Bismillahirrahmanirrahim.
Apabila merujuk butiran gambar dalam galeri tertulis Bouderoua Beni Qualla, Maghribi. Itulah nama tempat persinggahan kami selepas meninggalkan ladang limau di Sebou River. Kami menikmati santapan tengah hari di La Pergola Restaurant.
Makan Tengah Hari di La Pergola Restaurant. |
Sebelum itu Amie kongsikan gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Sebou River. Sayang pula tidak dipaparkan di sini untuk kenangan dan bacaan akan datang. Gambar di atas menunjukkan tanaman kentang.
Barangkali ini sebahagian daripada lembah atau anak-anak sungai Sebou.
Sempat makan buah epal yang disimpan dalam beg sandang. Kalau tak silap buah epal ini Amie ambil di Nejjarine Restaurant sewaktu makan tengah hari di Fes. Senang hendak simpan dalam beg sebab buah-buahan yang dihidang sebiji-sebiji tak dipotong.
Cantik pula pemandangan di sini! Nun di sana kelihatan rumput hijau terhampar indah bersama bunga-bungaan berwarna kuning.
Walaupun secara umumnya, ketika kami sampai di Maghribi disambut dengan musim sejuk, tetapi negara ini mempunyai iklim sederhana, dengan corak cuaca yang berbeza dipengaruhi oleh lokasi Mediterraneannya. Negara empat musim ini mengalami cuaca panas merentasi bandar utamanya semasa musim panas, manakala kawasan padang pasir boleh mengalami haba yang berlebihan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa malam boleh menjadi sejuk, terutamanya di kawasan padang pasir dan altitud yang lebih tinggi.
Majorel Voyage berhenti bersebelahan dengan bas pelancong yang lain.
Bendera negara Maghribi berkibar di sanun.
Kalau ada yang perasan, baju sejuk yang Amie pakai tetap sama setiap hari. Sebenarnya dua pasang baju sejuk Amie tertinggal di rumah Bonda. Maklumlah, kelam-kabut. 29 Januari terbang balik dari KLIA1 ke LD. 31 Januari terbang semula dari Tawau ke KLIA2. Betul kata Kamsiah, Kalau musim sejuk, pakaian kita tidak berbau. Syukur Alhamdulillah! Memang tidak ada sebarang bau badan. Sama seperti di Kota Makkah. Walaupun panas tetapi berangin dan pakaian yang kita pakai tidak lembab memerangkap peluh seperti iklim khatulistiwa di negara kita.
Selamat Datang ke Restaurant La Pergola. |
Di ruang masuk restoran kelihatan longgokan kayu kering yang dibakar untuk mengeluarkan haba menghangat badan.
Semalam sudah berkenalan dengan Amirul Mu'minin, Muhammad VI di Hotel Sofea. Hari ini baginda menemani kami santap tengah hari di Restaurant La Pergola.
Hidangan tengah hari sudah menunggu kedatangan kami.
Nampak meriah sungguh hidangannya! Penuh warna-warni seolah-olah sebuah taman dalam pinggan. Agaknya dalam satu pinggan itu ada berapa jenis dan warna ya? Jom kita cari kerja tak bergaji, mengira jumlah bahan yang dihidangkan di bawah ini.
Rasanya ada 11 bahan termasuk nasi! |
Moroccan Bread - Khobz |
Buah zaitun. |
Cili Jeruk |
Sos Cili |
Tagine |
Dan... itu dia! Yang ditunggu sudah datang!
Setiap seorang dihidangkan pula dengan tagine yang panas dari dapur dengan aromanya yang sungguh menggoda selera.
Proses merenih di dalam bekas tembikar inilah yang membuatkan aromanya semerbak apabila dibuka. Kali ini tagine yang dihidangkan berupa daging bersama lobak merah, lemon yang diawet, kekacang dan rempah-rempahan.
Lobak merah yang lembut dan sempurna cukup rasa itu sangat sedap!
Dagingnya duduk sembunyi di bawah lobak dan kentang! |
Hidangan tengah hari diakhiri dengan pencuci mulut, puding karamel.
Alhamdulillah. |
Selepas makan, kita tinjau kawasan luar restoran pula.
Buah delima bergantungan di bahagian atas pokok. |
Luas kawasan La Pergola Restaurant ini.
Ini bahagian luar restoran. |
Jom intai apa ada di sebalik pepohon yang tumbuh berjajar-jajar di hadapan restoran ini.
Rupanya ada satu lagi ruang makan di bahagian luar berhadapan dengan tempat kami makan. Ruang makan ini berkonsep terbuka. Memang beginilah keadaan di negara-negara empat musim. Pada musim sejuk mereka mencari cahaya matahari. Kita pula kalau boleh hendak sembunyi dari pancaran cahaya matahari!
Pelayan restoran berulang-alik dari dapur ke meja makan terbuka di tepi kolam.
Amie akhiri cerita makan tengah hari di sini dengan kongsi bunga raya yang banyak berkembang di tepi kolam. Cantik warnanya, merah menyerlah. Adakah sama dengan bunga raya di negara kita?
Bunga Raya Morocco. |
Dah boleh buat buku dah ni.. Buku travel.
BalasPadamRajin tak rajin jew nak menulisnya kan.
PadamTenang nya pemandangan di sana... Seronok tgk... Sungai sungai tu alahaiii... Kalau duduk layan view sejam pun tak apa..
BalasPadamHeheee... ikut agen, touch and go jew.
PadamSihat betul makanan diorg sediakan...
BalasPadamBetul. Banyak sayurnya.
Padamcukup lengkap pelbagai warna dalam 1 hidangan. menarik nak makan ni.
BalasPadamKan.
PadamTagine tu yang tak sabar nak makan.
makanan vegetarian ke kak? alamak... tak makan la kalau saya,,,
BalasPadamMana ada vegetarian. Dalam tagine tu tersorok daging.
Padamwaduh waduhhh sedap-sedapnyaaaa semuaaaa ni kak amie!
BalasPadamKlasik sungguh, heater guna kayu bakar.
BalasPadamMeriah makanan dalam pinggan tu, menarik warna-warni.
Sedapnya semua menu. Colorful menarik sangat. Cuaca pun Alhamdulillah terang cantik.
BalasPadamMemang baguuus dan menggugah selera mereka buat platingnya. Dengan colorful macam tu, siapapun jadi teringin nak makan πππ. Penasaran dengan rasa. Sukaaa saya kalo makanan dihias cantik begini.
BalasPadamRestorannya pun bagus, biru cerah. Berpadu hijau dari tumbuhan sekitar ππ.
Cantik permandangan lembah sungai tu. Untung juga kan disediakan buah sebiji begitu. Dapat ambil buat bekal. Besar porsi lunch tu. Kenyang makan. Nikmat juga dapat makan puding caramel. Luas kawasan resto la pergola tu. Banyak pilihan tempat makannya pun.
BalasPadamSihat betul makanan diorang.
BalasPadamBunga raya 4 musim nampak cam lain sikit sebab yang kat sini bahagian kelopak ada lekuk-lekuk sikit.
1 pinggan macam-macam warna tu dia masak sama atau asing-asing tapi di satukan dalam pinggan. Nampak sedap dan meriah warnanya.
BalasPadamHidangan menunya menggoda urat seleraπ€π€£
BalasPadamingatkan sayur je..rupanya daging bawah timbunan sayur...
BalasPadam