Bismillahirrahmanirrahim.
Majorel Voyage meninggalkan Hotel Sofea dan meluncur di atas jalan raya yang dipenuhi dengan pemandangan ladang pertaniah di kiri kanannya.
Mr. Rachid menyampaikan info berkaitan pertanian di Maghribi. Katanya, selain ladang pokok argan, Maghribi kaya dengan hasil pertanian seperti barli, gandum, zaitun, buah sitrus serta anggur. Memandangkan kami datang di musim sejuk, jadi kami hanya dapat menyaksikan tanah ladang yang sedang dipugar semula untuk proses penanaman musim seterusnya. Ada juga pokok-pokok seperti pokok zaitun dan pokok argan. Namun begitu, menurut Mr. Rachid kebanyakan ladang di sini adalah milik persendirian.
Ladang pokok argan, |
Pengeluaran pertanian Maghribi melibatkan lebih kurang 40 % tenaga kerja penduduk. Selain hasil tanaman yang disebutkan di atas, Maghribi juga pengeluar oren, tomato dan kentang. Produk pertanian berkualiti tinggi biasanya dieksport ke Eropah. Maghribi menghasilkan makanan yang mencukupi untuk kegunaan domestik kecuali bijirin, gula, kopi dan teh. Lebih daripada 40% daripada penggunaan bijirin dan tepung Maghribi diimport dari Amerika Syarikat dan Perancis.
Memandangkan ladang-ladang yang masih belum ditanami, sukarlah hendak memastikan mana satu ladang gandum, ladang bawang atau ladang kentang. Barangkali kalau kami datang pada musim yang lain, sudah tentu dapat melihat tanam-tanaman tersebut di sepanjang perjalanan.
Tempat begini memang sesuai dengan tanaman pokok argan kerana separa gurun. |
Ketika ini matahari sedang memancarkan sinarnya tetapi cahayanya dihalang oleh kabus.
Sempat juga tangkap pemandangan di tepi jalan, suasana gerai jualan kraf tangan serta pinggan seramik.
Melihat latar petak-petak tanaman, seolah-olahnya hamparan pacthwork terbentang saujana mata memandang.
Benarlah apa yang diceritakan oleh Mr. Rachid tentang hasil pertanian di Maghribi. Amie sempat rujuk Pak Google tentang keluaran tahunan hasil pertanian Maghribi:
- 7.3 juta tan gandum - pengeluar ke-20 terbesar di dunia
- 3.7 juta tan bit gula
- 2.8 juta tan barli - pengeluar ke-15 terbesar dunia
- 1.8 juta tan kentang
- 1.5 juta tan zaitun - pengeluar ketiga terbesar di dunia, di belakang Sepanyol dan Itali
- 1.4 juta tan tomato - pengeluar ke-15 terbesar di dunia
- 1.2 juta tan tangerine - pengeluar ke-4 terbesar di dunia, di belakang China, Sepanyol dan Turki
- 1 juta tan oren - pengeluar ke-15 terbesar di dunia
- 954 ribu tan bawang
- 742 ribu tan tembikai
- 696 ribu tan epal
- 616 ribu tan tebu
- 500 ribu tan tembikai
- 480 ribu tan lobak merah
- 451 ribu tan anggur
- 319 ribu tan pisang
- 256 ribu tan lada cili
- 128 ribu tan buah ara
Kita cuci mata sajalah dengan pemandangan ladang yang sedang 'berehat' di musim sejuk di bawah ini. Walaupun Mr. Rachid mengatakan itu ladang bawang, yang di sana ladang gandum tetapi kami pun tidak tahu mana satu pokoknya sebab hanya memandang dari kejauhan!
Setiap tahun Maghribi menghasilkan dua pertiga daripada bijirin terutamanya gandum, barli dan jagung yang diperlukan untuk kegunaan domestik. Negara ini mengeksport buah sitrus dan sayur-sayuran ke pasaran Eropah, industri wainnya dibangunkan, dan pengeluaran tanaman komersial seperti kapas, tebu, bit gula, dan bunga matahari semakin berkembang. Tanaman yang lebih baru seperti teh, tembakau dan kacang soya telah melepasi peringkat percubaan.
Majorel Voyage sudah memasuki kawasan Sebou River. Di sini kami melewati ladang limau. Alhamdulillah, tidak sangka kami dibenarkan masuk ke ladang limau pula!
Jom kita serbu masuk ke ladang limau di Sebou River!
Maknanya Maghribi berjaya memastikan keterjaminan makanan untuk penduduknya. Ini yang Malaysia kena lebih serius tackle sebab food security adalah antara asas untuk kelangsungan hidup
BalasPadamBanyak juga pertanian yang dihasilkan di sini yang dikomersialkan. Luas ladangnya. Cantik permandangannya pun. Eh eh ada juga terselit orang jual kraf dan seramik ye. Untuk dapat masuk ladang tu. Satu pengalaman yang best.
BalasPadamMasyaAllah, cantknya view view tu. Lama duk scroll tengok view
BalasPadamMoga subur tanaman disana dan berterusan...
BalasPadamBagusnya pertanian masih menjadi aktiviti penting di sini, kurang kebergantungan kpd import luar. Terjamin bekalan makanan utk rakyatnya.
BalasPadamJangan lupa kongsi cerita ladang rimaunya, eh ladang limaunya ye Kak Amie 🤗
luas saujana tanah pertanian cantik view
BalasPadamHampir takde awan!
BalasPadamSeronok tengok pemandangan ladangnya, luas mata memandang.
BalasPadamWalaupun sedang winter, tp nampak menghijau ladang2nya ya kak. Tak kliatan sedang winter nya. Sukaaaa...
BalasPadamBanyak juga hasil pertanian mereka ternyata. 👍👍. Dan gandum termasuk yg terbesar. Pantas lah aneka roti mereka banyak macam
Agak-agaknya musim apa semua pokok buah-buahan masak ranum ye. Bestnya
BalasPadamCantik viewnya tu... ladang, tasik juga bukit bukau.
BalasPadamLuasnya ladang Argan..sana memang popular argan kan kak..banyak khasiat argan ni...tu dia ladang limau pun ada..view memang superb
BalasPadam