Pages

Selasa, 20 Mei 2025

Singgah di Ladang Limau di Sebou River

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi Rabu 05.02.2025 - cuaca cerah walaupun suhu sejuk sepanjang perjalanan. Rasa hendak tidur sahaja tetapi sayang pula terlepas pandang pemandangan di luar. Setelah puas menyaksikan pemandangan tanah ladang pelbagai tanaman yang kebanyakannya sedang disemai, Majorel Voyage berhenti di kawasan tanaman limau di Sebou River.

Sebenarnya aktiviti masuk ke ladang limau tidak termasuk dalam itinerary. Barangkali itu ihsan Mr. Rachid dan pemandu Majorel Voyage. Ladang limau yang kami singgahi ini merupakan tanah milik persendirian.


Akibat terlalu teruja dapat masuk ladang limau sampai tak keruan rasa seronoknya! Tak tahu hendak bergambar gaya yang bagaimana.


Majorel Voyage turunkan kami di simpang jalan. Di seberang jalan sanun dipenuhi pokok limau, di seberang sini juga pokok limau! Masa yang diberi tidaklah lama, sekadar bergambar sahaja. Itu pun kena berhati-hati sebab masuk kebun. Ada tanah. Ada semak. Ada parit berair dan ada lumpur. Silap-silap masuk kebun orang, keluar penuh selut pula.


Di seberang kiri jalan, pokok limau buahnya lebat. Di seberang kanan jalan pula seperti sudah dipetik. Apa bila nampak di sana limau, di sini limau jadi kalau ambil seberapa banyak gambar sekalipun watak utamanya tetap buah limau!


Tangan sebelah capai buah limau yang tinggi, tangan satu lagi meraba-raba di rimbunan daun!


Sekarang kiri kanan tangan sudah ada buah limau!


Kawasan Sungai Sebou terkenal dengan pelbagai jenis tanaman, termasuk buah zaitun, beras, gandum, bit gula, sitrus dan anggur. Menurut Mr. Rachid, Sebou adalah sebuah kawasan di Maghribi (Morocco) yang terkenal dengan Sungai Sebou, salah satu sungai terpenting di negara itu. Lembah Sebou merupakan kawasan pertanian yang subur disebabkan oleh tanah yang kaya nutrien dan bekalan air yang mencukupi dari sungai tersebut.

Kawasan ini sangat sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan, termasuk buah limau (citrus). Iklim Mediterranean yang sederhana dengan musim panas yang panas dan kering serta musim sejuk yang lembap sangat sesuai untuk pertumbuhan pokok sitrus seperti limau mandarin, oren, limau nipis dan grapefruit atau limau gedang.

Penanaman limau meluas di sini disebabkan suhu yang stabil dan sinaran matahari yang mencukupi serta jenis tanah aluvium yang kaya mineral di Lembah Sebou. Sistem pengairannya berfungsi dengan efiisien serta penggunaan teknologi penanaman yang moden dapat meningkatkan hasil tanaman.






Sebenarnya takut juga hendak berjalan dekat dengan pokok, takut dalam semak ada binatang berbisa yang bersembunyi. Tangkaplah mana yang dapat sahaja.

Rakam video untuk kenangan.

Patutlah kalau makan tengah hari atau makan malam, kami dihidangkan banyak buah limau. Rupanya memang kami sampai ke tempat syurga limau! Buah sitrus Maghribi terkenal dengan kualitinya yang tinggi dan merupakan eksport penting untuk negara. Maghribi ialah pengeluar utama buah sitrus seperti limau mandarin, clementine, navel, nadorcott dan oren salustiana.. Selain di Lembah Sebou, buah sitrus ditanam di pelbagai wilayah, termasuk kawasan Souss-Massa, yang terkenal dengan pengeluaran sitrus yang banyak dan berperisa. Buah sitrus Maghribi dieksport ke seluruh dunia, dan Kesatuan Eropah menjadi pasaran utama selain Russia, Amerika Utara dan Kanada.

Tahukah anda, apakah buah kebangsaan Maghribi?
Buah Kebangsaan Maghribi ialah Buah Citrus of Orange atau Morocco Nadorcott Seedless .

Belanja lagi rakaman video pokok limau.





Sebenarnya geram betul melihat buah limau bergantungan dan banyak pula yang gugur ke bumi. Kami tak berani ambil, tapi Amie terpetik sebiji! Amie ambil gambar dan letakkan semula di bawah pokok! Tapi memang rasa sayang sangat melihat buah limau yang elok sempurna di atas rumput. Mungkin sudah cukup matang dan belum dipetik.

Di tepi jalan, ada pondok kecil tempat pemilik kebun limau menjual hasil tanamannya. Kalau tak silap harga sekilogram dalam MD12. Pekebun tanya Amie, hendak beli berapa banyak? Amie kata dua biji sahaja. Pilihlah, katanya. Apabila Amie minta timbang, katanya halalan! Alamak, dia bagi percuma pula. Syukran.

Rupanya, rakan-rakan lain pun dapat buah limau percuma juga!


Buah limau yang sudah masak, dipetik dari kebun.


Limau yang masak di pokok, rasanya berbeza sedikit berbanding buah limau yang kita selalu makan. Ada rasa masam sedikit tetapi di hujung lidah rasa manis pula. Aromanya pula, lebih segar,


Video pokok limau lagi.


Walaupun hanya singgah seketika di kebun limau, tetapi rasa gembira tidak terkata!

Kebun limau terlindung oleh pokok zaitun.

Terima kasih pekebun limau yang beri buah limau percuma. Semoga dimurahkan rezeki Allah, tanaman limau terus subur dan berbuah lebat!


14 ulasan:

  1. Aisssh senangnya, dibagi gratis. JD nak rasa buah jeruk 🍊 disana. Pasti segar dan fresh juga Krn baru petik. Saya suka kalo ada aktivitas memetik buah begini Kak.

    Memang gemaaaas lah liat pohonnya dipenuhi buah limau yg rimbun

    BalasPadam
  2. Wow... masuk ladang limau. Bestnya tengok, kiri kanan buah limau.

    BalasPadam
  3. Aduh amie.... kalau saya pun memang seronok beronok2 dapat masuk kebun limau yang sedang melayut2 macam tu. Teringat masa pi jeju dulu. Pi travel masuk kebun buahan lah yang paling best selain melihat pemandangan cantik di sekeliling. Kalau saya dah belasak-belasak kat pokok limau tu. hehehehe gerammmm

    BalasPadam
  4. Memang rambang mata Kak! Rasa macam nak terpa semua arah kan hihi...
    Bagus peniaga tu, semoga bertambah luas rezekinya

    BalasPadam
  5. Untung sangat dapat masuk ladang limau. Rezeki kak Amie dan rakan-rakan rombongan. Dapat juga buah limau percuma. Sedap tu makan buah limau segar dari ladang. Mahu tak happy dapat masuk ladang limau, bergaya sakan masing-masing.

    BalasPadam
  6. subur tanah kebun limau besar menjadi sedapnya buah segar

    BalasPadam
  7. geramm aihhh nengok limau tu.
    Penjual macam tak gamak nak jual 2 biji je.
    Rezeki semua lah dapat free je. Pasti rezeki tuan tanah berlibat ganda.

    BalasPadam
  8. First time tgk ladang limau.. mesti seronok sgt dapat petik buah limau fresh huhuu... Alhamdulillah dpt free... Rezeki tak pernah salah tmpt kan ☺️

    BalasPadam
  9. dalam handbag masing2 mesti penuh buah limau....

    BalasPadam
  10. Lebatnya pokok limau ni. Seronok dapat yang fresh.

    BalasPadam
  11. Selain pemandangan ladang limau ni...
    Mata tersalfok model yang bercelana champagne tu...slimnya..😍

    BalasPadam
  12. seronok tu...ingat boleh petik2 limau..x boleh rupanya...bergambar la banyak2 ye kak...tapi dapat limau percuma dari pemilik memang rezeki..

    BalasPadam