

    BalasPadam
  4. Cantik tenunan sutera aloe vera

    BalasPadam
  5. unik bahan membuat benangnya. tak tahu pon pokok aloe vera boleh menghasilkan benang

    BalasPadam
  6. Unik betul...macam benang ulat sutera la kan kak...tp yng buat SA confuse dan ada persoalan dihati..kuat erk benang dari aloe vera ni...cantik2 hasil dari filament aloe vera tu...SA ada 2 pasu aloe vera gemuk2 kat rumah...x tau la nak buat apa tu

    BalasPadam
  7. Tassel tu pun dari aloe vera juga kot eh... nampak lawa sebab ada shining.

    BalasPadam
  8. Sangat rare sutera aloe vera. Baru tahu kewujudannya. Seronok juga dapat lihat proses pembuatannya. Cantik betul hasil tenunan kain tu. Saya pun suka tengok tiles morocco style ni.

    BalasPadam
  9. Mana lebih mahal kak, sutra dari ulat sutra, atau sutra yg di uat dari aloe vera ini?

    Saya baru tahu ada sutra yg diolah dari aloe vera . Harap2 lebih murah 😄

    BalasPadam