Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu.
Sarapan apa pagi ini? Kami beli saja makanan di pasar tani. Oleh kerana di sini kebanyakan peniaga menjual makanan tradisi masyarakat Bugis, jadi kami pun tidak banyak pilihan lain. Kami bawa pulang:
- Buras & Tumbuk
- Kapurung
- Sanggar Belanda @ Pisang Talamek
 |
Sarapan Menu Bugis |
Rakaman video hidangan masakan Bugis.
 |
Buras & Tumbuk |
Istimewanya, bukan sahaja pada hari raya kami dapat makan buras dan tumbuk, tetapi setiap hari kedua-duanya ada dijual di mana-mana gerai. Kalau beli buras atau tumbuk, akan disertakan sekali dengan serondeng kelapa dan sambal ikan bilis dalam satu harga. Sekiranya hendak makan buras dengan Ayam Masak Palekko, kenalah beli dalam bungkusan lain dengan harga RM5.00. Amie hanya beli buras dan tumbuk sahaja, dan masak sendiri Ayam Palekko.
Ayam Palekko yang dijual biasanya menggunakan ayam pencen atau ayam tua. Isinya kurang, dan kebanyakannya hanyalah bahagian kaki dan leher. Jadi, baiklah masak sendiri di rumah. Puas makan dengan buras dan boleh menambah-nambah!
 |
Ayam Masak Palekko hasil air tangan di dapur sendiri. |
 |
Serondeng Kelapa & Sambal Ikan Bilis |
 |
Tidak ketinggalan beli kapurung. |
 |
Kuah kapurung ini Amie tambahkan sardin dalam tin. Kuahnya nampak lebih menyerlah dan berasa. |
Apabila sudah selalu merasa kapurung di sana dan di sini, akhirnya dapatlah salah satu rasa yang disukai. Dapat fikiran, baiklah olah ikut citarasa. Jadi, tambahkan sardin dalam tin dan didihkan bersama kuah asal. Sedap! Nanti, kalau ada keberanian hendak buat kapurung sendiri. Setakat ini hanya melihat-lihat sahaja orang mengadun tepung ubi untyuk dibuat kapurung.
 |
Pencuci mulut pun kita beli dessert Bugis : Pisang Talamek @ Sanggar Belanda. |
 |
Sanggar Belanda @ Pisang Talamek |
 |
Jemput sarapan buras & Ayam Masak Palekko. |
Kapurung tu macam ambuyat ke? Teliur tengok menu sarapan tu. Tak pernah makan semua.
BalasPadamLebih kurang ambuyat sebab bahannya sama dari tepung sagu. Cuma saya tak pandai makan ambuyat sebab kena gunakan candas, tak mahir nak gulung-gulung. Kalau makan kapurung, sagunya sudah siap dibentuk, sedang sudu dan terus masuk mulut.
PadamMasyaa Allah...sedap sedap belaka..
BalasPadamSaya suka sangat tumbuk terutama versi pulut hitam..Tapi best la beli buras & tumbuk memang pakej sambal & serondeng..Sedap pulak tu
Buras tu macam ketupat jugakla kan? Selalu tgok kawan saya duduk sabah makan buras
BalasPadamIngatkan sarapan BUgis di Morocco. Rupanya di negeri bawah bayu. hehe
BalasPadamAduhh.. masih belum jumpa buras lagi ni.. walau ritu pergi JB. Mungkin kena tau daerah yang biasa buat buras.
BalasPadamkalau kat tmpt saya sekali sekala dapat sarapan macam ni mesti nikmat amat
BalasPadamwaduh nikmatnya. tak penah makan semua yang amie hidangkan ni
BalasPadamHidangan masakan bugis yang belum pernah saya cuba. Kalau ke Sabah ni wajib cubalah kan.
BalasPadam