Pages

Ahad, 4 Mei 2025

Orang Sabah Sarapan Apa Pagi Ini?

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu kawan-kawan.
Sudah tengah hari, baru hendak cerita sarapan pagi tadi.... ahaks!

Hari ini bermalas-malas sedikit sebab sepanjang dua hari lepas dari pagi sampai ke petang berada di ladang. Alhamdulillah, akibat keletihan jadi tidur malam tersangatlah lena sehingga tidak sedar malam tadi sekitar pukul 8:51 malam ada gegaran gempa bumi! Kita sangka kepala kita yang berpusing sebab tak cukup rehat! Waktu itu kita sudah lelapkan mata.  Rupanya gegaran gempa bumi dariSemenanjung Minahassa, Sulawesi!

Hari ini sempat jalan-jalan ke pasar tani mencari sayur dan buah, tetapi tidak banyak sayur pilihan sebab kami sampai sudah lewat pukul 10:30 pagi. Makanan pun banyak yang sudah habis. Tak dapatlah hendak makan ubi rebus cecah kelapa parut. Kononnya hendak beli ubi rebus makan dengan ikan kerisi goreng bvaku makan malam kelmari.

Tak apalah. Kita beli makanan lain seperti di bawah ini:

  • Kapurung
  • Mi Kari
  • Asam Laksa
  • Barobbo'

Menu Sarapan

Kapurung

Kita suka makan kapurung, tetapi tidak pernah cuba buat sendiri. Kalau hendak makan kenalah tunggu hari minggu. Biasanya ada dijual di pasar tani. Minggu lepas hendak beli, tapi tiada pula gerai yang menjual kapurung.


Setakat ini banyak versi kapurung yang pernah kita makan. Lain tempat, lain gerai dan lain penjual lain-lain pula bahan kuah dan sayurnya. Kena betul-betul faham barulah nanti hendak cuba buat.

Selesai sarapan yang terlewat hingga tengah hari, Fairuz telefon ajak kami keluar makan tengah hari. Terima kasih dik! Nanti kita keluar makan apabila perut kembali kosong ye.


TERKINI #INDONESIA [03 MEI 2025] Gempa bumi kuat telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 8.51 malam.

Koordinat : 0.5° Utara dan 121.6° Timur
Magnitud : 6.1
Jarak : 165 km Barat dari Gorontalo, Indonesia
Kedalaman : 10 km

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

#sumber – MET Malaysia



12 ulasan:

  1. Allahu...semoga tiada kemudaratan daripada gempa tersebut ..

    Enak belaka menu sarapannya tu

    BalasPadam
  2. Semoga yang baik2 aje. Menariknya menu sarapan yang takde di semenanjung.

    BalasPadam
  3. Saya sukar makan kalau makanan yang saya tak pernah rasa.

    BalasPadam
  4. Sedapnya menu especially Kapurumg tu.
    Belah kami tak ada rasa gegaran. Moga baik2 semuanya.

    BalasPadam
  5. sedapnya nampak kapurung. sini takda jual

    BalasPadam
  6. Banyak betul menu sarapan kat Sabah nun. Mungkin banyak kaum ada di sana jadi pelbagailah makanannya.

    BalasPadam
  7. Allahu, tak perasan news pasal gempa bumi ni. Semoga baik² semuanya 🤲🏻

    BalasPadam
  8. Mesti akak dh biasa dengan gegaran-gegaran skala rendah gini kan. Kalau tak biasa mesti seriau jugak kan... aduhai sedap semua menu akak

    BalasPadam
  9. Paling risau kalau berlaku gempa di negara jiran..pasti sesetengah tempat di Malaysia terasa gegarannya

    BalasPadam
  10. Saking dah sering mengalami getaran gempa, tapi mostly kecil, jadi macam dah biasa memang. Harap2 tak ada yg parah kerusakan di Sulawesi kemarin. Saya ada pasang juga alert gempa begini, dan hampir tiap hari ada saja gegara, tersebar merata.

    Tp pulau Kalimantan ini memang lah bisa dibilang teraman dari gempa, dibanding tempat lain di Indonesia.

    Kapurung itu saya penasaran. Dan nak sangat cobaaaa 😍😍😍. Kalo dr bentuk nampak enak. Kalo ada kuliner baru yg saya blm coba, langsung semangat memang. Mau tahu sepetj apa rasanya

    BalasPadam
  11. Kapurung tuh macam laksam ke? Semoga semua dilindungi daripada bencana gempa bumi

    BalasPadam
  12. Allahuakbar...Semoga Allah lindungi kita semua. Teringat gegaran tsunami masa study di Penang dulu. Pening rasa bila bergegar tu. Lepas tu sambung pening turun tangga dari tingkat 10.

    Unik-unik hidangan di Sabah ni. Kapurung dan Barobbo' tu macam baru dengar. Ke pernah baca sebelum ni tapi terlupa.

    BalasPadam