Bismillahirrahmanirrahim.
Keluar dari pasar, kami menuju ke lorong seterusnya untuk makan tengah hari. Walaupun suhu sejuk tetapi badan berpeluh juga apabila berjalan agak jauh ke tempat yang dituju.
Keluar dari pasar, kami menuju ke lorong seterusnya untuk makan tengah hari. Walaupun suhu sejuk tetapi badan berpeluh juga apabila berjalan agak jauh ke tempat yang dituju.
Di Restoran Nejjarine ini kami dihidangkan dengan selera Maghribi-Fez yang merangkumi rasa tradisional budayanya. Walaupun Amie tidak mempunyai banyak pengetahuan dunia kulinari Morocco, tetapi tetap dapat merasakan hidangan yang disajikan merupakan resipi warisan. Ini sebenarnya melalui sedikit sebanyak bacaan yang Amie perolehi, dan juga melalui aroma masakan yang selalu disebut-sebut menggunakan rempah ratus istimewa di negara tersebut.
Hidangan tengah hari. |
Sebelum itu mari kita lihat gambar-gambar sebelum kami memasuki ruang makan di Nejjarine. Pada mulanya kami tidak menyangka, perjalanan kami yang melalui lorong-lorong sempit akan terhenti di hadapan sebuah pintu kecil!
Inilah pintu masuk yang dimaksudkan.
Ketika kami melangkah masuk menuruni anak tangga, ada barisan orang kulit putih yang sedang bergerak ke arah pintu keluar.
Laluan ini kelihatan sangat sempit! Walaupun kami membuat satu barisan untuk menuruni anak tangga, orang yang menaiki anak tangga pula terpaksa berhimpit-himpit untuk keluar!
Semakin kami turun anak tangga, semakin ramai pula orang-orang putih naik tangga dari arah yang bertentangan!
Tertanya-tanya pula, sebenarnya kami hendak ke mana? Hendak makan di restoran atau masuk ke dalam gua bawah tanah?
Hendak dikatakan gua, cantik berseni pula dinding dan bumbungnya!
Akhirnya sampailah kami di hujung pintu yang terbuka.
Oh, barulah nampak suasana tempat makan di sini.
Ruangan di sini agak luas dan berliku-liku, serta berbilik dan berlorong! Rasa terpegun melihat dekorasi ruang makan ini. Boleh tonton rakaman video di bawah ini.
Rakaman video ruang makan di Nejjarine.
Kami tidak berhenti di ruang makan ini, sebaliknya perlu menaiki tangga untuk naik ke atas pula. Lebar tangga hanya muat untuk seorang sahaja!
Bagi yang gayat terpaksalah meraba-raba dinding untuk sampai ke atas. Kemudian naik anak tangga lagi untuk ke tingkat seterusnya. Kalau tak silap ada tiga pusingan tangga.
Sempat menjenguk ruangan di tingkat kedua sebelum meneruskan pendakian ke tingkat ketiga.
Selepas itu, turun pula!
Sekarang kami berada di ruang makan khas untuk rombongan kami. Di hujung sana, itulah anak-anak tangga yang kami turuni sebentar tadi.
Duduklah kami di tempat masing-masing. Entah di tingkat atas atau di tingkat bawah tanah!
Inilah antara menu yang akan kami nikmati.
Amie pun sudah terlupa apa nama-nama makanan yang dihidangkan!
Kalau tak silap ada kentang, ada lobak merah, ada bunga kobis, ada kacang panjang....eh, entahlah.
Memang rasa tak puas hati tulis entri kali ini. Banyak jenis makanan yang Amie tak catat!
Penutup kon yang menutupi Ayam Tajine. |
Kalau makanan di dalam tajine ini memang Amie tahulah namanya, Ayam Tajine. Tajine ialah hidangan tradisional Maghribi dan juga nama periuk khas tempat ayam dimasak. Hidangan ini adalah rebusan yang dimasak perlahan, biasanya mengandungi daging (seperti kambing atau ayam), sayur-sayuran dan rempah ratus. Periuk tagine itu sendiri mempunyai penutup kon yang memerangkap wap, membolehkan bahan-bahan masak dengan lembut dan menghasilkan rasa yang mewah dengan aroma.
Semua memuji keenakan Ayam Tajine yang dihidang panas berwap dengan aromanya yang semerbak. Kami lebih suka makan roti dengan Ayam Tajine terutamanya kuahnya yang pekat dengan cukup rasa yang sempurna.
Ayam Tajine ini khusus untuk empat orang makan. |
Limau dan buah epal ini dihidang sepinggan untuk empat atau orang. Puaslah kami makan limau! |
Sewaktu menuruni anak tangga untuk keluar, sempatlah tangkap gambar anak-anak tangga di ruangan yang sempit itu tadi.
Pintu dari ruang makan menuju ke pintu luar.
Cantik sungguh dinding, bumbung dan lantainya. Sewaktu masuk ke sini tidak dapat dilihat dengan jelas sebab berpapasan dan berhimpit dengan orang putih yang keluar dari restoran ini.
Pengetuk pintu besi di pintu masuk restoran.
Di atas pintu gerbang restoran, ada bendera negara Morocco.
Kecil sangat kan pintunya? Tidak sangka di dalamnya ada ruangan yang istimewa untuk menjamu selera. Rasa tak percaya pula ada tempat cantik di dalamnya yang pada mulanya kami sangka akan masuk gua bawah tanah.
Sekarang kami akan bergerak meninggalkan Nejjarine Restaurant. Kami berjalan arah kanan. Di sebelah kiri pula, lorong kelihatan lengang.
Sekali pandang memang tidak siapa menyangka di sebalik lorong yang usang dan nampak terbiar ini, ada syurga makanan di dalamnya!
Bersusah-susah dahulu... berkenyang-kenyang kemudian
BalasPadamSelain dinding² yg cantik tu, mata Sy tertumpu kpd pinggan mangkuk nya juga Kak Amie. Lawa² sungguh!
BalasPadamBuah tu memang dorg tak potong ye. Terus hidang sebiji macam tu.
BalasPadamTengok dari luar macam tak expect pulak dalam tu ada restoran cantik yg sedap. Tapi sempit betul ruang nak masuk tu ye, muat seorang je yg lalu.
BalasPadamMenarik betul makanan tradisi morocco. Saya jadi tringin nak rasa yumzzz
Wah menarik ...syurga makanan yang tersembunyi tu..
BalasPadamDulu saya ingatkan tagine tu nama alat memasak yang bertutup macam kon tu..rupanya nama masakan yer ..
mencabar betul nak masuk makan ye. nasib baik berbaloi. kalau sesiapa klaustrofobia tak sesuai makan di sini
BalasPadamRestoren tampak exclusive.
BalasPadamTertarik dengan pinggan dan saprahnya. Lawa.
klasik senibina restoran tu, nampak mewah dan makanan pon nampak sedap
BalasPadamAda rahsia tersembunyi didalam bangunan rupanya
BalasPadamWah....cantik dan berseni sungguh orang- orang sana ye kak..dengan hiasan dinding, makanan dan pinggan mangkuknya...semua nampak mewah...sedangkan hanya lorong- lorong kecil sempit aje...rupanya ada restoran yang indah
BalasPadamSeninya tiada tandingannya. Fuhh...saya tengok gambar pun boleh rasakan kesesakan nak berjalan di lorong sempit tu. Mujur restonya luas dan selesa.
BalasPadam