Dari Dhampus ke Dhital : Kupikul Pulang Sekarung Keinsafan dan Seguni Iktibar

7:54 PTG

Apabila membaca semula catatan perjalanan ke Nepal sekitar Mac 2019, ada sesuatu yang mengusik jiwa tertinggal di sana, di pergunungan Dhampus yang dingin berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya. Catatan perjalanan ke Nepal ada di sini: SELAMAT PAGI PERGUNUNGAN HIMALAYA!

Bersama para pendaki dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'petualang'.


Menyaksikan matahari terbit di Banjaran Himalaya dari puncak tinjau  setinggi 300 anak tangga. Cantik sungguh warna puncak-puncak gunung di situ. Apabila terkena sinaran cahaya matahari, kelihatan seperti berlian berkilau-kilauan!


Geng kaki jalan tidur sebilik. Akibat tidak tahan sejuk, tak cukup sarung kaki, sarung tangan, sarung kepala, pakai baju berlapis-lapis,  pakai selimut, akhirnya pakat sarung badan dengan telekung masing-masing! Mengerekot sampai ke pagi dalam selimut. Suhu mencecah 6'Celcius! Bilik tidak disediakan pemanas.


Selalu memikirkan untuk cerita yang baik-baik saja dengan Encik Suami supaya lain kali diizinkan jalan-jalan lagi. Yang kurang elok disimpan, yang bagus-bagus saja yang akan diceritakan.

Suatu petang kami jalan-jalan di perkampungan Dhampus tetapi hujan. Rancangan terbatal dengan sendirinya. Kami hanya sempat melihat-lihat sekitar tempat penginapan sahaja. Boleh klik di sini:SUATU PETANG YANG DINGIN DI DHAMPUS VILLAGE.


Berkesempatan melihat salah sebuah rumah penduduk entik Gurung bersebelahan dengan rumah tamu tempat penginapan kami. Rumah tersebut diperbuat daripada susunan batu, bumbungnya bertutup zink tetapi hanya ditindih dengan batu dan benda-benda berat. Tiada pintu, dan digantikan dengan kepingan papan atau kanvas sebagai penghadang. Di dalamnya, hanya berlantaikan tanah.




Ini pula klinik desa.


Kami singgah masuk di sebuah sekolah menengah. Beberapa orang murid sedang mengulangkaji pelajaran di kaki lima bilik darjah. Mereka merupakan penghuni asrama dan akan menduduki peperiksaan.

Ada yang mengulangkaji di tempat letak kereta.



Kami tanya, kenapa belajar di kali lima. Kenapa tidak di dalam bilik asrama atau di dalam kelas? Menurut mereka, keadaan di dalam bilik asrama dan di dalam kelas gelap. Tidak berlampu.


Kami luangkan sedikit masa untuk melihat-lihat persekitaran sekolah.  Kami dibenarkan masuk ke bilik darjah. Apabila kami menjenguk ke dalam bilik darjah..... inilah yang kami lihat!


Kerusi dan meja murid diperbuat daripada besi!


Kami duduk di dalam kelas, merasai bagaimana duduk di atas kerusi besi!


Ini wajah-wajah murid lelaki yang sedang tekun mengulangkaji pelajaran.
Nampak malu-malu.
Kami ucapkan semoga mereka berjaya dalam hidup!


Kami sempat mengambil gambar kenangan di hadapan sekolah.


Kunjungan ke sekolah menengah di Dhampus sangat meninggalkan kesan di hati kami. Walaupun rasa teruja melihat pemandangan ladang gandum dan barli yang menghijau, tetapi masih juga kami bercerita tentang sekolah tersebut.


Adakah keadaan sekolah di sini sama dengan sekolah di tempat kita? Masih adakah sekolah ditempat kita yang kurang kemudahan? 

Di pertengahan jalan kami terlihat kanak-kanak ke sekolah dengan berjalan kaki. Di belakang mereka, ada seorang guru yang mengiringi.

Namaste!

Seorang guru mengiringi anak-anak sekolah mendaki tanah tinggi untuk ke sekolah.



Sempat bergambar dengan murid-murid dan Cikgu Mr. Nepal.


Selamat tinggal perkampungan Dhampus berlatarbelakangkan pergunungan Himalaya cantik!



Inilah sekolah rendah di Dhital yang sempat kami singgahi. Nun di belakang sana, puncak Fish Tail bersemayam megah di antara gunung-ganang sepanjang Banjaran Himalaya.


Kanak-kanak kelihatan bersemangat dan gembira belajar di dalam kelas.


Kedatangan kami disambut baik oleh guru-guru d sekolah tersebut.
Kami dibenarkan masuk ke dalam kelas.
Inilah kelas tempat kanak-kanak di sekolah ini belajar.


Jika dilihat dari luar, kelas ini nampak gelap saja kerana tidak ada lampu.


Meja dan tempat duduk murid-murid.


 Biarlah gambar yang berbicara.





Ini kelas tadika.


Kanak-kanak di kelas tadika.


 Kami dibawa ke bilik guru.


Bilik guru.


Ada kelas yang sedang menghadapi peperiksaan.
Beg sekolah mereka diletakkan di luar.


Kelas di hujung ini kelihatan gelap dari luar.


Rupa-rupanya murid di dalam kelas ini sedang menduduki peperiksaan.
Guru yang sedang menjaga kelas peperiksaan ini hanya tersenyum dari jauh!


Ini tandas sekolah.

Kami sempat bergambar bersama murid-murid dan guru-guru sekolah ini.


Sempat merakam wajah-wajah polos tapi mencuit hati!


Belajar rajin-rajin dik!




Di sinilah anak-anak murid sekolah ini minum air dari paip. Air ini disuling cara tradisional dengan menggunakan batu dan juga pasir. Cuba lihat baldi warna hijau di sebelah sana, dengan saluran getah paip yang menghala ke tangki air.


Tak mampu untuk tulis, dan rumus atau nak ulas apa-apa. Biarlah gambar yang dipaparkan berbicara sendiri. 


Yang mampu kupikul bawa pulang hanyalah seguni iktibar dan sekarung keinsafan.
Ya Allah!
Sesungguhnya aku ingin terus menjadi salah seorang hamba-Mu yang sentiasa tahu bersyukur! Ampunilah segala dosa hamba-Mu ini. 

18 comments

  1. walaupon serba kekurangan, pelajar2 tetap berusaha untuk menuntut ilmu..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Semua semangat belajar kat sana..Hebat pengalaman kak amie :)

    BalasPadam
  4. Saya sempat merasai belajar di sekolah beratap rumbia,berdinding buluh & berlantaikan tanah masa darjah 1 & darjah 2 ..Melihat pic yang cikgu kongsikan seakan dapat menyelami.Tapi kesukaran itulah menjadi penguat.Semoga anak2 Nepal ini dikurniakan kejayaan & dapat mengubah nasib keluarga & negara dimasa depan...in sha Allah

    BalasPadam
  5. Cantikkknyaaaa pemandangan!
    Walaupun kemudahan tak berapa lengkap, tapi masih tekun menuntut ilmu :)

    BalasPadam
  6. Nepal tu banyak juga tinggalan sejarah. Tapi saya tak pernah pergi lagi di sana

    BalasPadam
  7. The thing I miss the most about traveling, iaitu bergaul dengan local dan belajar cara hidup mereka. Bersungguh anak-anak ini nak menuntut ilmu walaupun banyak kekurangan. Kalau saya ada anak, saya akan cerita kisah macam ni buar dia bersyukur

    BalasPadam
  8. bestnyaa kak amie, what a good experience kan.. pergi tadika diorg smua.. bestnyaa.. rindu nak travel huhuhu

    BalasPadam
  9. Hehe saya pun pernah pakai baju berlapis-lapis, stokin dan telekung untuk tidur. Hendak ke tandas pun bercinta.
    Seronok boleh ulang lagi daki Gunung Himalaya.

    BalasPadam
  10. masya Allah..cantiknya latar pergunungan tu...
    betapa bertuahnya sekolah kita kalau nak dibandingkan dengan mereka...

    BalasPadam
  11. Indahnya pemandangan..sayu plak hati tengok anak- anak belajar dalam serba kekurangan tapi semangat mereka yang SA kagum...best betul pengalaman Kak Amie ke sana...pemandangan pergunungan Himalaya pun cantik sangat

    BalasPadam
  12. MashaAllah..cantiknya view nature belakang tu pulak view banjaran himalaya. Bagus anak anak semangat belajar walaupun keadaan persekolahan kat sana tak semaju kita. Bukan mudah juga perjalanan ke sekolah tu kena naik bukit bagai. Apapun pengalaman yang best dapat ke sini kan Kak Amie.

    BalasPadam
  13. betapa bertuahnya kita kt sini dpt belajar dlm keadaan yg tersangat lengkap tp usaha nk timba ilmu tu.... hmmm entah laa... nikmat Tuhan mn nak kau dustakan?

    view mmg superb... hari2 selfie kt sini pn x pe😊

    BalasPadam
  14. Walaupun serba kekurangan tapi mereka gembira menuntut ilmu. Kalau anak-anak malaysia melihat kedaifan mereka adakah mereka juga bersemangat untuk belajar rajin-rajin. Bersyukur lah kita di lahirkan di malaysia walaupun miskin tapi kelengkapan belajar tersedia semuanya. Terpulang nak rajin ke malas.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Wow! This could be one of the most useful blogs we have ever come across on the subject. Actually excellent info! I’m also an expert in this topic so I can understand your effort.
    섯다

    BalasPadam
  17. I was impressed by the good writing.Thank you.
    If you want to know the social graph game, come here!
    Great article, totally what I was looking for.
    스포츠토토

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe