Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa hari lepas Encik Suami bergurau dengan Fuad menerusi video call. Kata Encik Suami, kalau Fuad beli HP baru, kirimkanlah HP Fuad yang lama kepada Encik Suami kerana HP Encik Suami seperti ada masalah. Fuad pun bersetuju untuk kirimkan HPnya dari Klang ke LD.
Hari ini kita malas pandu kereta sendiri. Kita minta Encik Suami ambil dari sekolah. Dalam perjalanan pulang, kita beritahu Encik Suami kita letih dan kalau boleh tak perlu masak. Makan saja di mana-mana restoran di Seri Perdana. Tiba-tiba Fuad telefon, beritahu HP yang dikirm sudah sampai di rumah kami. Oleh kerana tidak ada orang, jadi penghantar kiriman tolak bungkusan tersebut menerusi celah pagar.
Encik Suami kata, baiklah makan dahulu. Tak perlulah pulang pada waktu itu kerana bungkusan sudah berada di dalam pagar. Apabila kami pulang, Encik Suami kutip bungkusan tersebut dan letak atas meja. Setelah solat, bantu kemas dapur dan berehat, Encik Suami pun buka bungkusan yang berisi HP lama Fuad.
Setelah bungkusan dibuka, Encik Suami dapati HP tersebut tidak sama dengan HP Fuad yang pernah dilihatnnya. Kita pun lupa apa jenis HP Fuad. Dalam hati kita kata, bagusnya Fuad simpan semua kotak HPnya. Elok jew HP terletak dalam kotak!
Kita pun sama-sama melihat HP yang dikirim oleh Fuad. Memang nampak lain.
Kita tengok di bahagian depan dan terbalikkan ke belakang. Nampak rapi dan kemas balutannya!
Encik Suami terus telefon Fuad. Mungkin bungkusan orang lain tersalah hantar ke rumah kami. Amie baca sekali lagi, memang nama Encik Suami di luar bungkusan. Pengirimnya bukan Fuad!
Encik Suami: Betulkah adik kirim HP untuk Baba?
Fuad: Betul.
Encik Suami: Kenapa lain? Tak sama HP adik?
Fuad: Itulah HP yang kami kirim untuk Baba.
Fuad: Betul.
Encik Suami: Kenapa lain? Tak sama HP adik?
Fuad: Itulah HP yang kami kirim untuk Baba.
Encik Suami: Tak sama dik dengan HP kamu. Barangkali salah alamat ni. Orang lain punya. Bukan untuk Baba.
Fuad: Betullah itu HP Baba.
Encik Suami: Tapi kenapa HP baru?
Fuad: Baba ni...... takkanlah kami kirim HP buruk untuk orang tua kami.
Encik Suami: Jadi adik beli barulah ini?
Fuad: Iya Baba. Kami kongsi belikan yang baru untuk Baba. Saya, Abang Farid sama Fairuz. Abang yang tukang beli.
Encik Suami: Terima kasih dik.
Aduhai, kita yang dengar Encik Suami ucap terima kasih dengan nada tersekat-sekat, mata kita pula yang masuk habuk!
Fuad: Betullah itu HP Baba.
Encik Suami: Tapi kenapa HP baru?
Fuad: Baba ni...... takkanlah kami kirim HP buruk untuk orang tua kami.
Encik Suami: Jadi adik beli barulah ini?
Fuad: Iya Baba. Kami kongsi belikan yang baru untuk Baba. Saya, Abang Farid sama Fairuz. Abang yang tukang beli.
Encik Suami: Terima kasih dik.
Aduhai, kita yang dengar Encik Suami ucap terima kasih dengan nada tersekat-sekat, mata kita pula yang masuk habuk!
Kalau sudah namanya rezeki, memang tak pernah salah alamat. Walaupun Encik Suami hanya bergurau tetapi akhirnya menjadi kenyataan. Sibuklah Encik Suami menelefon Abang Farid dan Fairuz pula untuk ucapkan terima kasih!
Teringat Februari 2019, sewaktu rumah kami dimasuki pencuri, angkut dua buah laptop, tiga buah HP , kamera DSLR Nikon kita, gelang, duit dan barang-barang lain. Abang Farid gantikan HP yang baharu untuk Encik Suami dan Fairuz. Fuad pula, sanggup keluarkan duit simpanannya belikan kita kamera DSLR Canon!
Fuad hantar mesej : Semoga murah rezeki anak-anak Mommy dan Baba!
Alhamdulillah, sejuk perut Kak Amie mengandung kan. Semoga murah rezeki Kak Amie sekeluarga.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamIni memang kejutan dengan nama penghantarpun lain. Awal-awal mesti cuak takut barang orang lain.
BalasPadamBetul tu. Memang Encik Suami sangka barang orang lain.
PadamAlhamdulillah....
BalasPadamDikurniakan anak-anak yang prihatin..
Semangat Encik Majid nak pi kerja esok..jangan tidur pegang handphone baru dah laðŸ¤ðŸ¤£
Semoga Allah limpahkan lagi rezeki Abang Farid,Fuad dan Fairus..eh Daus juga.....🤲🤲
Alhamdulillah.
PadamSama-samalah kita dikurniakan anak-anak yang prihatin.
Amin ya Allah. Mudah-mudahan doa itu kembali jua kepada Mama Cella sekeluarga.
Alhamdulillah.. untung ayahnya..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamAlhamdulillah.. semoga rezeki anak2 Kak Amie berlipat ganda kerana membahagiakan Mommy dan Baba nya.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamMoga kebaikan doa itu kembali jua kepada Faizah sekeluarga.
PadamMata saya masuk habuk. Alhamdulillah syukur amie dan encik majid dikurniakan anak-anak yang mengembirakan hati amie dan babanya. Semuga kehidupan anak-anak amie sentiasa dikurniakan rezeki melimpah ruah kerana sentiasa mengembirakan hati ibu dan bapanya. Aamiin
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamMudah-mudahan hidup Notie juga akan sentiasa dilimpahi dengan segala kurniaan rezeki dan kesihatan yang baik dari-Nya.
Apa ni? Dahlah JB hujan lebat, tambah dengan kisah Kak Amie ni, sy pun ikut terharu. Semoga diberikan rezeki kesihatan dan kesejahteraan serta kekayaan buat Kak Amie sekeluarga.. Amiiinnn YRA.
BalasPadamAmin ya Allah.
PadamTiada perkataan lain mampu diungkap selain mendoakan kembali agar SK sekeluarga sentiasa mewah dengan anugerah kesihatan dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, seronok nya hati baba nya dapat hp baru. Bagus semua anak-anak akak, betul didikannya jadi mereka sangat bertanggungjawab.
BalasPadamBabanya hanya gurau-gurau saja. Alhamdulillah, rezeki anak-anak untuk gembirakan babanya.
Padamkejutan anak utk babanya...biasa la org tua kn die sure nk yg lama ank punya tp ank2 pasti bagi yg baru
BalasPadamGurauan bapa, anak buat kejutan.
PadamAlhamdulillah terharu baca n3 amie anak2 amie baik budinya justeru didikan smpurna ibu babanya
BalasPadamTerima kasih Kak PI. Mudah-mudahan mereka sentiasa baik budinya. Amin.
PadamAlahai saya baca pun terharu. Semoga murah rezeki anak-anak kak Amie
BalasPadamAmin ya Allah. Sama-sama kita dimurahkan rezeki ye Sal.
PadamAllahuakbar, hal macam ni memang buat tumpah air mata kak Amie. Anak anak sebolehnya memang nak buat ibu bapanya happy. Alhamdulillah..rezeki baba dapat hp baru :)
BalasPadamBetul Fizah.
PadamRasa sangat terharu walaupun hanya menyaksikannya.
Syukur alhamdulillah rezeki husband Kak Amie...macam tu la sepatutnya anak- anak kak amie...menyenangkan ibu bapa...kita yang baca ni pun sebak plak...
BalasPadamsweetnya anak2 kak amie, happy baba diorang..
BalasPadam