Pages

Ahad, 6 April 2025

Berbuka Puasa Juadah Punjungan Bersama Bonda di Kampung Laman

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 30 Mac 2025.
Entah pukul berapa baru dapat lelapkan mata. Tiba-tiba terdengar Bonda dan Wak Niah bangunkan kami untuk bersahur. Selepas solat subuh, tak dapat tahan letih dan mengantuk. Akhirnya rebah semula kepala ke bantal. Menjelang pukul 9 pagi, tergesa-gesa bangunkan Encik Suami untuk ke pasar di Sungai Buluh. Kelmarin sudah berjanji dengan kawan, penjual daging untuk ambil tempahan di gerainya. Oleh kerana Amie sudah bawa pulang rendang daging dari Lahad Datu, jadi hanya tempat paru, tulang rusuk dan ekor sahaja.

Setelah membeli apa yang patut di Pasar Sungai Buluh, kami terus ke LOTUS Kuala Selangor. Menjelang tengah hari kami sampai ke rumah. Terlupa! Waktu zohor di kampung bukannya pukul 12:10 minit seperti di Lahad Datu. Kononnya selepas solat zohor akan ke Puncak Alam untuk membeli apa yang kurang sebagai persiapan raya.  Jadi, selepas meletakkan barang yang dibeli di atas meja dapur, kami berdua terus ke Puncak Alam. 

Harap-harap tiadalah barang keperluan dapur dan keperluan raya yang tertinggal untuk dibeli. Kalau ada juga yang tak terbeli, nanti Fuiad atau Fairuz boleh cari. Dua anak bujang ini tidur dari pagi tak bangun-bangun. Memang penat sangat sejak kelmarin, tapi kalau kami ikutkan penat dan mengantuk memang tak akan jadi apa pada hari raya nanti!

Oleh kerana kami masih lagi mendapat punjungan, jadi Amie cadangkan waktu berbuka puasa nanti makan sahajalah punjungan tersebut. Tak perlulah masak lagi

Punjungan ialah juadah yang dihantar oleh jiran tetangga dan saudara mara. Tradisi punjungan ini merupakan budaya dalam masyarakat Jawa. Sebelum tibanya hari raya, mereka akan masak makanan dan dihantar ke rumah jiran tetangga dan saudara-mara. Kami akan bertukar-tukar juadah seadanya. Dahulu, sehari sebelum sambutan hari raya biasanya kami akan munjung ke rumah jiran tetangga dan keluarga terdekat. Sekarang, ada yang menghantar punjungan beberapa hari sebelum menjelang raya. Hal seperti ini memang sangat bagus untuk dipraktikkan kerana tidak akan ada lambakan makanan atau makanan berlebihan apabila setiap punjungan dihantar pada hari yang sama.

Punjungan yang kami terima pada petang Ahad, dijadikan juadah berbuka puasa.



Inilah antara punjungan yang dihantar ke rumah kami.



Hirisan mangga tidak termasuk punjungan yang diterima... ahaks!


Antara punjungan yang dijadikan juadah berbuka puasa termasuklah bubur lambuk.


Ada dua batang lemang yang dipunjung.



Ada nasi himpit.



Ada rendang daging.



Ada ayam masak merah.


Tidak ketinggalan kuah kacang.



Alhamdulillah. Dapat makan mangga sepuas-puasnya. Kami beli di Pasar Sungai Puluh. RM10.00 untuk 3 kilogram.


Sempat masakkan Bonda sup ceker kegemarannya.


Encik Suami tak tahan hati melihat harga tembikai RM1.29 sen. Dibelinya sebiji seberat 8kg. Memang seronok sungguh dapat minum jus tembikai. Maklumlah kalau di LD dengan harga menghampiri RM6.00 sekilogram, dua tiga kali juga berfikir untuk beli selalu!



Selain jus tembikai, anak buah bawa minuman yang dibeli di pasar.



Farid buat minuman lemon.

Sedang menunggu waktu berbuka puasa.

13 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Linda tak sempat nak buat punjungan.. Kakak sepupu yang hanta ke rumah..

    BalasPadam
  2. Sedapnya air tembikai tu. Kat semenanjung harga murah je lagi2 kalau musim terlalu banyak tu sen2 pun pernah je ada sekilogram.

    BalasPadam
  3. Seronoknya tradisi bertukar² punjungan ni...
    Sekarang tembikai murah, di Baling cuma seringgit sekilo!
    Selamat Hari Raya buat Kak Amie sekeluarga ✨

    BalasPadam
  4. Tak payah memasak la, tapi nanti kita pulak kena berpunjung, maknanya, kena masak jugaklahkan. Tradisi bertukar juadah ni lama sy tak jumpa.

    BalasPadam
  5. Mujur bonda dan Wak Niah dah siapkan sahur.. mesti letih tu hampir seharian dalam perjalanan.

    BalasPadam
  6. Meriahnya punjungan... rezeki jgn ditolak kan... selamat hari raya amie!!! selamat kembali menoreh hari ni

    BalasPadam
  7. Sekarang tembikai tengah musim. Penghujung ramadan memang pulun buah tembikai. Yang buat air lah yang makan gitu je. Mangga pun tengah musim juga. Belum raya punjungannya dah juadah raya. Seronok sungguh. sup ceker le paling win sekali

    BalasPadam
  8. Kalo di kampung suami, Solo, Jawa tengah, itu disebut munjung atau munjungan kak. Di sana punjungan pula yaa.

    Tp tradisi ini dah lama tak ada di jakarta. Mungkin kalo dikampung suami masih banyak.

    BalasPadam
  9. Berat betul tembikai tu 8kg. Seronok ye kak Amie di kampung akak masih ada tradisi punjungan. Ammi ni tak pasti di kampung ammi di Banting ada punjungan atau tidak sbb dari kecil kami biasanya beraya di Seremban, raya ke2 baru balik ke Banting

    BalasPadam
  10. waahhhh meriahnyaaaa punjungan! penuh bertalam-talam! skrg ada lambakan tembikai rasanya sbb di sekitar Perak harga 1 kg tembikai seringgit je hehehe

    BalasPadam
  11. Sukanya tengok tradisi masyarakat Jawa & Cocos yang masih diteruskan generasi demi generasi

    BalasPadam
  12. Menarik yer masyarakat jawa punya kebiasaan...suka SA tengok...taman SA dah xde yang berbagi juadah..sekali tu je la masa awal Ramadhan

    BalasPadam
  13. Baru sampai je dah ke sana kemari kak Amie. Bukan dekat-dekat tempat yang nak di pergi tu. Dengan berpuasa lagi. Rehat pun tak cukup. Tapi kalau kita ikutkan penat memang tak jadi kerja lah. Semangat raya tu buat kita rasa semangat sikit kan. Untung juga ada punjungan. Punjungan pun meriah. Biasanya hari terakhir puasa makan apa yang ada je, tak kalut beria macam selalu.

    BalasPadam