Pages

Rabu, 29 Januari 2025

Sarapan Lempeng Kelapa & Lempeng Pisang di Nasi Lemak Perak (Tronoh)

Bismillahirrahmanirrahim.
Sabtu pagi, 25 Januari 2025 kami berkira-kira untuk ke Pulau Pinang. Abang Farid memandu kereta sendiri, begitu juga dengan Encik Suami. Sebelum memulakan perjalanan, kami sarapan dahulu di NLP @ Nasi Lemak Perak di Tronoh.

Seronok sangatlah kita sebab dapat makan lempeng kelapa! Kita memilih tiga menu untuk diri sendiri. Sekeping lempeng kelapa, sebiji nasi himpit dengan kuah lodeh dan sepiring cucur rojak.


Cucur Rojak

Cucur rojak ini kita tak dapat makan sebab Abang Farid dan Firdaus habiskan. Sedap sangat kot sampai habis licin dikerjakan budak berdua tu... ahaks!

Lempeng Kelapa

Kita pun makanlah lempeng kelapa yang kecil comel ini. Kemudian makan nasi himpit nak seketul dibelah dua itu. Macam tak kenyang pula. 


Nasi Himpit Kuah Lodeh

Jadi kita pun mencari lempeng pisang pula.
Belilah sekeping.
Kita seorang saja yang makan pun.

Lempeng Pisang



Cantik inti kelapa parut dalam lempeng pisang.



Memang betul-betul citarasa anak kampung. Makan lempeng kelapa dan lempeng pisang, minumannya kopi hitam panas.


Encik Suami dan Aseeyah sarapan roti canai.


Abang Farid dan Firdaus memilih mi goreng telur mata.


Walaupun perut kenyang tetapi ada yang ralat berlaku di sini. Pesanan Mi Kari untuk Encik Suami tidak kunjung sampai sehinggalah kami selesai sarapan. Encik Suami kata, biarlah tunggu sahaja isyarat panggilan dari table buzzer. Amie rasa macam lain macam saja sebab lama sangat menunggu bunyinya. Akhirnya Amie ke gerai tersebut dan kelihatan pekerja @ pemilik di situ sedang makan semeja. Amie tanya, sudah siapkan mi kari yang dipesan? Masing-masing berpandangan dan salah seorang berkata : Alaaa.... lupalah!

Amie kata : Tak apalah. Kami cancel saja sebab dah lambat. Boleh kembalikan duit bayaran tadi?

Maka salah seorang daripada mereka bangun dari kerusi dan kembalikan duit.
Huurrmmm.....
Ada-ada sajalah.
Harap permulaan hari yang tidak menyeronokkan ini tidaklah mengganggu emosi untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.

Memanglah kalau difikirkan perkara sebegini biasa berlaku di mana-mana. Tapi sebaiknya janganlah buat pelanggan tertunggu-tunggu dan buang masa!


Setiap kali datang ke rumah Abang Farid memang kami sarapan di sini.

6 ulasan:

  1. Mcm dah dekat dengan rumah Linda nie.. Boleh lah cuba..
    Kebetulan, CNY nie bermalam nmdi Tronoh sepnjang minggu...

    BalasPadam
  2. Menu kampung camni sedap jugak. Jarang jumpa.

    BalasPadam
  3. Kalau lempeng pisang / lempeng kelapa, saya suka yang pisang :)

    BalasPadam
  4. Isssh betul kak Ami. Kue dadar pisang dan kelapa itu seingat saya pernah dibuat mama juga. Paling sedap sebagai teman kopi hitam 😍😍.

    Sayang mie karinya lupa. Terkadang hal begini memang buat kecewa, tapi selagi staff masih sopan mengakui salah, saya biasanya masih nak datang lagi. Beda cerita kalo tak ramah 😄

    BalasPadam
  5. Makan lempeng dan kopi o memang ngam tu.
    Awal² dah ada cucur rojak.

    BalasPadam
  6. Cucur rojak tu buat SA terliur Kak Amie

    BalasPadam